2010-05-12

Cam-Whore : Edisi Rayau 2!

Cepat betul masa berlalu sekarang ni. Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Mei tahun 2010! Hari tu pada entry yang lepas aku ada janji untuk menceritakan sambungan kisah aku di Singapura. Maaf sebab lambat update sebab banyak betol benda belaku, agak sibuk aku kesana -kemari menjelajah tempat-tempat menarik. Nanti aku akan ceritakan dalam entry akan datang. Ok kali ni aku akan ceritakan beberapa lagi tempat menarik yang aku sempat pergi sepanjang aku di Kota Singa itu.

Setiap petang bila habis saja kelas, aku dan kawan-kawan baru tak melepaskan peluang merayau-rayau di Kota Singa. Antara tempat yang banyak kali kami pergi adalah Arab Street dan Bugis Street. Di Arab Street terdapat banyak kedai makanan Muslim, beberapa malam juga aku dan F dan juga seorang PRIA dari Indonesia (chewah pria la sangat!!!) ke Arab Street untuk makan malam. Tak susah untuk ke sana, kami menaiki bas dengan tambang hanya SD1 (RM 2.30).Di Bugis Street pula terdapat banyak gerai jualan cenderamata. Kalau di Malaysia ia umpama Petaling Street atau Jonker Walk di Melaka!Banyak juga barang yang aku beli di Bugis Street sebab harganya berpatutan dan sesuailah untuk orang-orang tak berduit macam aku nih. :P.

Selain ke Arab Street dan Bugis Street, aku dan kawan-kawan juga sempat ke SUNTEC City, dekat je dengan hotel tempat aku menginap. Kalau naik MRT cuma bayar SD1 juga dari Clarke Quay Station dan turun di City Hall Station. Di tengah-tengah Suntec City ni terdapatnya sebuah telaga yang cukup popular dipanggil Well of Wealth. Menurut kepercayaan masyarakat Cina, sesiapa yang membuat tiga kali pusingan sambil berhajat, maka hajatnya akan ditunaikan. Hmmm entah le betol ke idak. Aku cuma nak bergambar saja. Suntec City merupakan sebuah shopping complex yang terdiri daripada lima buah bangunan mengelilingi Well of wealth tersebut.

Aku juga smpat mengunjungi Merlion Park berhampiran Marina Barrage. Orang kata, kalau pergi ke Singapore, tak lengkap kalau tidak bergambar dengan MERLION! Dua orang minah Thailand yang ikut aku kesana pulak cakap, kalau kita bergambar seumpama meminum air yang keluar dari mulut Merlion tu, maka kita akan bernasib baik!!! Hahaha lagi satu mitos...Kepercayaan manusia memang pelbagai.

Pemandangan disepanjang Sungai Singapura pon tidak kurang hebatnya. Sepanjang melalui tebing sungai kami disajikan dengan pelbagai aktiviti para muda mudi Singapura dan pelancong asing. Haha paham paham saja sudah. Tapi untuk camwhore macam aku ni memang tak sah la kalau tak bergedik di tepi sungai..Bukan selalu dapat buat macam tu, so buatlah selagi terdaya!

Aku rasa aku dah ceritakan banyak perkara menarik yang aku lalui di Singapura sepanjang 14 hari di sana. Memang susah nak dapat pengalaman sebegini, dan alhamdulillah aku dan kawan-kawan baru masih berhubung sehingga kini. Hmm siapa sangka aku akan dapat kawan dari serata negara Asean!!!. Kursus yang aku hadiri memang berbaloi dan balik ke Malaysia aku kena buat report! Arggghh ni yang tak larat huhuh. Tapi demi mencari sesuap nasik, terpaksa jua kugagahkan diri ini melaluinya. Huhu.

Oh ya, dua minggu selepas ke Singapore, aku kembali menjelajah ke satu tempat yang memang happening! Dimanakah??? Tunggu next entry ya!
PEACE!!!



Bugis Street

Well of Wealth at Suntec City

Well of Wealth at Suntec City
Well of Wealth di SUNTEC City - Ada pertunjukan laser pulak tuh kat tengah-tengah air!


Singapore River Cruise



Merlion Park

Di atas Jambatan apa ntah...


River View - Singapore River 1

River View - Singapore River 2
River View - Singapore River 3
River View - Singapore River 4
River View - Singapore River 5

Aku di dalam gelap...:)



MRT Station


Pemandangan Singapore River di waktu malam


Ni kat Bottle Tree Park

Singapore National Science Centre

Finally!

6 comments:

  1. aku ske pokok tu pergh! unik tu! dan patung kucing dan org tu mcm btol plak! wah! best la gmbr kat blog ko ni rasa mcm aku pun ade sana jgk? eh! nnt upload la gmbr lagi... xdpt pegi dpt tgk pun jd la.. hehe

    ReplyDelete
  2. Nick -
    Aku pon suka gak pokok boncit tu! Unik kan!

    Ok la mmg itu pon tujuan aku ..nak share pengalaman dengan orang2 yang sudi membaca blog ini. Kalau ada orang suka, aku bersyukur..hehehe amin~!

    InsyaAllah banyak lagi gambar bakal menyusul yer. Tunggu!!!

    ReplyDelete
  3. eh! kjab nak tnye pokok tu pokok btol ke? yg last plak ko dgn polis nape? ha! ni msti ade buat salah ape? kaco anak dara org ke? hahaha gurau...

    ReplyDelete
  4. wah....gambar2 yg kacak! hehe

    ReplyDelete
  5. Cik Yanie -

    Amboiii gambar apa yang paling kacak tuh?
    hehehe

    ReplyDelete
  6. Nick -

    Pokok tu pokok betol la bro! Besar tau . Aku nak peluk pon tak sampai tangan.

    Yang gambo last tu bukan dengan polis la bro. Tu dengan member dari Indonesia, Rizki namanya. hahah. Dia keje gomen..tu dia pakai baju gomen kat indonesia la tu.

    Di indonesia, pekerja kerajaan kena pakai uniform.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS