Assalammualaikum!!!
Wah! Esok dah nak raya!!! Amacam dah standby ke dengan persalinan raya memasing? Ada ke yang takde mood nak raya? Aku ada baca keratan akhbar mana ntah haritu, katanya menurut kajian sape yang takde mood nak raya tu tanda pendek umur! Hahaha baca boleh percaya jangan, yang penting, siapa yang ada kampung, ada sedara mara, dan paling penting masih ada orang tua (mak bapak) tu balik la jumpa diorang, eratkan silaturrahim sesama keluarga.
Dikesempatan ni, macam biasalah seperti tahun-tahun sebelum ni aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI! MAAF ZAHIR DAN BATIN! Alhamdulillah aku dah selamat sampai di kampung! Lepas ni nak balik kampung ayah pulak di Sungai Besar, Selangor. So sesiapa yang raya kat Sungai Besar tu jemput la datang rumah nenek aku! (Hahaha tak malu betul aku ajak beraya kat rumah orang).
Hari Raya kedua pulak aku akan balik Ipoh, Perak ziarah rumah arwah atok dan opah sebelah mak pulak. InsyaAllah kami buat kenduri doa selamat sikit macam biasa (adik beradik mak semua berkompol di Ipoh masa ni). So jemput la jugak datang buat sesiapa teman kat Ipoh yang nak beraya! (Lagi sekali tak malu jemput beraya ke rumah orang! HAHAHA).
So sepanjang bulan raya ni harap-harapnya:
- Jaga kesihatan, jangan makan banyak sangat! Awas, jaga berat badan yang dah kurang masa bulan puasa tu! Hahaha.
- Berhati-hati di jalan raya. Kompom jalan raya sesak, jem, banyak kereta segala bagai. Jadi berhati-hatilah...kalau mengantu, minumlah air tongkat ali.
- Pergilan menziarah ke rumah saudara-mara, kawan-kawan, adik beradik sebab kita kena teruskan budaya ni untuk generasi akan datang. Masa nilah nak pasang badan dan cuci mata ye tak? Di samping kenal sedara mara sendiri yang mungkin dah berubah bentuk dan wajah.
- Kalau ada rezeki lebih, bagi la duit raya pada budak-budak. Bukan apa, tu kira sedekah jugak tu janji hati kena ikhlas. Cuma berpada-pada lah ikut kemampuan, jangan sampai papa kedana pulak sebab nak sedekah pada budak-budak.
- JANGAN LUPA BUAT PHOTOCHALLENGE BALIK RAYA 2015!! KORANG TAKNAK KE HADIAH YANG BEST TU? ALA BUAT SIMPLE-SIMPLE PUN TAKPE JANJI KREATIF! Pakat-pakat la dengan semua sedara mara korang tu jayakan misi photochallenge tu! InsyaAllah berbaloi! Apa??? Lupa soalan-soalan photochallenge? OK Cepat rujuk balik SINI.
OK, dikesempatan ini aku nak minta maaf banyak-banyak sebab jarang update blog sebab ikut mood la hiks. Banyak lagi cerita travel aku tak tulis...insyaAllah lepas ni akan lebih rajin. Maaf juga kalau ada yang tersinggung pada penulisan aku di blog ni, biasalah manusia dan aku menulis memang ikut cara aku sendiri. Kalau ada yang tak suka, aku tak boleh buat apa....just tak payah la baca kot? InsyaAllah aku akan cuba improve dari masa ke semasa. Dan kalau ada komen-komen kat blog korang yang tersinggung tu maaf ye, tak bermaksud nak menyinggung pun, mungkin kekhilafan saya sebagai manusia biasa.
MAAF ZAHIR DAN BATIN.
OK ayuhlah kita beraya!
WASSALAM.
Selamat Hari Raya! Ala, this year beraya dekat Sabah. Kalau raya dekat Selangor, confirm akan bertandang ke rumah untuk beraya. Hahahaha!
ReplyDeleteHave fun Ren!
Pojiegraphy;
DeleteSelamat Hari Raya Pojie. Tak raya pun boleh je nak datang lepak hiks ;)
selamat hari raya ren
ReplyDeletemaaf zahir batin
Supermeng:
DeleteSelamat Hari Raya juga buat abam Meng! Maaf zahir dan batin ;)
Selamat Hari raya Aidifitri! Maaf Zahir Batin. Semga bergembira di Hri raya bersama keluarga tercinta
ReplyDeleteFarikica:
DeleteThanks. Selamat Hari Raya juga buat Farikica sekeluarga!
Selamat menyambut hari raya Ren...maaf zahir batin...
ReplyDeleteMie
DeleteSelamat Hari Raya juga buat Mie Sekeluarga!
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Ren.
ReplyDeleteDDT
DeleteThanks Diana! ;)
Salam Aidilfitri, Ren..maaf zahir batin..tengok foto2 rayanya, meriah sungguh ekkk hehehe...
ReplyDeleteZila
DeleteThanks Zilla, Selamat hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin juga buat Zila dan keluarga ;)
Selamat hari raya Ren!!! 'kosong-kosong' ehhh
ReplyDeleteJM
DeleteSelamat Hari raya juga buat JM. Salam kosong-kosong!
Selamat Hari Raya ....
ReplyDeleteSemuga Hari Raya membawa sinar harapan dan kerahmatan di dalam hidupmu!!!
Ghaaz
DeleteThanks Ghaaz. Selamat hari raya juga buat anda sekeluarga!
Hamboi Raya sakan... panjangggg tu cuti.. ehhh.. Selamat Hari Raya Shahrin... Maaf Zahir Batin...
ReplyDeletePae
DeleteThanks Pae! Raya kan sebulan HaHaHa!!! Selamat Hari Raya!
selamat hari raya abam ren
ReplyDeleteKak Anash
DeleteSelamat Hari Raya kaka Datin Tansree!
Selamat Aidilfitri! Hehe.. Maaf zahir batin yer.. eheh, dah masuk zulkaedah, baru nak wish raya kan. Hehe...
ReplyDeleteCN
DeleteHehehe thanks CN. Selamat hari raya Haji pulak!