Kisah Korban Tahun Ini: Alhamdulillah, Masih Diberi Rasa Untuk Berkongsi
Tahun ini, semuanya berlaku tanpa perancangan yang rapi. Tiada siapa yang betul-betul menetapkan untuk mengambil bahagian dalam ibadah korban, tapi Allah gerakkan hati kami di saat-saat akhir. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan.
“My mon” kata, “Tak perlu besar-besaran. Kita buat kenduri kecil-kecilan saja lepas lembu disembelih. Jemput saudara-mara yang balik beraya dan beberapa jiran terdekat. Sekadar menjamu apa yang ada.”
Aku angguk saja. Aku tahu itu yang buat hati ibu gembira, jamu orang makan.
Ada sesuatu yang sangat tenang dalam melihat ibu tersenyum di dapur, walaupun tubuhnya tidak sekuat dulu. Dan ayah, meski langkahnya makin perlahan, masih tetap mahu turun padang, memerhati dari jauh, sekurang-kurangnya.
Tahun ini, aku cuma mahu yang terbaik buat mereka berdua. Tiada impian besar pun, cuma satu harapan kecil: semoga Allah terus memelihara ayah dan ibu seperti mana mereka memelihara aku sejak kecil. Sejak aku belum tahu apa-apa tentang dunia, merekalah pelindung, guru, penyayang.
Betullah apa orang kata, semakin kita dewasa, semakin kita benar-benar faham apa itu erti pengorbanan. Ia bukan sekadar tentang daging korban yang diagih, tapi tentang masa, tenaga, dan cinta yang kita curahkan untuk orang-orang yang kita sayang.
Tahun ini, aku belajar untuk lebih menghargai. Dan aku bersyukur, kerana aku masih diberi rasa untuk berkongsi.
WASSALAM.
![]() |
Korban 2025 |
betul sgt.. Ana pon dah semakin besar, semakin memahami betapa besarnya istilah 'pengorbanan'. sementara masih ada Ibu Ayah ni, apa saja pun nak buat selagi blh buat mereka tersenyum..
ReplyDeleteAlhamdulillah… semoga kita sentiasa diberikan keberkatan.
Deletesaya tak boleh tenguk lembu kena sembelih waktu korban. Nanti diam-diam saya yang sebak dan apa lagi sedih tenguk lembu kena korbankan. Jadi selalunya kalau buat korban dia dah siap sembelihkan. Tinggal kita orang je yang tolong potong daging untuk di agih-agihkan.
ReplyDeleteTakpe, yang penting niat untuk berkorban
DeleteTerharu bacanya bang 👍. Betuuul tuh. Beruntung orang2 yang masih mempunyai orangtua. Ibaratnya pintu vip menuju syurga msh terbuka. Sayangi mereka. Mungkin tak lama lagi hidupnya. Selagi ada, bahagiakan selalu. Sebisa mungkin kalo mampu, belikan apa yg bisa buat mereka senang.
ReplyDeleteYe betul. Selagi mereka masih ada.
DeleteBila mahu berkongsi kasih pula?
ReplyDeleteKenapa ye? Kurang kasih sayang dari pasangan ke?
Delete