Kansai, Japan (Part 4): From Osaka To Kyoto #1 (Kyoto City Bus and Nijo Castle)

Assalammualaikum!!! Wah tetibe follower blog dah capai 400 orang! Alhamdulillah, thanks for following this blog walaupun isinya tak berapa nak ilmiah dan mengarut je. Thanks yer, nak bagi hadiah masih belum mampu kekeke. Anyway , sekarang ni musim hujan kan, aktiviti di luar pon terpaksa dikurangkan. Tapi malangnya aktiviti kat bawah bumbung pun banyak jugak, kerja...kerja...kerja. Bertabahlah.. demi keriangan berganda. Ok enaf! Jom sambung episode 4 kisah di bumi Kansai . [ Sambungan daripada Episode 3 ] Awal-awal pagi kami dah bersiap untuk meninggalkan Asahi Capsule Hotel, Osaka. Sempat la breakfast Megi Serunding seround dulu sambil meninjau-ninjau kawasan sekitar Capsule Hotel ni. Memamng keadaan kat Capsule Hotel ni bersih dan teratur. Banyak jugak rules yang kene patuh, nak simpan beg pon siap ada ketinggian dan saiz tertentu untuk dimuatkan di dalam locker (bagi individual room ). Antara kemudahan-kemudahan lain yang terdapat di Capsule Hot...