2016-09-01

Hokkaido Kami Datang: Japan Winter Trip (Part 4) - Ningle Terrace

Assalammualaikum!

Ampun sebab lama tak update blog, sampai dah dua bulan lepas raya lepastu nak masuk raya haji pulak tu huhuhu...maaflah, kekuatan tu datang bila dipetik di puncak tertinggi je. LoL. Ok untuk tidak membuangkan masa, dan atas permintaan ramai , aku sambung kembali kisah di Hokkaido ni. Ayuh!



Ok bila dah selesai pindah-pindah barang masuk rumah (ingat tak Log Yukari yang cantik tu?) kami pun bersiap-siap untuk keluar semula, masa ni belum dinner lagi, tapi makan la jugak kudap-kudap apa yang patut sebagai mengalas perut. 

Kami menuju ke Ningle Terrace! Ha apake benda tempat tu? Kami tau tempat tu pun masa tanya-tanya dengan orang tempatan masa sibuk cari guest house tadi, dan berpandukan kepada GPS, dan sesat ke beberapa buah lorong akhirnya kami sampai juga ke Ningle Terrace! Wuhuuuuuuu misi main saleju Part 1 tercapai hehehe.

Pose senget menara Teluk Intan duli di depan pintu masuk. Oh btw, masuk percuma ya.
Pelan lantai sekitar Ningle Terrace.
Di Ningle Terrace ni ada la beberapa buah pondok yang khas untuk menjual barang-barang krfatangan daripada penduduk tempatan, harga? Jangan cakapla, Jepun kan hehehe. Tapi tempat ni cantik kalau nak bergambar ditambah pula dengan keadaan lampu-lampu di waktu malam, memang cun! Tapi kalau datang waktu siang, nampak putih je la.

Malam-malam lawa la sebab ada lampu.
Banyak juga tangga nak kena daki.
Kami pun pusing-pusing satu kawasan tu sambil bergambar. Suhu malam tu katanya antara yang paling sejuk di Furrano! Kalau tak silap dalam - 27 macam tu. Memang gigil habis weh! Tapi gagah jugak kan jalan dalam kesejukan malam demi KERIANGAN BERGANDA!

Acah-acah mendaki tangga !
Salah satu kedai menjual cenderamata.
Mengukir cenderamata. Helok buatannya.
Para ibu! Hiks.
Acah-acah menghayati lukisan, paduhal ko menahan kesejukan, cuma dalam ni je ada heater. lols.
Para bapak.
Dah tak tahan sejuk, kami semua bergegas masuk dalam kereta dan balik semula ke Log Yukari! Ha kalini balik for good, Lols....memang nak mandi, rehat dan yang paling utama MAKAN! So sampai je rumah, masing-masing berebut-rebut buat kerja masing-masing dan ada yang bertungkus lumus bukak streaming online TV3 sebab nak tengok Anugerah Juara Lagu! Hahaha go for Dayang!!! So katanya malam tu ada orang nak masak special, so kita tunggu je la.

Tunggu orang tu habis masak. 
Ayuh melantak!!!
Pasta Bebeh!
Dan nasi goreng pilihan utama!
Dan beberapa siri tukang masak beraksi akhirnya siap makanan dinner kami malam tu! Ya tuhan, betapa laparnya hari tu hanya Allah je tahu, Lol. Masing-masing makan dah tak ingat dunia dah, ditambah pulak dengan ikan bilis rangup istemawa yang kak anash bawak dari Malaya, serunding dan rendang pun ada jugak, memang tekak Melayu sungguh lah!

Jadinya malan tu, kami rehat puas-puas lah sebab siangnya dah jalan jauh kan, melawat zoo lah, sesat-sesat cari rumah lah.  Dan malam tu kami pun tidur dalam kesejukan, sebab heater kat rumah tu kejap-kejap dia meraung kalau panas sangat, maklumlah masih guna heater style lama, yang pakai api betul tu.

Heater dan kaki kak Anash. 
So esok ke mana kita? tunggu je lah sambungan selanjutnya.

WASSALAM.

7 comments:

  1. Ade lagi entry Hokkaido rupanya muahahahahaa.. aku gambar pn tak transfer2 lagi...yihhh heater berdebah tu!!!

    ReplyDelete
  2. motif gambo stokin huduh tuh?
    lagi? mana lagi entry lain ?
    hahahaaaa

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!