2012-01-16

Pesta Deroian di Sungai Lepoh Challet & Camp

Assalamualaikum...

[Mode dilanggar GARUDA....sedih tau AA buat hal cenggini!!! Nyiiiiiiaaaampah!!!]

"Oh kome deroian dah berbunge...lalala..moh kite minang anak dare....cewahhhh"

Lagu dendangan Mr. Os terngiang-ngiang dalam radio kereta kak COCO masa tu...macam tau tau je kami nak pegi pekena deroian...bukan pegi minang eh.

Ok macam biasa, aku ni memang jenis orang yang tak suka duduk diam, pantang ...PANTANG ye di ajak kemana-mana pasti akan menurut, paling tidak pon sebok-sebok nak tau orang lain pegi mana, hmm nak buat macamana, dah jadi hobi gamaknya. 

Sempena menjaga selera ibu mengandung (hahaha "jaga selera" disitu) aku dan kak COCO (Datin Fe'ah) telah berkesempatan menjelajah hutan di pinggir kotaraya.Lokasi? Sebenarnya takda lah jauh mana pun, dah nama pon pinggir kotaraya, jadinya memang dekatlah setakat ke Langat aje. Sungguhpon begitu, kawasan yang kami pergi itu memang tidak pernah aku jejaki sebelom ini, apatah lagi si ibu mengandung dan keluarganya, Papi dan Sami. Dapat agak siapakah ibu mengandung itu? Ya, sudah semestinya Cik Puan lela Manja. Dah berminggu-minggu katanya mengidam nak makan deroian (durian) dah akhirnya tertunai juga hajat memenuhi tembolok si ibu mengandung..alhamdulillah, semoga kandungan si ibu sihat walafiat dan suka makan deroian jugak macam Sami!

Pada awalnya, ramai juga ahli rombongan Datin Fe'ah yang dijemput, namun begitu semuanya tidak dapat menghadirkan diri, ada yang gigih berkampung di pejabat, ada yang terpaksa menjaga kucing yang sakit dan ada yang berpoya-poya di taman rerama. Apakan daya, akhirnya kami berlima sahaja lah yang mampu meredah hutan belukar demi memenuhi selera ibu mengandung.

Dok menunggu Cik Puan Lela Manja ...tapi terawal la pulak.
Riki-riki warung deroian...ikut celah tingkap je muahaha.

Perjanjian dibuat, katanya nak berkompol di Pekan Langat jam 3.30 petang, alih-alih pukul 3.00 petang aku dan Kak Coco dan tertenggek di depan Masjid Pekan Langat. Jadi, kami pon pergilah meriki kawasan penjualan deroian yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan. Tanya pada Cik Puan Lela Manja, nak beli banyak mana? Katanya cukuplah sekadar RM 20 saje, dalam hati aku memberontak, cukup ke 20 hengget? 4 bijik???...hmmm. Di samping deroian kami juga mengait rambutan dan pulasan serta cempedak goreng dan kuih cakoi sebagai juadah sampingan.

Tu dia dah jumpa...
Macam-macam buah ada.
Ni buah durian Mantin katanya..bukan Langat.
Sekali lagi Datin Fe'ah menunjukkan skill memilih deroian!!!
Bila dah berkompol di tepi jalan, maka perjalanan pon diteruskan. Sebenarnya kak Coco nak bawa kami semua ke sebuah challet milik kawan dia. Katanya challet tu terletak di tepi sungai dan seswai untuk aktiviti berkeluarga mahupon bercamping. Perjalanan ke challet tersebut agak jauh jugak, lokasinya terperuk di celah hutan. Akhirnya jumpa juga la challet yang dimaksudkan, "De' Sungai Lepoh Challet & Camp" namanya. Menurut owner tempat ni, dah lama jugak mereka beroperasi di situ, dah dekat 5 tahun kot? kalo tak silap aku le.

Memang best tempat ni, ada banyak buah challet untuk disewa (challet batu dan kayu) terletak betul-betul di tebing sungai. Terdapat juga kemudahan-kemudahan lain seperti dewan perhimpunan, dewan makan, surau dan sebagainya. Ada juga sebuah restoran milik ibu kepada pengusaha challet ini yang katanya, amat pandai memasak! Kami tak sempat nak cuba masakannya sebab banyak sangat dah makanan yang dibawak.

Harga parking kereta RM 5 sahaja dan hanya pengunjung challet sahaja yang dibenarkan untuk bermandi-manda di situ. Harga sebuah challet pulak aku tak ingat...tapi boleh check di website diorang di http://lepohchalet.blogspot.com .


Berbalik kepada tujuan asal kami, maka kami pon mencarilah pot yang seswai untuk melantak. Si Sami pulak dah tak sabar-sabar nak terjun sungai katanya....walaupun dia agak tidak berpuas hati kerana air terjun kat situ sangat rendah...takpe lain kali ajak Papi ngan Mami ko pergi Niagara Waterfall ye Sami!.

Sejurus duduk je, terus kami melantak apa yang ada termasuklah bihun goreng istimewa yang dibawa oleh Cik Puan Lela Manja, hamboih sempat juga beliau memasak yer. Ternyata walaupun perjumpaan tak cukup korum tapi ianya tetap best, dapat makan banyak! kalo ramai nanti makan sikit jer muahahahah!. Tapi memang kompon, 4 bijik deroian tak habis pon kami makan, sebab banyak sangat! Hahahaha. Nasib baik tak tamak.


 Sami dan Papinya pulak dah terlepas ke sungai, main celup-celup kaki je kekdahnya dengan alasan, sejuk. Lepas habis melantak dan Sami pon dah abes mandi, kami menjelajah ke kolam ikan pulak, memang banyak ikan talapia dalam kolam tu. Sape nak, bolehlah tangkap dan hantar ke restoran untuk dimasak atau boleh jugak buat BBQ kat situ, kawasan BBQ dan kawasan camping juga disediakan. Lengkap kan!

Kolam ikan.
Lama juga kami kat situ, dah dekat jam 6.30 petang barulah kami beredar balik ke sarang masing-masing. InsyaAllah, ada rezeki boleh la try bermalam kat situ pulak sambil BBQ. Kompom meriah punya!. 

Perkenalkan!!! Ultramen Sami!

WASSALAM.

22 comments:

  1. Wahhh syoknya siap ada makan bihun , cakoi bagai!!! Smlm aku tak leh join, sebab Cawan keja shift siang..kalau Sabtu leh la gak gagah2kan pas berpoya-poya di taman rama-rama tu..isk isk..ni yg aku nk p cari durian lagi nih! (baru je abis aku tibai seplastik beberapa hari sudah, nampak gayanya kena pegi cari lagi nih muahahahaha)

    Word verification: PITTI (memang pity kat aku sb tak dpt makan derian!)

    ReplyDelete
  2. BlueEwoke:-

    Hahaha ko pon dah macam leman gak eh? hahah (padahal aku pon sama)

    Memang best weh! Makan tak hengat dunia...padahal ahli jemaah tak seberapa. wakakaka.
    Ko ngidam2 durian ni kang ada yg pikir lain ni kang hahahahhaa! :)

    PITI sangat!

    ReplyDelete
  3. hahaha comel aje sami kt tepi tangga tuh.. muka xpuas ati abis siap marah aku 'ha mami masuk la, tgk sini sejukk tau!!' ade ke dia marah air tu sejuk hahahaha

    blk singgah tgk view kt bukit holiwood tuh meriah tau gerai byk sungguh..

    aku suka gambo2 tu bijak xtunjuk kegemokan aku.. bagus! btw bihun tuh nama dia bihun goreng gelabah haha

    Na, patut ko ikut aje tinggal cawan.. kihkihkih

    ReplyDelete
  4. ko main petik je lagi imuda, lagi os la hahahahaha!

    aku teringin siut durian...hamid suh aku beli kat giant, BLEH???

    ReplyDelete
  5. Ely:-

    Tu la, bukanmain lagi nak mandi sungai kan, tapi akhirnya main celup2 kaki je hahahaha.

    Oo korang singgah gak eh Look out Point tu, GIGIH!

    Hahaha aku cuber cari gambar2 tersorok, nasib bek ada muahahaha.

    Na mana bleh tinggal Cawan dia tu....

    ReplyDelete
  6. Biqque:-

    Eh Mr. Os eh??? Bukan Imuda??? Muahahahaha ok aku tukar skg jugak!!!

    Durian Giant??? aku pon salu gak beli durian giant muahahaha.

    ReplyDelete
  7. janggel,

    seb beik pegnen, kalu idak sure aku ckp beli sebakul! hahaha

    ReplyDelete
  8. Ely:-

    Takpe lepas ko salin nanati kite buat seken kenduri deroian, ko oder selori pon takpe! Hahaha

    ReplyDelete
  9. John:-

    Bencik? Hahhahaha! Suka!!!!

    ReplyDelete
  10. ada lagi 1 tempat yg jual doyan sedap2 tapi aku tak ingt nama tmpt tapi klu nak tunjuk tu aku reti le...pasni buat aktiviti bersungai sambil makan doyan kat janda baik jom!

    ReplyDelete
  11. Fatt:-

    kat mana-mana? celah bedah mana tu? Jom next plan!!!

    ReplyDelete
  12. janggel,

    i enti leh dak! heheheheh....
    last weekend mmg pack demi kecantekan i! MUAHHAHAH....

    i idak ler makan doyan but sandwich makan, aci dak?

    awat tak buta kat kolam air panas panas kat mana ntah tuh...

    jeles mode.... tapi lain kali nak ikut gak

    ReplyDelete
  13. Janggel
    Akhirnyer akak dapat nak komen...
    yeaaaa...
    Datin??? wow...(again)

    kepada yang lenlain, ok aje kalau nak gi lagi sekali ke sini...

    (tetiba ...ilang ayat nak komen...)

    ReplyDelete
  14. MasZuber:-

    Haah sangat kiut terutama masa part terbang jadi Green Lantern hahahaa

    ReplyDelete
  15. Lily:-

    Demi kechantekkan eh? Ok la boleh dimaafkan. Muahaa.

    Bukan setakat sandwich, cakoi, pisang goreng ngan cempedak goreng pon ada okay@!

    Kolam air panas tu ramai sangat orang and tak berapa seswai untuk ibu2 ngandung muahahahaa.

    Next time BBQ !! JoMMMMMMM Melaka!

    ReplyDelete
  16. Kak Anash:-

    Datin yer??? Suka Yer???? Okay

    Len kali sila datang buat BBQ sekali!

    ReplyDelete
  17. Janggel,
    suda kompomkah tarikh ke Melaka?
    (dan mula mengelabah nak cari set BBQ nih...)

    ReplyDelete
  18. Kak Anash:-

    Haha tarikh kena tanya Leman. Kan dia organiser... saya ni pemeriah suasana je muahahaa.

    ReplyDelete
  19. Waa.. tak sangka.. ada maklumat camping di hulu langat kat blog janggel ni.. terbaik.. semua maklumat ada kat blog ni.. :D

    Planning nak pi lepas balik Indon nanti :D

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS