2015-07-07

Ada Apa Dengan MyTeksi?

Assalammualaikum!!!

Dah masuk 10 hari terakhir Ramadhan, so ada yang dah balik kampung ke? Kemain ha cuti awal bebeno. Ke ada yang tak sempat nak beli tiket bas? Kalau tak sempat jangan risau, korang boleh try guna apps MyTeksi ni. Saja nak promote sebab haritu aku try, memang sangat mudah ok! Tak payah tunggu lama-lama, sekejap je pakcik teksi tu sampai. Ringkas, cepat dan mudah!

Ha pasal teksi ni, aku nak cerita sikit. Semenjak dah 'berhijrah ke Negeri Di Bawah Bayu' ni, aku rasa macam 'patah kaki' bila balik Putrajaya, yelah kan kereta aku semua dah aku angkut ke Sabah. Jadi nak ke mana-mana tu agak terbatas la. Bayangkan selama sepuluh tahun aku duduk kat Putrajaya, aku tak pernah langsung naik bas yang berlegar-legar sekitar Putrajaya tu, teksi apatah lagi. Bila dah 'patah kaki;' macam ni baru la terhegeh-hegeh belajar bus routes kat sekitar Putrajaya, dan yang best tu sibuk pulak simpan nombor driver teksi!

Cerita pasal teksi ni, aku ada terbaca mengenai satu campaign ni yang diberi nama MyTeksi "Driver Swap" Campaign. Kempen yang nak bagi penghargaan kepada pemandu-pemandu teksi yang bekerja dengan jujur dan ikhlas! Awas ye, aku masih mempunyai pandangan yang kebanyakan pemandu teksi kat Malaysia ni sangat rude dan menipu (baca: bukan semua, hanya segelintir /kebanyakan). So bila setiap kali nampak teksi je aku akan perhati je cara diorang bawak teksi. Watch out, I got my eyes on you la kiranya. Entah semacam je geram tengok diorang tu. Aku bukan la nak kata semua pemandu teksi macam tu, memang aku akui ada yang baik dan sanggup menolong. 

Pernah satu hari tu, aku tertinggal jeket aku dalam teksi dan tak perasan pun jeket aku tu hilang...tapi pakcik teksi tu pusing balik hantar jeket tu kat aku. Jujur kan? Kalau sesetengah orang tu dah kebas dah! Jeket mahal ok!

Berbalik kepada kempen MyTeksi 'Driver Swap' tadi, aku baca yang kempen ni memberi penghargaan kepada pemandu-pemandu teksi yang terpilih sebagai membalas jasa pengorbanan mereka mencari rezeki dalam masa yang lama di atas jalan raya. Bayangkan purata seorang pemandu teksi tu menghabiskan masa 16 jam atas jalanraya untuk mencari rezeki, jadi mana masa mereka bersama keluarga? Bagi yang buat part time tu pulak, silap-silap setahun sekali baru jumpa family. Kesian kan, kalau kita rasa diri kita susah, ada orang yang lagi susah daripada kita, ingat tu.

Cuba korang tengok video kat bawah ni, beberapa kejayaan yang dilakukan oleh MyTeksi bagi menghargai pemandu teksi. Sebak pulak tetiba tengok video ni *sob sob sob* Biasalah hati tisu.


At MyTeksi, we believe that there’s no greater love, than the love of a family. Stay closer. Spend time with them. After...
Posted by MyTeksi on Tuesday, 30 June 2015
#TakYahMafan
Sedikit info pasal MyTeksi :
Founded in 2011 by two Malaysian Harvard Business School graduates, MyTeksi is a Malaysian startup company that aims to revitalize the taxi industry. The company was the product of hard work and dedication of these two individuals that got us the recognition in the Harvard Business plan competition. MyTeksi is currently providing its services in cities throughout Malaysia, Philippines, Thailand, Singapore, Vietnam and Indonesia with over 75,000 drivers registered in its fleet across Southeast Asia.
Did you know? 

  • MyTeksi provides both budget and executive taxi services.
  • MyTeksi increases safety perceptions by enabling a mechanism whereby the customers can track the whereabouts of their current booked taxi.
  • MyTeksi carefully pre-screens all drivers and monitors their performance based on feedbacks from passengers daily.
 The four simple steps to book a taxi with MyTeksi App,

  1. Type in the destination you want.
  2. The app will then locate a driver for you.
  3. You will then receive your assigned driver.
  4. You or your loved ones are able to track your booked drivers’ whereabouts throughout the travel.
BENDA YANG BAIK KENALAH DIKONGSI BERSAMA YE TAK? Aku tak kisah nak kongsi benda ni dengan korang sebab aku sangat suka perkhidmatan MyTeksi, macam yang aku tulis kat atas tadi ianya ringkas, cepat dan mudah!

Psttt: So korang pernah try tak apps ni? Ke pernah ada yang kena tipu dengan pemandu teksi? Share la sikit! 

Pssttt2: Jangan lupa TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 masih berlangsung! Ayuh join! 

WASSALAM.

8 comments:

  1. Ada additional cost tak sebab kita kita request teksi datang kan.tambang kira mcm biasa juga?

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...aku selalu guna apps ni n so far puas hati la. driver2 so far semua ok. before this cam struggle nak kena tunggu tepi jalan esp. kalau time nk kena travel dgn beg besar etc. , now tunggu kat lobby / guard house jer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agip

      Betul tu, memang agak mudah la, dan cepat.
      :)

      Delete
  3. Pemandu Teksi automatik jadi pemandu pelancong...sebab dia orang ni dah macam duta kecil sesebuah tempat...semua info boleh dapat...memang nilai murni kena ada kat pemandu teksi ni....satu kempen kearah yang baik...#kipidap

    ReplyDelete
  4. Previously CN agak selalu juga la guna apps ni. Hehe... Mudah guna. Make sure phone ada bateri, ada data connection, then boleh la guna dengan jayanya :)... CN ada story jgk psl apps ni dlm blog CN. Jemputlah singgah yer :D

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS