Edisi Kembara Selatan : Hari Keempat (Singapore) Finale
 Assalamualaikum!!!   Ok ini merupakan entry terakhir bagi edisi Kembara Selatan . Dah tak larat nak tulis panjang-panjang sebab bukan ada orang nak baca pun heheh. Hari terakhir di Selatan merupakan hari yang paling jauh perjalanannya, sebab perhentian terakhir adalah di Kuala Lumpur . Seawal jam 7.45 pagi kami dah check out dari Kozi Hotel  menuju ke Stesen Bas Larkin . Jalanraya agak jem memandangkan hari ini hari Isnin tambahan pula orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja. Redah je lah...   Sampai di  Stesen Bas Larkin dalam jam 8.30 pagi. Kami terus mencari kedai untuk bersarapan pagi dan menapau makanan mana yang patut untuk di bawa masuk ke Singapore . Jimat beb! Kami menaiki bas Couseway Line  dengan tambang RM 1.40 menuju ke Woodlands dan melalui proses pemeriksaan imigresen seperti semalam...(rujuk entry sebelum ini).Sampai di Stesen MRT Kranji,  kami terus menaiki MRT menuju ke  Orchard Road . Tujuan utama adalah untuk membeli beg KJ yang telah disurvey semalam. Harga meman...