Atas permintaan ramai, aku gagahkan jugak jari jemari ni menaip entry sambungan kat Sapporo ni. Haish merusuh-rusuh pulak pembaca di media social hahahah (bajet hot aku ni, dasar!). Ok untuk tidak menghampakan peminat, aku sambunglah sekadar yang termampu. Jom baca! Oh jangan lupa juga, minggu ni ada program Citrawarna Malaysia di Dataran Merdeka (25 September 2016) Ayuh!.
Sebelum meneruskan pembacaan, boleh juga rujukLINK ini untuk info padat mengenai Sapporo.
Setelah bersejuk-sejukan di waktu malam dengan suhu mencecah -27 darjah celcius, keesokan harinya kami bangun awal-awal untuk menjelajah sekitar kawasan berhampiran Furano, dan kami akan berangkat ke Biei! Wow apa ada kat Biei?
Tapi sebelum tu, pepagi tu kami jalan-jalan dulu kat sekitar kawasan homestay kami di Log Yukari. Memang best gila sebab terasa macam duduk dalam hutan yang diselaputi salji. Tambahan pulak malam tadi salji lebat turun, jadi depan pintu rumah, atas bumbung kereta semua dah penuh ditutupi salji. Pakcik yang jaga home stay ni pun sangat baik hati, pepagi dia dah tolong kikiskan salji-salji yang menyelimuti kereta kami, terharu pulak bila keluar je dari rumah tengok kereta dah bersih. Hiks.
Sejuk sangat sampai stalactite terbentuk ha.. tetibe.
Morning view di Log Yukari Guesthouse.
Morning view lagi.
Kita pose la dulu.
Sebelum berjalan kita breakfast la dulu. Ala breakfast ala kadar je, makan apa yang ada macam roti, susu dan lain-lain. Then baru kami bertolak ke Furano. Memula tu macam sesat-sesat jugak la, tapi bila dah set location dalam GPS device semua menjadi lancar! Ayuh!
Sepanjang perjalanan tu memang cantik gila pemandangan kiri dan kanan jalan, semua putih bersalji je. Mode jakun memang melimpah ruah memasing hahaha. Kami sempat juga singgah di Furrano Ski Center untuk mendapatkan sedikit info mengenai tempat yang nak dituju. Biei ni jauhnya lebih kurang 30 minit dari bandar Furano, kira macam outskirt jugak la.
Seronok tengok semua putih je.
Ski Center.
Prince Zafran pun dah tak sabar nak pi jalan!
So sepanjang perjalanan tak de banyak benda yang boleh dibuat dalam kereta tu, cuma mengumpat, tido, termenung teringat bae dan sebagainya. akhirnya kami sampai juga ke tempat pertama yakni lokasi tempat iklan Mile 7 (iklan rokok dulu-dulu tu alaaa kalau korang pernah tengok tau lah tempat ni). Nama tempat ni dipanggil Mile Seven Hill.SubhanAllah lawanya tempat ni, bersih putih je dilitupi salji. Dari jauh dah nampak barisan pokok-pokok pine (hahah betul ke eja macam tu) berbaris elok je, macam ditanam pulak, tapi aku rasa macam semulajadi diorang kat situ!
Layan pemandangan.
Turun je dari kereta, memasing berebut-rebut nak ke tempat tu untuk bergambar. Paling kelakar ada sorang tu teruja sangat sampai kaki terperosok masuk lubang! Lols. Terlentang ha kat situ, nasib baik atas salji ops.
Tu posing ala2 terlentang ke cane? ops
Cantik kan.
Jalan pun tutup.
Acah-acah orang eskimo ke tu?
Setompok je pokok kat situ.
Lagi gambar.
Ok pose wajib.
Lagi?
Team eskimo.
Model papan iklan.
Family foto. lol.
Lepas puas bergambar kat situ, kami pun bergerak ke destinasi seterusnya. Kami singgah ke lokasi iklan seterusnya (korang memang cari port tempat-tempat iklan je eh? lols) Ken and Mary Tree, lokasi popular penggambaran iklan kereta. Entahle aku macam tak pernah tengok je iklan tu, tapi kalau korang nak tau, kat area situ memang banyak signboard menunjukkan tempat-tempat tarikan pelancong, so korang follow je lah signboard tersebut.
Ken and Mary Tree.
Ok tu je, jom balik. Hahaha.
Di Ken and Mary Tree tu kami singgah kejap je la, sebab ada sebatang pokok je tapi memang cantik la tempatnya. Actually banyak lagi tempat tarikan pelancong di kawasan Biei ni, cuma kami tak sempat nak pergi memandangkan masa yang suntuk. Maklumlah musim sejuk ni siang pendek, pukul 5 petang dah gelap. Jadi untuk menjimatkan masa, kami terus proceed ke destinasi seterusnya.
Seterusnya kami ke Shirogane Blue Pond. Haaaa kalau korang google tempat ni, akan nampak view lawa gila pemandangan sebuah tasik biru dengan pokok-pokok pine mati di dalamnya. Tapi memandangkan kami ni pergi musim winter, so korang jangan la nak rasa yang tasik kaler biru tu wujud ye, mestilah dah beku dek salju.
Perjalanan ke Shirogane Blue Pond tu tak jauh pun dalam 20-30 minit jugak. Ikut la keadaan pembawakan kereta korang. Kalau jenis macam kami, jumpa tempat cantik sikit je singgah, bergambar...jumpa lagi singgah bergambar, maka sampai sejam lebih pun boleh jadi juga hahaha.
Tatau la budak ni spesis apa, sejuk pun relaks je.
Siap boleh merangkak kat ais! Korang mampu?
Ni kami berhenti tepi jalan je. Entah kat mana.
Family foto. eh mana Aqilah?
Smile!
Memang sepanjang jalan tu salji sangat tebal, nampak la banyak jentera yang membersihkan salji di jalanan. Satu pemandangan yang memang kita takkan jumpa kat Malaysia hahaha ofchores (ikut gaya dak dak wicet).
Dah sampai kat kawasan Shirogane Blue Pond, tetibe kami nampak pintu masuk tu tulis closed. Alamak!! Memang tutup ke apa??? Kami macam dah hampa la jugak sebab datang jauh-jauh. Tetibe ada satu kereta penuh dengan warga asing pun singgah situ, tapi diorang selamba je masuk lalu kat jalan yang tutup tu. Maka kami pun apa lagi, ikut je lah diorang.
Jom masuk.
Ini la rupa tasik tu....
Oooo rupa-rupanya kawasan ni memang tutup masa winter, ye lah tasik pun dah beku kan, nak tengok apa. Tapi kami masuk la jugak sebab dah sampai kan. Memang nampak tasik yang beku dipenuhi salji ...kira macam nampak satu kawasan hutan penuh salji la, tak perasan pun tasik tu kat belah mana masa mula-mula sampai tu.
Suruh Aqilah pose je lah.
Family foto lagi.
Deme tengah pasang papan tanda.
Ada yang menyedok ais yang tutup lampu.
Jom lah balik.
Usai bergambar, kami pun bergerak pulang....nak balik ke Furano sebab misi main salji belum selesai. Kami tiba di Furano semula dah malam. Singgah kejap di salah sebuah shopping mart, sebab deme nak beli souvenir. Aku ni mampu tengok je la, mampu pinjam duit kat kak Anash je beli seketul FM. Hahaha nampak tak kadar kemiskinan aku? lol.
Team duduk belakang.
Lepas shopping, kami ke Furano Kan-Kan Mura, yang terletak bersebelahan dengan Ningle Terrace. Tempat apa tu? Sebenarnya ia merupakan satu tempat pameran ais, ada la rumah ais macam igloo tu, lepas tu boleh main tubing ais kat situ.
Tiket masuk ke dalam Furano Kan-Kan Mura ni adalah 300 Yen untuk dewasa. Kanak-kanak free rasanya.
Masuk dalam tu tetiba teruja tengok ice tubing! Tetibe memasing eksaited nak naik. Haaa apa lagi, jom ber ice tubing la. First time kot, so memang jakun la jugak. Korang tengok je la video yang aku tepek semula ni, #HebatBukan?
Ayuh masuk.
Beli tiket dahulu.
Kalau nak main tubing tu kena tambah 100 Yen.
Banyak sculpture ais.
Lagi sculpture ais.
Cafe ais.
Tatau la cane deme tahan duduk dalam ni.
Peserta tubing pertama.
Tudia.
Prince Zafran pun tidak ketinggalan!
Ofchores saya juga.
Lepas tu jangan lupa tarik balik ke atas. Hahaha
JOM LAYAN VIDEO JAP.
Ok lah, sebab seharian kami dah keluar rumah, maka kami pun balik semula ke Log Yukari. Lapar tu memang gila la. Sampai rumah, kami masak dan dinner dengan rakusnya. Sesambil tengok AJL dari henpon, hahahah mampu tak? Ok lah, esok kami last di Furano. Ada lagi aktiviti yang akan kami buat, so tunggu!
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu). Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perli s jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut. Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berz...
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...
Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu... Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!! Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu! CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LC...
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan! Perancangan Awal. So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku...
Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang , ke Damansara, ke Bangi .... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine . Ok kembali kepada niat asal. Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam , telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya...
Please remove gambar aku zaman2 gemuk tu boleh? hahahahahhaha.. sobs sobs
ReplyDeleteMaff permintaan ko DITOLAK HAHAHAHAHHAHA
DeleteSejukkk!!
ReplyDeleteGigil!
DeleteCantik baju dan topi..matching
ReplyDeleteHehehhehe kebetulan MKL.
DeleteHuaaaa rindu sapporo!! Keji gambar tubing tuh!!!!
ReplyDeleteGitew. Ahaks
DeleteVery nicceeee
ReplyDeleteSuka tgk video tuh !!!!
thanks Ghazz
Deleteha ha ha .. picture megi last tu win ...
ReplyDeleteLapar pulak bila tengok balik
Deletebest nya...
ReplyDeletetapi belum ada keberanian nak bersalji setebal itu ...
kih kih kih
Ala ok je,. try la.
DeletePart 6 belum lagi ye...ada sambungan.
ReplyDeletePhewh. Memang cantiklah. Tapi gila sejuk suhu sampai -27 degree! Boleh demam cani ;p
ReplyDeletehttp://www.fatindays.com