Posts

Showing posts with the label Star Cruise

Projek Star Cruise - Libra : Kisah Penamat (Harun, Aloyah, Leman dan Datin Fe'ah)

Image
Assalamualaikum!!! Amacam, iklan sekejap dengan entry Otomen , sekarang baru mau sambung kisah cuti-cuti naik Cruise . Sambungan dari SINI AMARAN: Entry ini kaya dengan gambar syok sendiri dan ala-ala retis hahahaha . Bertabahlah. Ok, lepas keluar saje dari Pulau Pinang naik jambatan, kami pun terus menuju ke Taiping . Rancangan awal nak ke Kuala Gula, tengok burung, tapi bila pikir-pikir balik, hari dah petang, campur dengan sesat-sesat bagai sampai ke malam pulak. Jadi kami hanya singgah di Taman Tasik Taiping. Saja nak bawak retis-retis tengok Taman Tasik Taiping tu, sebab diorang tak pernah sampai.   Fuh memang lawa la taman ni, paling aku suka part dahan-dahan pokok yang mencecah ayor tu, klasik weh...tempat lain aku macam tak pernah nampak pulak ada pokok macam tu. Lagi satu, bandar Taiping ni pon sangatlah jarangnya aku singgah, seingat aku baru 3 kali kot aku datang Taiping hehehe. tetibe petang tu ramai pulak mat rempit buat onar. Ma...

Projek Star Cruise - Libra : Jalan- Jalan Makan Angin Part 4

Image
Assalamualaikum!!! Sambung dari SINI . Pagi-pagi kami dah bangun kengkononnya nak ambik gambar sunrise la dari atas kapal, tapi agak hampa sebab keadaan gloomy semacam. So terus cari tempat breakfast. Tak silap aku breakfast dah start pukul 6.00 pagi kot, entah tak sure tapi masa kami naik ke level 9 untuk breakfast dah ramai orang dalam cafe tu. Mungkin orang-orang yang ambik pakej standing pax kot. Lengang.... Breakfast pagi tu boleh dikatakan mewah jugak la, macam-macam ada. Memang pulun habis masa tu. Lepas habis breakfast kami sambung menjelajah ke segenap kapal, singgah di kedai cenderamata di level 4 untuk beli sedikit buah tangan...tapi paham-paham je la, mahal jugak barang-barang dalam tu. Aneka juadah disediakan... Kapal berlabuh di Pelabuhan Weld pada jam 10.00 pagi. Lepas dah siap mandi dan berkemas, kami terus naik ke level 4 untuk mengambil kad pengenalan kami, jangan lupa ya ambil kad pengenalan di Stardust Lounge , merasa jugak naik p...

Projek Star Cruise - Libra: Riang Ria Part 3

Image
Assalamualaikum!!! Sambungan dari SINI . Maka tibalah masa yang ditunggu-tunggu, terkinja-kinja kami sebelum masuk ke perut kapal. Gigih melakukan aksi pelbagai rupa demi kelihatan cantik di dalam kemera. Hakikatnya, kami hanya manusia marhein yang tak dapek nak ditacap secantik Julia Robet mahupun Devid Bekam . Ok enaf, kembali ke alam nyata. Lepas saje ditangkap gambar-gambar kami dengan niat nak menjualnya dengan harga RM 50 sekeping, kami pun berlalu pasrah menyelusuri laluan ke perut kapal. Di pintu kapal sekali lagi kena tunjuk kad pengenalan dan juga access card yang telah dimiliki di kaunter check in sebentar tadi. Dalam melangkah ke perut kapal, aku tengok ramai bebeno manusia yang bawak air mineral, kadang tu sampai berbotol-botol, takde jual air ke kat dalam kapal tu? Kan ada buffet dinner dan breakfast? *persoalan itu bermain-main difikiran. Check-in counter yang ke 2 Tu dia Kak Coco dengan beg sandangnya..sudah tidak ada beg troli lagi! ...

Projek Star Cruise - Libra : Ke Penang Kite (Mai Lah Sini~) Part 2

Image
Assalamualaikum!!! Jom sambung lagi dari SINI . Sementelaah dah lalu kat Gopeng, maka kami pon singgah la untuk berjumpa dengan Biqque dan Na serta keluarga masing-masing, oh lupe Icam Si Pengembara Tumpangan jugak ada! *sangat kena dengan temanya itu. Kengkononnya diorang nak ke Gua Tempurung bagi mengisi masa lapang. Fuh gigih eh, masa lapang digunakan untuk menjelajah gua! Best tak tipu. (Eleh gigih kan vogue-vogue nak masuk gua, nak lawan Leman Vogue, LV la tew) Maka setibanya kami di tol Gopeng, kami pon menunggulah ketibaan mereka. Bile talipon, katanya lagi 10 km...oh takde la lama kena tunggu. Lagipon jarak di antara Ipoh dan Gopeng bukannya jauh, sekangkang kera je. Akhirnya yang ditunggu telah tiba, yang menanti terkinja-kinja, kami pon decided untuk singgah di restoran pertama yang kami jumpa dengan tujuan minum-minum barang seminit dua. Ingat ye, RESTORAN PERTAMA YANG DIJUMPAI. Maka kami pon bergerak lah ke pekan Gopeng, masuk simpang pekan terus...