2015-09-03

Jom Macau (Part 4): Guia Hill, Guia Fortress & Fisherman Wharf!

Assalammualaikum!!!

Ok janji kali ni nak habiskan terus enrty Macau! Hahaha sorry la sebab lama sangat tertangguh. Ok let's start!

Anyways... Happy National Day to Malaysia! The 58th Independence Day! 


Sampai je atas bukit dan keluar dari cable car, kami menyaksikan satu kawasan rekreasi yang agak luas dan sejuk. Sesambil tu boleh la cuci-cuci mata tengok pemandangan bandar Macau dari atas Guia Hill ni. Tinggi jugak bukit ni dan kita boleh nampak sampai ke pelabuhan sana.

Berlegar-legar.
Kami meneruskan perjalanan berlegar-legar di atas bukit menuju ke lighthouse yang terkenal di Macau yakni Guia Fortress Lighthouse. Suhu masa tu adalah 20 darjah Celsius, hahaha kira macam dingin-dingin manja la jugak, tapi bila ko dah menapak beratus-ratus meter, takda maknanya nak dingin! Ketibas lagi ada la! Hiks.

Dekat dah dengan bangnan lighthouse tu.
OK jom masuk
Ruang pameran di pintu masuk.
Setelah berjalan beberapa ratus meter akhirnya kami sampai di kubu Guia Fortress Lighthouse. Besar jugak kubu ni, tapi malangnya masa tu tengah buat renovation! Demmm, habis tak berapa nak lawa la gambar macam  ni sebab nampak la tiang-tiang construction kat situ. Tapi nak buat macamana, dah sampai kan. So kami lepak je atas bangunan kubu tu sambil tengok pemandangan sekitar Macau.

Under renovation.
Nota: Untuk makluman juga, Lighthouse ini merupakan salah satu UNESCO site di Macau.  Ia mula dibina antara tahun 1864 hingga 1865 dan merupakan rumah api pertama dengan ciri-ciri binaan western. Ia mempunyai ketinggian 91 meter tinggi dan cahaya dari rumah api ini boleh dilihat sejauh 20 batu ketika cuaca elok.
Layan pemandangan je la.
Rehat jap.
Tadaaaaa.
Di sebelah bawah rumah api ini juga terdapat sebuah museum perang yang agak unik. Terbina di dalam terowong sediada bagi menempatkan senjata dan sistem pertahanan di kawasan tersebut. Sempat la jugak kami masuk dalam tu tengok apa yang ada. Kecik je muzium tu, dan masuk adalah percuma.

Pintu masuk muzium.
Jom!
Sempit je lorong dia.
Antara yang dipamerkan.
OK dari Guia Fortress, kami kembali ke stesen cable car dan turun semula dari Guia Hill. Nasib baik tak ramai orang, so tak payah nak beratur panjang-panjang! Terbaik!. Kami meneruskan perjalanan ke Wynn Hotel (sebab nak naik bas free hahaha) dan menuju ke Fisherman Wharf yang agak popular kat Macau ni.

Fisherman Wharf,
Apa sebenarnya Fisherman Wharf ni? Apa yang ada kat situ? Best sangat ke?
Nota: Fisherman Wharf ni merupakan satu taman tema yang terkenal di Macau, katanya taman tema tapi aku tengok banyak Casino je kat situ. Ia mula dibuka kepada pelancong sejak tahun 2005. Binaan bangunan-bangunan di dalam kompleks ini sangat unik di mana ia dipengaruhi dengan binaan Cape Town, Amsterdam dan Venice. So kalau nak berangan-rangan pegi Amsterdam ke, Venice ke, Cape Town ke boleh la bergambar kat Fisherman Wharf ni.
Banyak bangunan-bangunan unik.
Sepi je.
The jetty.

Apa yang paling best kat sini, kami dapat makan makanan sebenar! Ya tuhannnn dah tiga hari tak jumpa nasik! Hari ni kami sempat singgah kat sebuah restoran India kat dalan Fisherman Wharf ni. Nama kedai ni adalah Taste of India dan terang-terang dia ada tampal logo Halal kat depan pintu tu. Kami pun apa lagi, serbu la kedai makan tu....terus makan macam ala-ala fine dining gituh haaa! Hahaha yang paling best ada wifi free, so masing-masing jadi anti sosial kejap.

JOM makan!
Tansree tengah kira bajet.
Tudia nasik boleh makan 4 orang!
Pelbagai jenis kari haaa.
Anti sosial.
So time makan, memang tak pandang kiri kanan dah, yang si pemilik kedai dengan pelayan-pelayan kedai pun kemain ha melayan kami...dengan senyuman dan harapan gaji naik bulan tu hahaha.

Lepas makan, kami sambung berjalan-jalan dalam Fisherman Wharf. Sampai bengkak-bengkak jugak la kaki berjalan. Kebanyakannya hanya bangunan-bangunan cantik je la yang menarik perhatian kami. Nak beli souvenir pun macam mahal sangat kat situ, abaikan.

OK sekarang ramai orang.
Layan.
Knock knock!
Rehat jap.
Jom balik!
Kami seterusnya berjalan kaki ke bus station tidak jauh dari Fisherman Wharf. Dekat stesen bas tu kami nampak pulak bas hop on hop off! wuhuuuuuuu ini yang kami nanti-nantikan. Setelah menghantar MasMZ dan HD berbincang dengan pemandu bas Hop On Hop Off akhirnya kami berjaya membeli tiket bas tu dengan harga HKD 150 - one day pass. Tapi rasanya kami tak bayar banyak tu kot sebab kami bincang ngan pemandu tu kata nak duduk dalam bas je takda singgah mana-mana hahaha.

So naik la kami bas Hop On Hop Off tu mengelilingi bandar Macau. Antara tempat yang kami lalui adalah Macau Fisherman’s Wharf, Macau Science Centre, Kun Iam Statue, Wynn, Lisboa, New Yaohan, Macau Tower, A-Ma Temple, Sofitel Macau at Ponte 16, Best Western Hotel Taipa, Rua Do Cunha, City of Dreams, Sands Cotai Central, The Venetian Macao dan Galaxy Macau.

Jom ronda Macau!
Sejuk weh!
Jerebu pulak tu hahaha.
Tengok bangunan lama.
Tengok Casino, tengok hotel.
Masuk Terowong.
OK balik.
Untuk maklumat lanjut boleh tengok SINI.

Kami turun di depan Hotel Grand Emperior, masa tu pulak kebetulan ada pertukaran Guard sedang belaku. Dah macam depan Buckingham Palace la pulak! Hahahaha sempat la tengok ala-ala real punya majlis pertukaran guard masa tu.

Pertukaran Pengawal Hotel je.
Lepas tu kami terus balik hotel dan pengsan. Penat weh berjalan seharian, malam tu kami makan apa yang ada je, habiskan segala macam Megi, biskut, roti ...semualah.

Sempat la tapau kat restoran tadi.
Esok paginya, lepas chek out, kami berjalan ke Senado Square dan ambil teksi untuk terus ke airport sebab takut jem dan lambat, maklumla flight nak balik KL tu pagi. Alhamdulillah semuanya selamat, walaupun ada sedikit drama berlaku di pemeriksaan imigresen Macau. Cis dah la lambat, kena tahan dan selongkar beg pulak tu...sabo je la. Hahaha.

Pemandangan buruk dari tingkap hotel.
JOM la balik.
Naik teksi.
Naik kapal terbang.
Sekian.
Anyways, ia merupakan satu short trip yang boleh dikenang dan menyeronokkan. Nak repeat Macau? Rasanya tak dah kot. Cukuplah hanya sekali, aku lebih rela ke tempat lain lagi hiks.

Alhamdulillah, selesai kisah Macau. Berikut adalah rumusan yang dapat dibuat:
  1. JOM Macau Part 1 : http://janggeltrekking2.blogspot.com/2015/06/jom-macau-part-1-senado-square-statue.html
  2. JOM Macau Part 2http://janggeltrekking2.blogspot.com/2015/07/jom-macau-part-2-monte-fotress-melihat.html
  3. JOM Macau Part 3http://janggeltrekking2.blogspot.com/2015/08/jom-macau-part-3-venetian-macau-naik.html
  4. JOM Macau Finale : http://janggeltrekking2.blogspot.my/2015/09/jom-macau-part-4-guia-hill-guia.html

 WASSALAM.

10 comments:

  1. Replies
    1. Is

      hahaha jeles lima saat nak buat apa lols.
      mana gambo dengan abam hero baru tu? hiks

      Delete
  2. terasa rasa macam pergi banyakkkk negara
    padahal
    macau je
    ahhahahahah

    jom lagi...tempat lain?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash;

      Hahaha kan, siap dah pegi Venice, Portugal bagai kan... JOM!

      Delete
  3. Any reason tak repeat lagi Macau?? ehehe. just curious.. ngee

    ReplyDelete
  4. time aku pegi dulu tutup fisherman wharf tu..
    weh byknye makanan, tak takut gems ke! hahahah..
    aku tgk muka akak kire budget pn dh stress huhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawanna

      Agak la, gemuk je bila dah balik Hahahahhaa. Stress

      Delete
  5. Lega .... dah habis hahahahhahaa

    So lepas nih entry apa lak? Tak sabau lak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghazz

      Sabar ye ...tengah cari kegigihan nak menulis.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS