Its South Korea Part 3: Goodbye Seoul !!!
Owh akhirnya tiba hari Jumaat! Naper aku suka hari jumaat masa kat Seoul nih? Hahaha sebabnya, hari ni tak banyak tempat meeting kena pegi..dan yang paling best hari ni dorang janji nak bawak aku pergi shopping ! Yippie, ni lah masanya aku nak pegi cari menda-menda yang dipesan oleh teman-teman di Malaysia. Pagi-pagi tu, sebelum sempat itik mandi, aku dah bangun, teringin benor nak pegi jenjalan kat area bawah hotel tempat aku menginap. Kat situ ada Theme Park, Magical World. Tapi tak bukak lagi la, aku just berjalan-jalan amek gambor dan menikmati keindahan alam. Lepas meeting sebelah pagi, aku dibawa lunch ke sebuah restoran yang sangat klasik! Nama tempat tu Min's Club . yang menariknya, restoran ini adalah bercirikan rumah tradisional masyarakat Korea. Memang cantik dan unik. Min's Club terletak di bandaraya Seoul berhampiran Dongdaemon , pasar Timur kot..aku terlupa dah maksud dia..rasanya betol dah. Lepas makan, aku terus dibawa ke Dongdaemon . Katanya kat ...