Posts

Program Masuk Kampung: D'Muara Marine Park Water Chalet, Sungai Haji Dorani

Image
Assalammualaikum!!!  Lari sekejap dari cerita di Jawa Timur, kembali ke Malaysia katanya, hehehe. Minggu lepas, aku berpeluang balik ke kampung nenek, sebab ada urusan kerja. Sambil-sambil tu dapat la jumpa nenek aku yang dah lama aku tak jumpa. Nenek pon dah rindu giler kat aku katanya huhuhu.... alhamdulillah dapat le melepas rindu.  Ok sebenarnya aku ada urusan di D'Muara Marine Park Water Chalet yang terletak di Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor. Program melawat chalet kekdahnya, sebab ada program opis aku yang di buat di situ. Sebenarnya aku dan family selalu ke chalet ni, boleh dikatakan hampir setiap tahun kami akan ke sini. Apa yang aku suka tentang tempat ni adalah pemandangan yang disajikan di kawasan sekitarnya. Lokasi chalet ni terletak betul-betul di dalam kampung nelayan dan yang paling best , terdapat sebuah jeti tempat para nelayan pergi dan balik ke laut untuk menangkap ikan. Memang live depan mata kalau nak tengok keindahan perkampon...

The Extraordinary Adventures Of East Java (Part 5): Good Bye Bromo Permai || Sunset At Tanjung Papuma!

Image
Assalammualaikum!! Al-fatihah buat semua perajurit yang gugur mempertahankan kedaulatan tanah air. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. -Amin  #pray4Sabah [ Sambungan daripada Episode 4: Savanah, Pasir Berbisik dan Puncak Bromo ] Alhamdulillah , puncak Bromo telah berjaya kami tawan dalam masa beberapa jam, dari subuh sampai ke pagi. Selepas bersarapan pagi di cafe Bromo Permai dan kembali ke bilik hotel untuk bersiap-siap mengemas barang, akhirnya dalam jam 11.00 pagi macam tu kami pon check out dari Bromo Permai. Sebelom meninggalkan Bromo Permai, sempat juga kami bergambar kenang-kenangan bersama-sama dengan dua orang gadis dari Singapore yang se-jeep dengan kami di Bromo pagi tadi. Diorang berdua akan terus pulang ke Surabaya dan berjimba-jimba di sana, manakali perjalanan kami pulak masih jauh yakni menuju ke kaki Gunung Ijen, sebuah lagi gunung berapi yang kami nak terjah. Hotel Bromo Permai, Probolinggo. Kawasan bil...

Kemenangan Secara Berjemaah Lebih Afdal : Terima Kasih Daun Keladi!

Image
Assalammualaikum!!! TERIMA KASIH | THANK YOU | XIE XIE | NANDRI OK tu je empat bahasa yang aku tau (tipu, sebenarnya aku tau jugak bahasa Arab yakni SYUKRAN ). So ingat lagi ke pasal tetibe aku mintak tolong Vote, spam emel mengkome-mengkome, DM dalam FB , serang akaun Instagram korang haritu? Ingat tak? Ala yang pasal Malaysia International Tourism Blogger Conference & Award (MITBCA) haritu tu? Ye sebenarnya semalam merupakan malam Award yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre . Alhamdulillah , sekali lagi dengan berbekalkan vote penyokong-penyokong blog Janggeltrekker's Life dan pemilihan 20% oleh juri yang dilantik oleh penganjur, maka confirm la blog aku dah menang! Yeay. Best Eco Tourism Blog 2013 JANGGELTREKKER'S LIFE BLOG!!! Apa yang paling best adalah, tahun ni aku berkongsi pentas dengan 5 orang geng # Travelholicawesome ! Yeay! Barulah best kalau naik pentas ramai-ramai kan . Diorang menang dalam kategori-kategori di ...