2015-07-13

JOM Macau (Part 2): Monte Fotress Melihat Sunset Dan Venetian Macau

Assalammualaikum!!!

Sebelum meneruskan kisah Macau ni, just nak bagi gentle reminder: Jangan lupa join #TRAVELOHILAWESIME PHOTO CHALLENGE BALIK RAYA 2015" (Ketik situ untuk LINK terus ke enrty contest). Masih banyak masa untuk korang semua plan idea yang creative dan menarik untuk masuk contest tu. Ingat! Hadiah lumayan ye, tak nak ke? Hiks yang penting pandai-pandai lah improvised kalau tak cukup kelengkapan di mana anda berada.

OK jom sambung kisah Macau.


Dari Ruin Of St Paul's kita boleh mendaki naik bukit (pakai tangga ye bukan kena panjat batu segala bagai) menuju ke Monte Fotress, satu kubu tinggalan Portugis di atas bukit bersebelahan dengan Ruin of St. Paul's. Kalau sesiapa pernah ke Melaka dan melawat A Famosa, kan kena naik bukit belakang dia tu kan untuk ke Ruin of St Paul's tu kan? Ha keadaannya sama jugak di Macau ni, kena naik bukit macam tu la, panjat la tangga mana yang korang berkenan sebab ada beberapa laluan untuk naik ke atas. Sebenarnya takda lah tinggi sangat, ala kadar je ketinggian dia, sama macam yang di Melaka tu.

Sekumpulan auntie-auntie berposing maut.
Taknak kalah!
Jomm panjat bukit!
Sampai atas tu memang ramai manusia, dah la termengah-mengah kan. Hari pun dah nak gelap, masa untuk sunset la katakan. Dekat atas bukit tu juga ada Muzium Macau, tapi masa tu dah tutup sebab dah petang, so kami tak sempat la nak masuk pun. Ambil gambar dari luar je.

Masuk ke pintu kota.
Welcome....agaknya
Panjat lagi....
So layan je la apa yang dapat dilihat kat atas tu, nampak la pemandangan sebahagian bandar Macau yang penuh dengan bangunan-bangunan lama, buruk sikit dan banyak sangat Casino! Matahari pun macam segan-segan nak tunjuk muka, tapi takpelah, janji dapat ambil gambar.

Banyak bangunan lama kat Macau ni.
Muzium ni dah tutup.
Meriam pun banyak.
Hari semakin gelap
Layan sunset.
Sunset
Dah beberapa ketika kat atas bukit tu, kami pun turun semula dan bergerak balik ke hotel. Nasib baiklah hotel kami dekat-dekat area situ je, so jalan kaki pun takda lah penat sangat. Sambil-jalan kaki nak balik tu kami sempat la singgah-singgah kat kedai-kedai cenderamata kat tepi-tepi jalan. Singgah jugak McDonalds sebab ada orang teringin nak makan fries dan Fillet Burger. Tapi yang paling best, balik hotel masak megi dan makan biskut! 

Malam tu lepas makan kami keluar balik lepak-lepak kat area Senado Square tu, tengok orang shopping tak sudah-sudah! Banyak pulak duit diorang ni kan? Menang judi agaknya. Punyalah ramai orang, sampai malam-malam pun masih ada yang duduk melepak tepi-tepi kaki jalan, sembang-sembang sambil minum beer, hisap rokok, etc. Kami ni duduk perati je la diorang tu. Lepas tu sebab tak tahan sejuk, kami balik hotel dan tido.

Malam-malam pun penuh.
Seniman jalanan.
Lampu-lampu yang menaikkan seri bangunan sekitar Senado Square
Ada pesta tanglung.
Bangunan lama memang banyak.
Antara yang popular.
Jalanraya pun sesak.
Day 2: Macau

Hari kedua, pepagi lagi dah bangun, masak breakfast! (Ha masak apa lagi, Megi la! Hahaha) Kalau korang nak tau memang susah nak cari makanan Halal kat area hotel kami ni, ada la jugak plan nak makan kat restoran Paki (baca: Pakistan) tapi cari-punya cari rupanya info kat website tu tak update dan kami pun tak reti nak cari sebab kedai dia dah tutup sebenarnya. So layan megi je la, sedap wooo makan sejuk-sejuk time lapar! Sambil tengok kat tingkap pemandangan buruk bangunan-bangunan sekitar tu hahah, sabo je lah.

Usai bersarapan (wah usai tu! Hahaha) kami pun keluar menuju ke kawasan Hotel Wynn untuk naik shuttle bus free menuju ke stesen bas yang terletak berhampiran dengan macau Airport. So disebabkan bas semua free tak kisah la duduk berapa lama dalam bas pun, yang penting ada wifi free jugak!

Jambatan macam ni ada beberapa buah kat Macau.
OK kami naik bas ni sebab free dan ada wifi.
Baca signboard ni untuk naik bas yang betul.
Sampai kat stesen bas tu, kami terus naik bas yang ada tulis Venetian, yang juga bas free. Aku rasa sebab hotel-hotel kat situ memang sediakan bas untuk pengunjung-pengunjung Casino diorang. So anggap je la korang nak ke hotel tu main judi (tapi niat di hati tak pon kan, yang penting niat).

OK ni bas ke Venetian, free dan ada wifi percuma

Perjalanan ke Venetian City mengambil masa lebih kurang 30 minit. Bas free ni berhenti betul-betul depan Hotel Venetian Macau. So kami turun dan terus masuk dalam bangunan hotel tu! Mak aiii punya lah ramai ummah kat situ, dan deco kat dalam hotel sangat cantik dan sangat klasik ye! Kami jalan sampai ke lobby dan terpegun tengok siling yang cantik! Ha macam ada kat Europe dah gayanya. Apa lagi duduk begrambar kat situ je dah dekat sejam hahaha.

Dah sampai!
Lawa siling tu.....

Kengkonon kagum!
  video
Video poyo! Hiks.
Jom pi Venice!
Dah puas bergambar dengan siling, barulah kami tanya-tanya orang macamana nak pegi Venice celup yang macam dalam drama-drama Jepun/Korea tu. Berbelit-belit jugak nak sampai ke Venice celup tu! Pusing-punya pusing rupanya kena naik sampai tingkat tiga baru jumpa Venice celup. So apa ada kat Venice celup tu??? Ok nanti la aku cerita di next entry ok!

WASSALAM.

12 comments:

  1. Replies
    1. Pojie

      HaHaHa!!! Apa yg sedap???? Awas!!

      Delete
  2. Hamboi sempat ha Entry sebelum fly ker... ehh sebelum raya...
    ni belum part makan tahap glojoh tu kan.. hahaha.. tazzabar..next plis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae;

      Hahahha aku pun lupa dah part mana makan tahap gelojoh! HaHaHa!!! Baru ingat rupanya kat fisherman wharft tu

      Delete
  3. motif tunjuk muka HD sebesar alam tu?
    hahahaha
    weh entry throwback sungguh haish...
    tak pe..akak suka je baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash

      Ofkos la entry throwback! Belum habis lagi kot HaHaHa!!! Maklumla busy 🙊

      Delete
  4. Adui bepinor-pinor mata mengengok siling yang berwarna emas tu. ..Usai tu kusut masai ke? :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA

      Ha kannnn berpinau mata tengok lols. Usai tu misai kekkekeke

      Delete
  5. Cantik betul pemandangan di waktu malam, tak sempat nak merasa, dari jauh je nampak sedih, tak takut ke duduk atas meriam nanti meriam meletup? KAHKAHKAH

    ReplyDelete
    Replies
    1. Radin

      Lenkali pi la maktu malam pulak kekekke. Duduk atas meriam tu kalau meletup kira bertuah la. Lols

      Delete
  6. best betul, all we can, if we know the budget, and also money, hahahaha~

    teringin cik qiyah nk ke sana jugokkkkk~

    ReplyDelete
    Replies
    1. BB Nona

      Ha betul tu cik kiah, yang penting tekad! Bertabahlah...demi keriangan berganda!!! HaHaHa!!!

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!