#TravelholicAwesome Ke Kuala Gandah (Part 1): Deerland Park, Lanchang, Pahang.
Assalammualaikum! Sebelum tu nak mohon maaf sebab entry Kansai yang lepas aku ada bagitau nak habiskan dalam minggu ni, tapi, terkeluar pulak entry lain dulu. Sorry ye aku masih belum sempat nak mengarang entry Kansai sebab perlu digest banyak benda dan ayat, maklumlah entry penutup kan kekeke #poyo. Ok sepertimana yang dah di war-warkan sebelum ini (apasala ayat skema sangat ni ha?) sesiapa yang ada lawat blog ni beberapa hari yang lalu, tentu tahu kami ada buat entry #Blackout macam biasa. Sebenarnya kami beramai-ramai terjah Kuala Gandah, di Lanchang, Pahang. Siapa tahu ada apa kat situ? Hmmm, lambat lah korang jawab, kat situ ada National Elephants Conservation Center atau dalam bahasa Malaysia nye Pusat Pemuliharaan Gajah Kebangsaan. Aku dapat makluman daripada beberapa orang kenalan yang ramai tak tahu pasal kewujudan tempat ni. So dikesempatan ini (fulamak ayat skema giler), aku nak ceritalah serba sedikit aktiviti yang kami buat masa roadtrip ke Kuala Ganda...