2015-09-08

Photo Sharing: Sejenak Di Pulau Pinang.

Assalammualaikum!

Haritu (baca: April 2015) kami bertiga yakni aku bersama dua penulis tersohor Amir dan Halim plan jalan-jalan ke Pulau Pinang. Kononnya stress kerja, saje nak bercuti sebab dah lama tak ke mana-mana...lagi pun nak merayakan bachelor party untuk si Halim ni (masa tu dia belum kawin lagi). Kalau ingat lagi, aku pernah pos pasal ni kat SINI.

Kami stay Boutel Dato' Koyah, Georgetown (Boleh baca di SINI

Ekceli aku tatau nak tulis apa, layan gambar je lah...sepanjang kami menjejak Street Art, mandi manda di Batu Ferringhi dan ronda-ronda Pekan Pulau Pinang. 

Kami pi Penang dari KL naik KTM Senandung Langkawi. Konon nak amik sleeper deck tapi penuh pulak. Terpaksa la amik seat biasa je. Sejuk nak mampus, so kami lepak kat canteen sampai 3 jam. 
Muka acah-acah happy paduhal panas nak mampus. 
Banyak street arts yang dah dinaiktaraf dan dikomersilkan. Contohnya yang di belakang ni. 
Tengah-tengah panas korang pi meronda kan, memang Ketibas la. Kalau gigih boleh la sewa basikal.
The famous art, yang belakang tu, bukan yang depan.
Kalau korang rajin dan gigih makanya banyak la street arts yang akan ditemui. 
Gunakan peta lokasi yang disediakan (boleh mintak kat kedai-kedai atau hotel), merata-rata ada street arts kat Penang ni. Pakat mai Sinni!!!
Kami pi jugak lepak kat Padang Kota Lama, tepi tu ada Fort Cornealis.
The famous Gurney Drive, lepak tengah panas kasi hitam.
OK Kalini dibawa oleh kazen ke Bukit Bendera! Punyalah lama tak jejak Bukit Bendera ni, paling last masa sekolah rendah kot, which is 10 tahun lalu.
Pemandangan Pekan Pulau Pinang dari atas Bukit Bendera.
Ini kami!
OK lah photo sharing je.

WASSALAM.

16 comments:

  1. Oh penulis Pingu Toha tu namanya halim ya. Penulis Jemari Seni tersohor tu. Tahniah walaupun dah lama naik pelamin.

    ReplyDelete
  2. skolah rendah 10 tahun lepas? remaja lagi la ko neh skrg. hahaah. btw gmap ade org map kan semua street art neh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agip

      hahaha ko baru tau aku muda? Lols
      yup ada dalam Gmap. Gigih kan.

      Delete
  3. Replies
    1. Kak Anash

      Penang tu kat,,,,ermmmm kat ...*bukak gugel*

      Delete
  4. Replies
    1. Radin

      Hahah penang je pun. Bukan kuria

      Delete
  5. x penah p jln kaw2 pue bila balik kampung dekat peneng....
    paling gempak pun p komtar je nek bas teman sepupu masa tu...
    dgn p batu feringgi teman ayah bli cd pirate masa tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takky

      hahaha sedihnya lah ...lepasni pi la.

      Delete
  6. Ada geng Batman rupanya..bagus...bagus...bagus..hehehehe

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!