2010-06-23

Pakcik Melawat PD Pulak!

Assalamualaikum.

Bila dah lama tak menulis di sini, terasa janggal pula. (bukan Janggel yer! :p ahahaha). Macam-macam hal nak kena settle, biasa lah kerja memang tak pernah selesai yang penting buat dan siapkan. Bila dah sebok-sebok macam ni, kadang-kadang tu terasa juga nak melarikan diri sekejap merehatkan otak kan? So beberapa minggu yang lepas (dah lama dah sebenarnya kisah nih), aku telah dipelawa olah dua orang sahabat untuk ke Port Dickson (PD). Diorang nak buat survey sikit kat PD tu, so memandangkan aku pon dah lama tak pergi PD, maka aku pon menjoinkan diri lah.

Sebenarnya kali terakhir aku ke PD mungkin pada tahun 2007 kot? dah nak masuk 3 tahun dah kan? Banyak jugak la pembaharuan yang aku kesan berlaku kat PD nih. Hmmm sememangnya Kerajaan Negeri Sembilan dah letakkan dalam Pelan Rancangan Tempatan Negeri (PRT) untuk menjadikan pantai PD sebagai Pantai Peranginan Negara. Jadi usaha ke arah itu pon kenalah selaras dengan PRT tersebut yer wahai pemimpin.

Berbalik kepada cerita aku mengikut kawan-kawan ke PD, destinasi pertama adalah di sekitar Blue Lagoon. Ha masa kat sinilah terimbau kenangan lama...dulu masa study, aku dan classmate siap buat picnic kat bawah salah satu tiang lampu kat situ. Memang nostalgic !!! Tapi kat situ sekarang dah lain, dah ada shop lot yang baru dan lebih teratur.

Lepas tu kami meninjau-ninjau pulak ke pantai sebelah tu, aku tak tau pantai apa namanya. Masa tu pulak air tengah surut, so boleh la berjalan sampai ke tengah.

Lepas habis meninjau di Blue Lagoon, kami ke Pantai Teluk Kemang (TK) pulak. Memang ramai pengunjung kat situ, maklumlah hari minggu. Keadaan di TK pon memang dah lain. Bagi sesiapa yang tak pernak ke PD tu, silalah rujuk gambar-gambar kat bawah. (tak seberapa pon gambar aku tu).

Bila dah settle kerja kawan-kawan aku tu, kami pon bergerak pulang ke KL. Walaupon pengalaman ke PD itu sangat singkat, tapi mungkin satu hari yang baik nanti aku nak ajak member-member piknik kat situ lagi lah. Kali ni dengan kelengkapan berpiknik yang lengkap! hehehe.

Ok, jom layan gambar pulak!

PEACE!
















7 comments:

  1. wah! best r dapat gk2 gmbr kat PD ni...


    P/S=tp aku geli jgk tgk gmbr no 2 tu? ape benda tu?

    ReplyDelete
  2. Nick -

    Hahaha kalau pegi sekali sekala memang ler bestt..kalo g selalu tak best kot hehehe.

    ReplyDelete
  3. Nick -

    Gambo no dua tu gambo sipot. Ala sipot yang kecik2 warna warni banyak terdapat di tepi2 laut tu..tapi pantai ni jenis banyak rumpai laut tu yg hijau2 tu.

    ReplyDelete
  4. ish...tak puas hati betul aku..knp kau tak tangkap gmbr sekolah yg cantik, cemerlang, gemilang dan terbilang kt depan Pantai TK tuh??..hahaha..

    ReplyDelete
  5. Adam.

    Hahah ada sekolah ker depan tu??aku tak pasan la...srry ek..nanti kalo aku lalu situ lagi aku tangkap gambo sekolah ko!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!