Assalammualaikum!
Waduh-waduh lama sungguh tak ke udara ya, sorry la busy sikit dengan urusan dunia, urusan nak agih-agih hadiah untuk TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 lagi, jemputan rumah terbuka hari raya lagi (walaupun raya dah habis kekekeke).
Ok pemenang pertama TravelholicAwesome Photo Challenge Balik Raya 2015 dapat tiket penerbangan ke Bangkok! Alhamdulillah suka tak? Jeles tak semuaorang? Kalau jeles nanti join la kalau ada lagi ahahah. Ok jom sambung kisah Macau (Ya tuhannn lamanya nak habis entry Macau ni!)
Untuk ke terusan
Venice palsu, kita kena naik ke tingkat tiga, jenuh jugak cari tangga atau
lift nak naik ke atas, rupanya tangga tu terletak kat sebelah pintu masuk je. Sampai je tingkat tiga tu, ha kami disajikan dengan langit nan membiru! Hahaha langit palsu lah! Tapi langit tu boleh berubah-rubah kadar kecerahan dia. Dan di depan kami terbentang indah terusan
Venice dengan beberapa biji gondola sedang belayar di atasnya. Sekali tengok memang macam kat Venice betul-betul la, tapi sekelip mata je dah tau tu palsu hahaha.
|
keadaan di tingkat 3. |
Untuk naik gondola tu, kita kena beli tiket di kaunter tiket yang terletak di dalam kedai souvenir berdekatan dengan pintu masuk. Harga seorang untuk naik gondola kongsi ni adalah 128 HKD. Mahal giler! Tapi sebab nak naik jugak maka bertabahlah, bayar.
Dah dapat tiket, kita beratur pulak. Panjang jugak barisan orang nak naik gondola tu, kami beratur lebih kurang 15 minit rasanya. Sesambil tu makan la roti dan biskut yang dah siap-siap bawak dalam beg. Lapar kot, sebab cari kedai makan halal tak jumpa dalam tu, semua dah tutup.
|
Kelihatan penampakan dikenali di situ. |
|
Punyalah ramai orang beratur! |
|
Nampak tak penampakan tadi tu? sedang meninjau-ninjau keadaan la tu gamaknya. |
Akhirnya tibalah giliran kami naik gondola, tu dia dapat pengemudi gondola yang peramah bakhang! Sesambil mengayuh gondola sesambil senyum sesambil menyampuk kami bersembang, macamkan paham je. Dan part paling
best bila dia menyanyi lagi spanish, apa tah tajuknya, tapi aku pernah dengar la abam
Ed Junaidi nyanyi lagu tu kat karoks dulu. Ha kemain la mamat tu menyanyi sepanjang jalan.
Jom dengar sikit Abam Gondola nyanyi.
|
Muat-muat 4 orang penumpang. |
|
Pengemudi gondola wanita. |
Lama jugak naik gondola tu, total pergi balik pusing terusan
Venice tu adalah dalam 20 minit. Orang pun masih ramai yang beratur. Selesai naik gondola, kami pun blah dari situ menuju ke tempat lain. Kami keluar dari
Venetian City tu dan berjalan kaki ke
City of Dream yang terletak bersebelahan je dengan bangunan
Venetian. Tujuannya nak singgah
Hard Rock Shop sebab ada yang gatal nak beli barang kat situ. Bangunan kat situ semua besar-besar dan yang penting semua ada
Casino pelbagai jenis.
|
City of Dream katanya. |
|
Selfie dulu. |
|
Laluan ni cantik, siap ada carpet lagi. |
Dah habis
shopping (aku tak beli apa-apa pun sebab bajet ketat) kami pun balik semula ke
'airport Macau' dengan menaiki bas
Venetian (
free shuttle bus dari hotel). Dari
airport kami naik bas
Wynn (
free shuttle bus jugak) dan balik ke
Senado Square! Dengan keadaan yang sangat la laparuddin, balik je hotel terus masak megi dan makan dengan lahapnya. Malam tu kami just pusing-pusing lagi area
Senado Square sesambil cari
souvenir untuk kengkawan.
Alhamdulillah jumpa satu keda
i souvenir murah kat celah-celah lorong di
Senado Square tu. Apa lagi, kami pun borong la! Pekerja kedai tu ada yang bangsa
Filipina, ada yang bangsa
Indonesia, so senang sikit la nak berkomunikasi dalam
English.
|
Senado Square waktu malam. |
|
Ni lah kedai souvenir murah tu. |
Keesokan harinya kami ada satu lagi misi penting! Kami nak pusing Macau dan naik kereta kabel. Memang kalau tengok dalam peta, antara tarikan utama kat Macau selain Venetian City, boleh juga pergi naik kereta kabel!
|
Sekitar Macau ni banyak bangunan cantik |
|
Lorong-lorong pun bersih je. |
|
Alien planet mana tu? |
|
Tunggu bas ke bang? |
|
Akak tunggu beca ke? |
Usai bergambar kami meneruskan perjalanan lagi, dekat setengah jam jugak la menapak akhirnya jumpa jugak tempat naik cable car tu. Apa yang menarik sangat pasal cable car ni? Kalau nak tahu, cable car ni merupakan yang terkecil di Asia! Ha jangan memain! Memang kecik je boleh muat-muat empat orang satu gondola tu.
|
Pejabat cable car |
|
Dapat tiket dah! |
Thanks dah dapat hadiah! Tak rugi jo-in!
ReplyDeleteBest nya lahai naik gondola berawankan tipu.. aku dulu dia suh tgu 2 jam utk naik menatang tu, memang idak le nak tgu.
Jea Mohamad
DeleteHahaha lain kali join lagi ye!
Ha sesekali feeling naik gondola memang best!
wow wow wow! pegi macau tak ajakkkkkkk!
ReplyDeleteJohn
DeleteGitew
Kenape aku xder!!! ehhh tetibe....
ReplyDeletePaE
DeleteBukan ko balik kg ke time tu? ahaks
hoit mengpaparazi kan akak ker?
ReplyDeletesempat lagi???
hahaha
iya..akak tunggu beca masa tu
nih throwbek entry,kan?
Kak Anash
DeleteAwas ye mata di mana2 hahahahhaa.
Semua entry dalam blog ni throwbek akak oi hahaha.