2012-01-08

Projek Star Cruise - Libra : Jalan- Jalan Makan Angin Part 4

Assalamualaikum!!!

Sambung dari SINI.

Pagi-pagi kami dah bangun kengkononnya nak ambik gambar sunrise la dari atas kapal, tapi agak hampa sebab keadaan gloomy semacam. So terus cari tempat breakfast. Tak silap aku breakfast dah start pukul 6.00 pagi kot, entah tak sure tapi masa kami naik ke level 9 untuk breakfast dah ramai orang dalam cafe tu. Mungkin orang-orang yang ambik pakej standing pax kot.

Lengang....


Breakfast pagi tu boleh dikatakan mewah jugak la, macam-macam ada. Memang pulun habis masa tu. Lepas habis breakfast kami sambung menjelajah ke segenap kapal, singgah di kedai cenderamata di level 4 untuk beli sedikit buah tangan...tapi paham-paham je la, mahal jugak barang-barang dalam tu.

Aneka juadah disediakan...

Kapal berlabuh di Pelabuhan Weld pada jam 10.00 pagi. Lepas dah siap mandi dan berkemas, kami terus naik ke level 4 untuk mengambil kad pengenalan kami, jangan lupa ya ambil kad pengenalan di Stardust Lounge, merasa jugak naik pentas tu hahaha sambil bawak beg. Kemudian untuk check out perlu naik ke level 5, sepanjang laluan di Level 4 kami melalui kawasan penjual gambar. Ingat tak gambar yang diorang ambil masa first time nak check in semalam? Ha gambar tu akan diprint di atas ketas dengan 3 saiz berlainan dan dijual dengan harga RM 50.00 (kalau beli semalam) siap dengan frame katanya. Tapi bila beli time nak balik, harganya jadi RM 10!!! Tanpa frame...hahah murah gile, naseb baik aku tak beli semalam. Lagipon gambarnya bukan cantik sangat pon. Setakat sepuloh hengget boleh la beli, tak payah frame-frame, beli je frame kat Ikea, 5 hengget dapat 3!.

Kedai cenderamata di Level 4
Jom blah....
Ayuh pergi jelajah Penang!

Untuk check out kena lalui kaunter semalam dan akhirnya berjaya jugak kami menghabiskan percutian semalaman di atas kapal mewah!. Apa projek seterusnya? Teringat pulak kisah Biqque dan keluarga Pak Ein dia yang pergi menerjah Rumah P. Ramlee. kami pon gigihlah pusing satu pekan tu cari kat mana rumah P. Ramlee tu. Memang letaknya di celah-celah bedah la ye (dapat jugak guna ayat Biqque). Dengan bantuan google map dalam talipon (cewah canggih pulak henpon tu), kami pon sampai la ke rumah P. Ramlee. Actually ia merupakan Kompleks Memperingati P. Ramlee dan rumah P. Ramlee terletak di dalam kompleks tersebut.

Rumah P. Ramlee
Keadaan dalam rumah P. Ramlee.
Memang comel je rumah tu, dan didalamnya ada la beberapa pameran mengenai kehidupan P Ramlee dari zaman mudanya sehingga dewasa. Beberapa barang peribadi beliau juga ada di dalam rumah tersebut. Walaupon katanya tak boleh ambik gambar, tapi tak dapek den nak menolong tangan ni, gigih sangat nak menekan punat kemera. Layannnnn..

Dah habis mengisi masa di rumah P. Ramlee, kengkononnya kami nak pergi cari Nasik Kandar Beratur yang katanya sangat popular...tapi kami dapat tahu yang kedai tu bukak malam je, so takpelah terus tukar cari nasik kandar kat area Jalan Gurney. Bercinta jugak nak cari jalan ke Gurney Drive tu. Alhamdulillah jumpa jugak kedai Khaleel betul-betul tepi jalan menghadap ke laut. Kedai Khaleel ni agak popular jugak dengan nasik kandar, cuma ada orang kata kedai dia tak konsisten, banyak lauk pauk untuk nasik kandar yang tak ada. Nak beli passemboq pon belom siap lagi katanya, padahal dah dekat pukul 2 petang dah kot? Takpe la, layan je apa yang ada. Alasan kenapa kami tak ke kedai nasik Kandar Line Clear yang popular tu, kena rujuk kat gambar lah ye.

 

Gile ramai orang beratur kat kedai Nasi Kandar Line Clear!!!
Lepas habis memenuhkan tembolok dengan nasik kandar, kami menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pasar Chowrasta. Serius aku tak pernah dengar nama pasar tu, tapi sebenarnya aku pernah pergi dulu dengan mak aku cuma aku tak penah tau nama dia Chowrasta. Kat pasar tu macam-macam jenis jeruk ada, buah pala la, mangga, kundur, dan macam-macam lagi!. Kami singgah kat kedai jeruk Aishah yang berada di luar pasar Chowrasta tu, sebab rasanya tu je la kedai orang Islam, yang lain semua kedai Cina. Ramai jugak orang membeli jeruk. Siap pakcik owner kedai tu request ambik gambar dia suruh bubuh dalam Fesbook lagik! Kelasssss ko Pakcik!

Sekitar Pasar Chowrasta
Dah habis menyoping jeruk, kami pon bersiap sedia nak balik. Jam pon dah dekat pukul 3.30 petang. Tapi ada pulak sorang ni request nak makan sate! Haish kengkononnya sedap sangat la sate kat kedai tu sebab ada macam-macam jenis sate, ada sate burung unta la, sate kambeng la dan macam-macam lagi..... hmmm aku rasa macam baru je lepas melantak nasik dan tak sempat nak lapar, layan je la. Katanya lagi, kedai ni keluar dalam program JJCM. Nama kedai sate tu kedai Sate Ah-Basri.

Restoran Satey Ah-Basri, pelbagai jenis sate dijual di sini.
Nak mencari kedai sate ni pon satu hal jugak, nun jauh kat belah Bayan Baru sana. Siap talipon orang kedai tu tanya lokasi kedai kat mana. Lastly jumpa jugak, dapat la merasa sate pelbagai jenis tu. Ok la, biasa je rasanya...sedap lagi sate Willy kat Kajang. Dah habis melantak sate baru la kami bergerak keluar dari Pulau Pinang. Kalau diikutkan nak balik naik Feri, nak penuhi permintaan kak Coco yang tak pernah naik feri katanya...tapi memandangkan hari dah lewat dan Kak Coco pon bagi green light tak payah naik feri, maka kami pon balik la ikut jambatan. Plan kami nak singgah di Taiping sebelum ke destinasi seterusnya di Ipoh.

Ok nanti aku citer kisah di Taiping pulak ye....

Psstt: Harga nasik kandar aku tatau sebab kak Coco belanja. Thanks kak coco.
 
Psstt 2: Harga buah pala dan pelbagai jeruk murah je, ikut bajet sendiri.
 
Psstt 3: Harga sate pelbagai rupa di Sate Basri agak mahal. Secucuk jatuh harga RM 1.50 ++ mengikut jenis daging yang kami ambil.
 
Psstt 4: Masuk ke dalam Kompleks P. Ramlee adalah percuma.
 
Psstt 5. Harga parking kereta berdepan dengan kedai Nasi Kandar Line Clear adalah RM 3.00 untuk sejal pertama dan RM 2.00 untuk setiap jam berikutnya.

WASSALAM.

13 comments:

  1. byk kali nye makan..... chup! gamba 3 orang tuh lawa.... cam american idol masa judges tuh jalan. ehheheh...

    actually kan, no one can hold your IC except jabatan pendaftaran. sbb assuming depa forge... sure fraud spending on your name. bab tuh confuse sket. if not mistaken apartment/condo pun dah tak leh keep our IC.

    ReplyDelete
  2. Ni horang ketiga kah??? Hahahhaha.....

    Lily, orang kapal tu bukan malaysian... Silap2 kena jual!!! Huwaaaaaaaaaaa...

    [masMZ]

    ReplyDelete
  3. memenuhkan tembolok? lama xdgr sehhh hahahhaa..

    oii mmg gatal tgn dok amik gambo dlm umah P Ramlee hehehhee...

    ReplyDelete
  4. ok aku lambat sebab baru balik gathering tadik! muahahah...

    hensemnyaaa kalo gmbr blakang aku nih! dgn bwk beg nike lagi..alaihaiiiii....ooopppsss! puji diri sendiri lagik!

    kdg2 pn terpikir, nape die nk pegang ic kita eh? curious aku...
    aku takde gmbr waktu pagi cam korang sbb aku dh terbongkang tido dalam bilik!!! muahaha..cuakkk sbb takut korang dh abes makan ke blom. nasib baik tak abes makan lagi..kalo tidak makan sengsorang aku!!!!

    ReplyDelete
  5. Lily:-

    Makan memang tanpa henti ye lily hahahah suka!!!!
    Kan gamba 3 org tu i berteleku di atas jalan raya tau untuk ambik gambar diva diva nih.

    Tu la, tatau nape diorg ambek IC semua org..... ntahle. dah la yg pekerja dalam tu semua org filipino.

    Ye...u berjaya memintas JOHN kali ni.. Tahniah!

    ReplyDelete
  6. MasMZ:-

    org indon takde plak kan?

    ReplyDelete
  7. Ely:-

    Ye, tembolok hahahahhaha. kehkeh mmg takbleh menahan nak amek gambo kat situ.

    ReplyDelete
  8. John:-

    Hahaha kali ni ko tak GIGIH dapat no 1!!! hahahaha.

    ko pasti ke dalam gamba tu ko? muahahahhahaa.

    Naseb bek ko bangun pagi tu, kalo tak aku nak tapau dah bawak balik tempat ko tido hahahhaa.

    ReplyDelete
  9. siriyesly aku yg ddk penang pun tak penah gi umah p ramlee 2.. hahah

    cam x menarik je umah tu bagi aku.. :P

    ReplyDelete
  10. wah itu apek, sempat lagi kasi pose Terbaeeekkk punyaaa!! :p

    ReplyDelete
  11. Anna:-

    Ok kot rumah tu, sape2 minat P. Ramlee akan merasakan yang rumah tu sangat menarik dan berharga.

    ReplyDelete
  12. Ako:-

    Hahaha tu kekdahnya nak mendugung.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS