Posts

Showing posts from April, 2011

Bowling Lagi!

Image
Assalamualaikum!!! Dah dekat ujung-ujung bulan empat dah. Sekejap je masa berlalu ye tak? Dan bagi aku, bulan empat ni merupakan bulan super bizi untuk aku dan kengkawan seperjuangan sekalian. Redho dan tabah je la... Dalam banyak-banyak event yang kami handle , satu ni yang aku rasa boleh bagi release tension sikit iaitu Pertandingan Bowling Bahagian tempat aku kerja! Alhamdulillah seronok juga, ini merupakan acara tahunan yang Bahagian aku anjurkan. Sebenarnya dah lama dah plan nak buat acara bowling ni, tapi masa saja asyik tak sesuai. Akhirnya berjaya juga acara ini diadakan. Bertempat di Plaza Metro Point Kajang , kami semua berkumpul seawal jam 9.30 pagi. Persiapan semua dah disiapkan awal-awal oleh urusetia. Kalau tahun-tahun lepas, hadia berupa hamper makanan diberikan, tahun ini kami membuat sedikit pembaharuan dengan memberikan piala-piala kepada pemenang sekalian. Siap ada piala pusingan pulak tu!!! Ok la, aku pun tak mau nak cerita panjang. Acara bowling...

Restoran Tupai-Tupai (KL): Perhimpunan Budak Bulat

Image
Assalamualaikum!!! Alhamdulillah, muncul lagi entr y dalam blog ni. Kali ni aku nak cerita mengenai reunion Geng Ungu , walaupun tak semua yang hadir (separuh saja) tapi cukup untuk melepaskan rindu!~ (ngeee) Semalam, aku, HD dan Kenon telah merancang satu perjumpaan di Restoran Tupai-Tupai di Jalan Petaling, Kuala Lumpur memandangkan dah hampir 3 bulan kot kami tak berjumpa. Lama tu, maklumla banyak rancangan terbengkalai dan tak kurang juga yang terbantut dek kerana macam-macam masalah yang dihadapi. Alhamdulillah perancangan semalam berjalan lancar. Walaupun hujan lebat, gigih aku meredah highway menuju ke Restoran Tupai-Tupai tu. Selama ni asyik lalu lalang je depan restoran tu, tapi hari ni dapat juga singgah dan makan di dalamnya. Apa yang menarik di Tupai-Tupai ni adalah konsep restoran itu sendiri...santai dan tenang. Kami sampai awal, orang pon tak ramai yang datang lagi. Untuk Steamboat Dinner dikenakan bayaran RM 28 seorang . Kira agak berbaloi juga la sebab ...

Rakyat Malaysia Yang Baik Hati

Image
Assalamualaikum... Setiap kehidupan pasti ada dugaan dan rintangan yang akan menyerikan perjalanannya. Huaaa mukadimah dah ayat sastera kan. Sebenarnya saja menulis ayat sebegitu bagi menutup stress yang tak henti-henti menghantui diri. Masa ni kat opis aku ada seminar pengurusan stress, agaknya betol kot tajuk dia macam tu, tapi aku tak join sebab banyak keroje. Semalam merupakan hari terakhir aku menghadiri sebuah bengkel di Nilai, dan bila dah tamat bengkel masing-masing pon semngat la nak balik ke sarang. Aku pulak bermurah hati nak menghantar seorang kawan ke KLIA untuk pulang ke Pulau Pinang. Seperti yang ramai dah tahu, Al-FariS masih di bengkel dan aku tak tahu bila akan siap. Buat masa ni aku menggunakan Bebiana sebagi teman ke sana-kemari sehari-hari sehinggalah tempoh Al-Faris boleh keluar dari bengkel. Berbalik kepada cerita aku menghantar kawan ke KLIA, dalam perjalanan tiba-tiba sebelum sampai di persimpangan ke KLIA betol-betol berhadapan dengan Balai Bomba KLI...

Kepada Yang Dah Terdesak, Janganlah Baru Nak Cari Aku, Sekian...

Image
Assalamualaikum... Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku, dan tak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih , mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak. Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkinkah disebabkan oleh perkara di perenggan pertama aku itu? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan paling baik sebelum menjadikan orang lain pelempias masalah hidup anda. Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri. Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu. Kadang-kadang tu, tiada angin tiada ribut, ada saja kawan-kawan yang aku telah anggap PUPUS cuba menghubungi aku semula dan ternyata ada sesuatu yang 'ikan' di situ. It was so obvious la kawan......

Projek Teater: Lat Kampung Boy The Muzikal

Image
Assalamualaikum!!! Tak dapat dibayangkan kalau kehidupan ini hanya ada warna hitam dan putih, pasti hambar, tidak seronok dan lemau. Tapi itu semua tidak bagi Teater Muzikal Lat: Kampung Boy! Tema hitam dan putih menjadi asas kepada persembahan teater ini. Sepanjang babak pertama persembahan, segala-galanya diwarnai dengan warna hitam dan putih, dari segi set pentas, kostum dan persembahan grafik, semuanya merujuk kepada karya asal Dato' Lat yang dilukis di atas kertas dengan warna hitam dan putih! Sememangnya sangat menarik. Aku berkesempatan menyaksikan persembahan teater Lat The Muzikal di Istana Budaya pada 2 April 2011. Sangkaan awal, teater ini berkisarkan kepada kisah-kisah kartun Lat Kampung Boy sepertimana yang dicetak di dalam naskah-naskah penerbitannya, tetapi sangkaan aku agak meleset. Sebenarnya teater Lat The Muzikal ini merujuk kepada kisah kehidupan Dato' Lat yang penuh ranjau sebelum mendapat pengiktirafan dunia! Sememangnya aku sangat kagum. Persembaha...