2011-04-07

Kepada Yang Dah Terdesak, Janganlah Baru Nak Cari Aku, Sekian...

Assalamualaikum...

Aku akui yang tidak banyak perkara menarik berlaku dalam hidup aku, dan tak kurang juga ianya lebih membosankan dari hidup anda semua. Tapi aku tetap bersyukur, sekurang-kurangnya aku tidak merintih , mengharap belas kasihan daripada orang lain hanya sekiranya susah dan terdesak.

Hairan, mengapakah kita mudah dilupakan bila tidak diperlukan? Mungkinkah disebabkan oleh perkara di perenggan pertama aku itu? Hanya mereka yang sering melakukannya yang tahu akan jawapan itu. Muhasabah diri adalah jalan paling baik sebelum menjadikan orang lain pelempias masalah hidup anda.

Lumrah alam, bila sudah susah baru kita akan diingati. Bila tiba masa senang, masing-masing lupa diri.
Aku mengingatkan kepada diri aku sendiri dan kepada sesiapa yang biasa mengamalkan sikap itu.

Kadang-kadang tu, tiada angin tiada ribut, ada saja kawan-kawan yang aku telah anggap PUPUS cuba menghubungi aku semula dan ternyata ada sesuatu yang 'ikan' di situ. It was so obvious la kawan....

Tolonglah ikhlas dalam berkawan dan sering mengambil berat di antara satu sama lain sekiranya kita telah mengiktiraf seseorang itu sebagai sahabat.

Kepada yang dah susah jangan lah baru nak cari aku. sekian...


PEACE!!!

 








10 comments:

  1. hehehe..sabau yea...kawan-kawan memang begitu,...tapi mereka tetap kawan..positif..positif ok..hehehe...background music sangat suka....

    ReplyDelete
  2. Dinda Iva

    ya saya sering berfikiran positif terhadap kawan-kawan saya..tetapi adakah mereka berfikiran positif terhadap saya? ye ye mereka berfikiran positif..hehehe

    Yup saya amat suka lagu ini juga.

    ReplyDelete
  3. bagi se-das lempang, pastu buat2 tanya..".err sakit ke tadi?
    gitu jua rasa ati gua yang sakit ini..."..(peeehh..ganas plak tindakbalas tadi..hehee..jgn follo aaa..)

    ReplyDelete
  4. Anash

    Fuh ganash ganash!
    Akan cuba untuk dipraktikkan.

    ReplyDelete
  5. i cari pakcik bila rindu jek..


    eh?


    hahahahah :P

    [mati la kena parang dengan makwe2 pakcik lepas ni]

    ReplyDelete
  6. Hanie:

    Ooo bagus gak tu hahahah i like!~

    ReplyDelete
  7. djambu

    Yer silalah datang...:)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS