2009-08-03

Pesta Floria Putrajaya 2009!

Aduh aku merasakan seakan-akan satu sumpahan bile tak ada idea nak menulis entry baru...aku akan asyik teringak kat blog aku yang tak seberapa tu dan akan rasa bersalah..huuhhuu. Akhirnya hari ni dapat juga idea dan bahan untuk menulis! Alhamdulillah.

Pesta Floria 2009 yang kini sedang berlangsung di Putrajaya dari 1 hingga 9 Ogos 2009, akhirnya menerima kunjungan Janggel hari ini! Sebetulnya dari first day open lagi aku nak pergi, tapi memandangkan banyak pula perkara yang berlaku hujung minggu lalu, akhirnya kunjungan ke Pesta Floria Putrajaya 2009 ini kulakukan hari ini. Tepat habis kerja, aku dan rakan sekerja (Kaki Jalan) meredah kesesakan lalulintas yang tak seberapa kat Putrajaya nih (hahaha mesti orang KL Jeles!!!!) menuju ke tapak pesta di pinggir Tasik di Presint 2. Hmmm aku mula-mula kompius jugak, "awat lengang je? Tak macam pesta pon???" Pastu tetiber terus berfikiran positif. "Orang tak keluar opis lagi. Hari ni pun hari bekerja, sebab tu tak ramai. Mungkin malam nanti ramai yang datang."

Bermulalah aksi snapy-snapy gambar. Huh memang cantik betol bunga-bungaan di sana. Yang segar bugar mahupun yang hidup memang ramai!!! Erk... hheheheh cuci mata di petang hari! Pelbagai spesis orkid, dan bunga-bungaan lain yang aku tak tahu nama ada disana. (Tapi kebanyakan bunga yang aku nampak adalah orkid, majoriti!) Pembahagian tapak pesta, menurut penglihatan aku adalah mengikut agensi dan organisasi. Ada la beberapa agensi kerajaan dan swasta yang membuat pameran bunga-bungaan mereka di sana mengikut konsep yang pelbagai. Tak reti aku nak cerita, tengok sajalah gambar-gambar yer.

Menurut member aku si Kaki Jalan tu, Pesta Floria tahun ini agak "Kurengggg" berbanding tahun lepas.. Kenapakah agaknya? Aku tak dapat nak buat perbandingan sebab yang tahun lepas unya aku tak pergi. Tapi dari apa yang aku lihat, pameran bunga-bungaan tahun ini agak kurang. Adakah kerana kekurangan penganjur??? Entahler...

Tapi yang pasti, Pesta Floria tahun ini masih berbaki 6 hari lagi. Jadi jom kita beramai-ramai support la sikit usaha kerajaan memartabatkan industri pertanian dan pelancongan Negara! Pesta Floria 2009 akan berakhir pada hari Ahad ini, 9 Ogos 2009..huhuh pada ketika itu di manakah aku??? hahaha mungkin aku berada nun jauh di Utara!!! Hmmm tunggu....

PEACE!!



10 comments:

  1. best tempat mcm ni
    byk inspirasi dpt =)

    ReplyDelete
  2. @KhairiL

    yup...mcm-mcm boleh belajr..
    meh la dtg sini kalau ada masa ;p

    ReplyDelete
  3. sangat chantek bunga2 itu....

    yg dok posing pakai kemeja itam tu....bleh tahan la kehenseman

    hahaha

    ReplyDelete
  4. @♠ y.a.n.i.e putrajaya ♠

    Ops... ter'oerasan' sudah..hahaha

    ReplyDelete
  5. Haritu dh nk pegi tp ta jd pulak . wuwuwu

    ReplyDelete
  6. @Dhada

    Ish apasal tak jadi??? pegi jangan tak pegi..huhhuhuh...

    ReplyDelete
  7. alahai gambo daisie gantung ko lagi lawo dr Den punya :)

    ReplyDelete
  8. @masMZ

    Wakakakak ada pulak daisy gantung yer!

    ReplyDelete
  9. salam,
    1 went there at d first day of Floria....becoz 1st day,so tak terasa sgt kehangatannya....tapi enjoy the event....sedap mata memandang...

    ReplyDelete
  10. @cinnamon

    Yup masa first2 tu memang agak bosan sebb banyak lagi blum bukak. tapi bila tengok bunga-bungaan itu, rasa tenang jer!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS