FRANCE: Eiffel Tower, Akhirnya Ketemu Jua
Hari pertama di kota Paris, aku dan sepupu dah sepakat, hari ni fokus kita cuma untuk Menara Eiffel je. Benda lain semua tolak tepi dulu. Sejak semalam, sebaik saja aku sampai di rumah sepupu yang memang menetap di sini, nama “Eiffel” dah jadi topik perbualan utama.
Pagi tu kami bersiap awal. Sepupu aku dah siap merancang laluan, katanya cara paling mudah ialah naik Metro subway terus ke Eiffel Tower Station. “Senang, tak payah fikir nak tukar-tukar line banyak,” dia yakinkan. Dalam metro, aku duduk sambil tengok sekeliling, orang Paris sibuk dengan rutin pagi masing-masing. Ada yang baca buku, ada yang tekun menatap telefon, dan ada juga yang kelihatan sedang menikmati kopi dalam cawan kertas. Bau roti croissant dari penumpang sebelah membuatkan perut aku terasa lapar walaupun baru saja bersarapan.
Alhamdulillah cuaca hari itu baik. Langit biru bersih, awan putih nipis melayang, dan walaupun musim panas, suhunya masih selesa. Sesekali angin sejuk menyapa, cukup untuk menyejukkan kulit yang sedikit terasa bahang matahari.
Turun saja di stesen Eiffel Tower, kami terus disambut oleh lautan manusia dari serata dunia. Entah kenapa, hati kecil aku sempat berkata, “Paris ni serabut betul.” Tapi aku faham, inilah salah satu tarikan paling terkenal dunia, memanglah semua orang nak datang. Kami mencelah di antara pelancong yang sibuk mengambil gambar, pasangan bercinta yang berpegangan tangan, dan peniaga jalanan yang menawarkan keychain Eiffel sambil tersenyum.
Mujur ada sepupu aku yang memang dah biasa dengan kawasan ni. Aku ikut saja langkahnya yang laju dan penuh yakin. Bunyi tapak kaki bercampur dengan pelbagai bahasa dari mulut para pelancong, sementara aroma kopi dari kafe-kafe kecil di tepi jalan sesekali menerpa hidung.
Dan kemudian, selepas beberapa minit berjalan, aku mula nampak sesuatu di celah-celah bangunan. Mula-mula cuma puncaknya yang berkilauan terkena cahaya matahari. Semakin kami mendekat, semakin jelas kelibatnya. Sampai satu saat, dia berdiri betul-betul di depan mata, Menara Eiffel, megah dan memukau.
Aku terdiam sejenak. Segala bunyi di sekeliling seperti lenyap. Hanya ada rasa kagum, teruja, dan sedikit tidak percaya. “Ya Allah, ini dia… Eiffel,” bisik aku perlahan sambil tersenyum puas.
WASSALAM.
wah bestnya. Wishlist ahkak ni. Selamat berjalan di kota cinta. Ada pick pocket tak
ReplyDeleteSamalah perasaan keterujaan tu.. first time masa tgk Eiffel Tower dpn mata.. mmg sampai paris tidur rumah kawan and first thing mmg nk tgk Eiffel Tower ni hahaha.. yg lain semua tolak tepi.. hahaha sama lah kita..
ReplyDeleteBab org ramai tu mmg tak leh nak wat apa.. especially ke arah air pancut dan bangunan apa ntah yg tinggi sikit tu yg ramai org bergambar tu . Dulu masa pergi area Eiffel Tower tu busuk sbb byk homeless tumpang tidur waktu mlm huhuu..
ReplyDeleteSaya punya cita2 kalo ke Prancis nak ke kota2 nya yg bukan turis destination , yang kota pinggiran, Krn lebih tenang. Tapiiiii ke Prancis tanpa lihat Eiffel macam kurang memang 😄. Jadi tetep perlu didatangin untuk foto 😄
ReplyDelete