Posts

Edisi Kembara Selatan : Hari Keempat (Singapore) Finale

Image
Assalamualaikum!!! Ok ini merupakan entry terakhir bagi edisi Kembara Selatan . Dah tak larat nak tulis panjang-panjang sebab bukan ada orang nak baca pun heheh. Hari terakhir di Selatan merupakan hari yang paling jauh perjalanannya, sebab perhentian terakhir adalah di Kuala Lumpur . Seawal jam 7.45 pagi kami dah check out dari Kozi Hotel menuju ke Stesen Bas Larkin . Jalanraya agak jem memandangkan hari ini hari Isnin tambahan pula orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja. Redah je lah... Sampai di Stesen Bas Larkin dalam jam 8.30 pagi. Kami terus mencari kedai untuk bersarapan pagi dan menapau makanan mana yang patut untuk di bawa masuk ke Singapore . Jimat beb! Kami menaiki bas Couseway Line dengan tambang RM 1.40 menuju ke Woodlands dan melalui proses pemeriksaan imigresen seperti semalam...(rujuk entry sebelum ini).Sampai di Stesen MRT Kranji, kami terus menaiki MRT menuju ke Orchard Road . Tujuan utama adalah untuk membeli beg KJ yang telah disurvey semalam. Harga meman...

Edisi Kembara Selatan : Hari Ketiga (Singapore)

Image
Assalamualaikum!!! Bersambung di hari ketiga di Mersing . Pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersiap sedia untuk bertolak ke Johor Bahru. Tapi sebelum bergerak, sempat lagi kami ikut Abu dan bondanya ke kedai untuk membeli nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya untuk sarapan pagi. Memang best sebab murah dan banyak!!! Lepas selesai bersarapan, maka perjalanan ke JB pun diteruskan. Kami bertolak dari Mersing ke JB pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah keadaan jalan raya amat tenang dan lancar, maklumlah hari Ahad semua orang pakat bangun lambat kot...hehehe.Pemanduan selama 2 jam setengah dari Mersing ke JB memang agak membosankan tapi disebabkan awan-awan nano yang sangat cantik melambai-lambai di sepanjang jalan maka kejauhan itu tak begitu terasa la. Kami tiba di JB dalam jam 12 tengahari. Sampai sana sesat larat pulak sebab tak tahu jalan nak ke Stesen Bas Larkin . Maka terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya, dan menelepon teman-teman yang ada di JB. Alhamdulillah sampai jug...

Edisi Kembara Selatan : Hari Kedua (Tioman)

Image
Assalamualaikum!!! Sambung citer Kembara Selatan hari kedua. Kalau semalam perjalanan memakan masa hampir 4 jam dari KL ke Mersing dan aktiviti menembak di pantai-pantai Mersing, hari kedua aku dan KJ plan melarikan diri ke pulau pulak. Maklumlah hajat di hati kononnya nak bersnorkling dan berisland hopping di KRABI , tidak kesampaian. Akhirnya kami nekad ke Pulau Tioman ...sebuah pualau yang masih belum pernah aku jejaki. Seawal 8.30 pagi kami bergerak dari rumah Abu menuju ke jeti Tanjung Gemok di Rompin . Siasatan dibuat mengenai waktu pelepasan bot ke Tioman dan harga tiket. Kami diberitahu yang bot dari Jeti Tanjung Gemok ke Tioman paling awal akan bertolak pada jam 9.00 pagi. Tapi masalahnya waktu petang tiada bot dari Pulau Tioma n ke Jeti Tanjung Gemok . Pasrah...akhirnya kami mengambil keputusan untuk ke Pulau Tioman melalui Jeti Mersing pada jam 11.30 pagi dan bot akhir dari Tioman ke Jeti Mersin g adalah pada jam 4.30 petang...hmmm kira ok la sempat la nak m...

Edisi Kembara Selatan : Hari Pertama (Mersing)

Image
Assalamualaikum!!! Kembali bersiaran setelah mati kekeringan idea selama beberapa minggu yang lalu, hehehehe. Kali ini aku akan menceritakan kisah " KEMBARA SELATAN " yang berlaku secara spontan akibat kegagalan rancangan asal. Huh?? Apakah rancangan asal itu? Nanti aku ceritakan semuanya. Kisah pertama: Kengkononnya rombongan " Geng Ungu" ( GU ) kali ni akan menjelajah ke Wilayah Utara ( Kedah, Perlis, Hatnya dan Krabi ) dengan menaiki kereta. Persediaaan dibuat dengan rapi walaupon terdapat beberapa masalah teknikal seperti kemalangan jalanraya, urusan passport , dan dokumen-dokumen perjalanan yang lain, namun masih nekad untuk berjuang ke Utara. Penyertaan kali ini dijangka merosot memandangkan ada beberapa ahli GU yang tidak dapat turut serta sebab masalah peribadi. Setelah membuat beberapa siri mesyuarat bersama pengasas GU iaitu KJ melalui dalam talian ( online ) dan simisi ( SMS ) akhirnya kami bersepakat untuk menjalankan acara tunggu dan lihat...