Posts

Sarawak: Ekspedisi Kuching - Jejak Pertama

Image
Salamualaik!. Seminggu dua kebelakangan ni, satu opis sibuk dengan aura 5S . Apa tu? Kalau siapa-siapa tak tahu, 5S tu adalah satu program pihak pentadbiran dalam usaha memantapkan lagi kualiti penjawat awam. Huh yer ker? rasanya banyak pembaziran lagi ada. 5S ( S usun, S isih, S apu, S eragam dan S entiasa Amal) dalam usaha ke arah 5S tu, aku tengok macam-macam hal berlaku, ada baik dan ada jugak buruknya. Aghh malas la nak citer pasal 5S , lari tema pulak. Sebenarnya nak cerita pasal percutian aku dan keluarga ke Kuching, Sarawak! Ya Sarawak!!! Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sarawak . Excited tu memang tahap dewa la, tak boleh disangkal lagi. Sebenarnya perancangan percutian keluarga ke Sarawak dah dibuat sejak tahun lepas lagi, masa tu ada salah seorang dari sepupu aku yang rajin membelek laman web syarikat penerbangan tambang murah ni memberitahu yang syarikat penerbangan tu ada tambang murah untuk ke Sarawak . Dari situlah timbulnya idea untuk ke sana...

Singapore Escapades - Universal Studio Singapore (USS)

Image
Tak sabar pulak aku nak cerita pasal USS. Hmm ape pulak USS tu? Sebenarnya aku berkesempatan ke Universal Studio Singapore!!! Ala yang baru bukak dua bulan lepas tuh. Memang dah lama dah aku dan rakan-rakan bercadang nak ke USS , since tahun lepas lagi. Masa tu pon, USS masih dalam pembinaan. Akhirnya termakbul juga hajat nak meredah Holywood Street,The Storm, The Mummy Adventure , Jurrasic Park, The Far Far Away Castle, Water World, Madagascar dan banyak lagi! Kami bergerak dari rumah Adie [kawan yang aku pernah cerita dari entry-entry yang lepas] seawal 8 pagi kot. Dari Simei ke Pulau Sentosa mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Alhamdulillah perjalanan ke Pulau Sentosa sangat lancar. Mungkin sebab cuti umum dan orang masih banyak yang membuta. Setibanya di Pulau Sentosa , dari jauh dah dapat lihat USS. Tak sabar dah masa tu nak masuk. Selesai urusan memakir kenderaan, kami semua bergerak menuju ke entrance . Fuh memang excited tak ingat dah masa...