Dari Hutan, Ke Bukit, Ke Laut dan Ke Tasik...[Semua Dalam Satu]
Minggu ni aku tak berapa sihat. Demam la pulak, so aku tak pergi kerja hari Jumaat. Lepak kat rumah, tido dari pagi sampai petang. Hari Sabtu pon macam tu jugak, aku tido memanjang lepas pekena ubat selsema yag katanyer boleh mengakibatkan mengantuk, memang betollah bukan setakat mengantuk, pengsan sudahhhh!!!! Tapi, dalam keadaan aku yang tak sihat tu, aku gagahkan jugak diri melepak dengan sepupu aku yang baru start kerja kat KL. Kesian la pulak, sebab tak ada geng nak lepak katanya. Aku pon melepakla dengan dia dalam keadaan mamai. Ish silap-silap orang kata aku tengah lalok... tak ke naya??? Tetiba hari Sabtu jugak seorang member opis mencadangkan sesuatu yang sangatlah menarik. Sebenarnya dah lama dah rancang benda ni, cuma asyik tak sempat dan tak ada masa yang sesuai. Memandangkan hari Isnin adalah cuti umum [Hari Wilayah], maka aku pun bersetuju la dengan cadangannya itu...Apakah cadangan yang menarik itu??? Tak sedar dirikah aku, kan aku demam??? Jadi bermula pada malam Sab...