Skip to main content

Travelholicawesome: Kami Dah Balik!!!

Assalammualaikum!!!

Aku dah kembali! (sambil meraba-raba kegatalan hasil ciuman ubur-ubur comel di leher - kelihatan seperti LOVE BITES yang mampu mendatangkan fitnah) BERTABAHLAH.

Nak start entry percutian di pulau bersama #Travelholicawesome rasa macam tak cukup sifat pulak sebab kemera baru yang digunapakai semata-mata di pulau tu kini berada di perantauan pulak. Terpaksa tunggu kepulangan beliau, sementelaah menggunakan gambar-gambar yang ada di kemera lagi satu. 

Kami ke mana sebenarnya? Kan aku dah kaborkan awal-awal dulu, perjalanan kami memang tak sah kalau tak ada drama! Perjalanan yang mengambil masa hampir setahun untuk dilaksanakan. Ye hampir setahun tau, macam-macam persiapan rapi bermula dari beli pakej dekat Mata Fair, (dan waktu itu aku, Danny dan MasMZ sedang bertarung keringat di Bumi India) sampailah kepada kejadian membeli tiket bas dan kapal terobang. Semuanya berjalan lancar dan alhamdulillah, tiba hari yang di nanti maka bertolaklah kami menuju ke destinasi pulau idaman!



Ye kami ke REDANG (Pulau Redang, Terengganu!) Wehaaaaaaaaa.....Seronok yakmats tak terhingga (ha tengok betapa gambaran keseronokan tu!) Bukan sahaja SEronok bahkan BEronok-ronok tau! Kat sana aku boleh tahu siapa kawan dan siapa bukan kawan (cewah drama lagi). Tapi yang penting kami semua bersatu! Syukur dapat kenal #Travelholicawesome. Siap ada guest blogger yang turut serta tau! Jangan memain. 

Oklah ni cuma entry pengenalan (Huh taknak kalah dengan Tan Sri Kak Coco). Nanti aku sambung kisah sebenar percutian ala-ala retis di Pulau Redang! Tunggu....


Penuh Drama katanye....


Pssttt: Matila... langkau entry Cameron Highland sebab tanak kalah dengan Tan Sri Coco. 


WASSALAM...


Comments

  1. arghhhhhhhhhhh cam ni aku pn tak nak kalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh

    drama2 pun kami tertetap bersatu! p/s: eh mcm tagline baru jek..

    ReplyDelete
  2. BlueEwoke!

    Kannnnnn sila jangan kalah dengan Tan Sri!!!
    Tagline baru? hmmm cam kena gak kan kekekeke. Boleh diusulkan pada proclaim president nih.

    ReplyDelete
  3. ele...
    sentap le tu akak kuarkan entry dulu dari yang lain...
    hahahah
    iye
    kamera anda di sini
    selamat dan suci
    err
    kena cium obor2kah?
    bole percaya?

    ReplyDelete
  4. Tan SRi Coco:

    Ye memang sentap sebab saya takde gambo! Hahahahaha.

    Nyampah

    Gamaknyala kene gigit obor2 sebab gatal2 samapi merah2 leher.

    Atau ada benda lain yang ngigit????


    JAGA-JAGA.... ADA YANG MEMERATI !!! (Kata Kiah Propa)

    ReplyDelete
  5. omaiiii sekarang dah ada pulak entri2 taknak kalah!!!

    petang pas keje nih SIAP!

    ReplyDelete
  6. eh! bukan bawak 2 camera ke...? sungguh gigih. hah! cepat update i nak baca. twit ancak banget, curious giler. i tgh mood malas nak berblog nih. tersadai seminggu dah.

    malang saya tak berapa nak enjoy sebab hari akhir2 uzur, mood fail & stress keje (ada announcement besar esok). kbai.

    ReplyDelete
  7. wahhhhhhh! tan sri dgn naib president dah kuar entry kecil2an gatal yeeee???

    tak leh jadi ni! jom sume kuarkan entry kecik!

    note : verification word aku "sentdiv" macam sentapdiva!

    ReplyDelete
  8. hampeh je entry ni tau..
    bila ak jumpe ayat nie:

    cuma entry pengenalan (Huh taknak kalah dengan Tan Sri Kak Coco)

    nyesal tak bukak kak coco punye dulu!! haha

    ReplyDelete
  9. ya ALLAH!!! gigih benor kome nih! aku nk update entry redang? ntah bila laaa...tggu korang abeskan dlu ok! kekeke

    nak caras tan sri coco?

    ReplyDelete
  10. MasMZ;

    Hahaha boleh lawan kerssss kekeke.

    ReplyDelete
  11. Lily:

    Semoga terus bertabah

    ReplyDelete
  12. Biqque:

    Hahahah aku ke naib president? Whuaaaaa kagum jap. Tetiber.

    Sila buat entry cepat!

    ReplyDelete
  13. Shahrule:

    Hahaha begitulah kekdahnya kalo dah tatau nak buat apa. kekeke.

    ReplyDelete
  14. Deni:

    Caras Tansri Coco? Mampu ke? tak mampu tau hahahaha.

    ReplyDelete
  15. dear all,
    kalau nak caras tansri coco
    silakanlah...
    tansri tak kisah
    sebab
    tansri humble orangnyer
    dan
    tansri tau 'sky is the limit'.
    dont go too high, you will fall even harder...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tan Sri Koko:

      Gitew! Ha dengar tu korang! Tansri koko dah keluarkan kata2 hikmat! Awas!!!

      Delete
  16. eh mcm ada penambahan gambar jek!! i likeeeeeeeeeeeeee hahahaha

    ReplyDelete
  17. Pulau Redang?? seronok nyer.. :D
    Kenapa time tu saya tak ikut ek? dah lupa la hahaha :P

    Seronok baca entry yg lepas2 nie..
    Boleh belajar untuk improvekan blog sendiri :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS

Padang Besar, Perlis : Syurga Membeli-Belah di Utara Tanahair ?

Assalammualaikum!!!
Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu).
Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perlis jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut.


Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berzaman aku dengar pasal Padang Besar ni, sejak kecik kot. Dan aku pon tak ingat samada aku pernah jejakkan…

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Assalammualaikum!!!
Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah. Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana.
Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan. Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari.
Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu sebab dah termasuk sekali dalam harga pakej…

Food Hunter: Rumah Makan Cibiuk, Kajang - Selera Masakan Sunda

Assalammualaikum!!!
Sekarang ni dah masuk dalam 10 hari terakhir Ramadhan, amacam semua? Rasanya masing-masing dah tak sabo-sabo nak raya la tu... jangan dilupa, kejar juga pahala puasa di sepuluh malam terakhir ni yer. Zakat  fitrah dah bayar ke? Kat Selangor ni masa aku bayar semalam harganya RM 7 sekepala. Bayarla zakat tu sebab ianya perkara wajib bagi yang mampu, untuk membantu pada yang memerlukan.
Ok nak cerita pasal berbuka puasa. Haritu, ada sorang member kat opis ni memperkenalkan satu restoran yang bagi aku sangat best untuk bersantap bersama keluarga dan kawan-kawan. Bagi sesiapa yang teringin nak merasa masakan Sunda (salah satu bangsa di bahagian Jawa Barat, Indonesia) boleh la cuba datang ke restoran ni. Nama restoran yang aku maksudkan ni adalah Rumah Makan Cibiuk! Dengan tag line "Rajanya sambal" memang sesuia la sangat sebab di rumah makan (restoran) ni disediakan pelbagai jenis sambal (sambal belacan, sambal halia, sambal mangga dan lain-lain) serta ulam-u…