Sungai Sarawak: Jangan Sangka Air Yang Tenang Tak Ada Buaya!
Sesuatu yang orang tau pasal Sarawak adalah mengenai sungainya yang terpanjang di Malaysia dan pelbagai agenda yang berlaku di dalamnya. Sungai Rajang ( Batang Rajang kate orang Sarawak ) walaupun nampak tenang tapi jangan disangka tiada buaya! Hmmm itulah keunikan Sungai Sarawak yang tidak pernah mati. Sepanjang berada di Kuching , hampir setiap hari aku melalui persisir sungai itu (hanya di Water Front sahaja) dan ianya tidak pernah membuatkan aku jemu. Seumpama satu trend , plan perancangan bandar dunia memiliki " water front" atau "river view" nya yang tersendiri. Lihat sahaja contoh di Malaysia , Sungai Melaka dan Sungai Sarawak sendiri telah dibangunkan menjadi tempat rekreasi dan santai warga kota alaf baru. Contoh paling menarik adalah di Singapore River . Sepanjang sungai itu hidup dengan pelbagai aktiviti dan itu merupakan sesuatu yang sangat hebat! ( nak tengok? sila ke entry sebelum ini ) Ok, kembali ke Sarawak , Water Front yang semakin...