Posts

Setiap Hari Sayang

Image
Assalamualaikum! Rindu nak menulis sebenarnya walaupun tak ada apa yang nak dikongsikan. Minggu ni seperti minggu-minggu lepas di awal tahun, bizi...bizi...dan bizi. Alhamdulillah think positive ya, itu tandanya yang Allah tidak pernah melupakan kita! Dia sentiasa memberikan kita sesuatu agar untuk menguji sejauh mana kekuatan kita mengharungi ujian itu. Cuma seringnya kita yang melupakan DIA kan. Ok berbalik kepada kehidupan sehari-hari, memang aku dapat rasakan masuk bulan Februari ada sinar baru yang muncul dalam hidup aku. Sinar yang agak cerah yang akan menepis semua awan hitam yang menyelubungi kehidupan aku sejak akhir-akhir ini. Alhamdulillah... Ya aku tak mahu berhenti bersyukur sebab aku telah dikurniakan pelbagai kelebihan berbanding orang-orang yang tidak merasai apa yang aku rasa. Alhamdulillah . Bulan Februari ramai yang kata itu bulan kasih sayang. Hummm kenapakah? Sebab Hari Valentine kah??? Mungkin juga. Aku secara jujur tak pernah terikut-ikut untuk merayaka...

Eksplorasi: Air Terjun Lata Kinjang, Chenderiang

Image
Assalamualaikum!!! Rasanya tak terlambat lagi nak wish Happy Chinese New Year kat member-member berbangsa Cina di Malaysia dan luar negara. Semoga anda semua happy ya! Sempena cuti CNY minggu ni, cuti panjang pulak tu, sekali lagi aku telah pulang ke kampung. Ya teman balik Pehgak ! Walaupon baru je balik minggu lepas, tapi dek kerana kebosanan yang maha dahsyat (semua member balik kampung daaaa) jadi minggu ni aku balik kampung lagi. Tak best la kalo cuti-cuti takda aktiviti eksplorasi kan! OK kali ni punya eksplorasi aku menjengah satu tempat kat kampung aku yang dah lama bebenor aku tak pergi, padahal kalo lalu kat highway PLUS tu boleh nampak tempat tu tersergam indah. Tempat yang  aku maksudkan adalah AIR TERJUN LATA KINJANG! Aku percaya ramai jugak yang pernah pergi ke situ. Air terjun Lata Kinjang ni letaknya di dalam Daerah Batang Padang, Perak . Lokasinya adalah lebih kurang 10 km dari Pekan Tapah dan berada di dalam kawasan Chenderiang. Bagi yang tak biasa ...

Wajah-Wajah Kota Kinabalu

Image
Assalamualaikum... Tak banyak gambar yang aku tembak sewaktu berada di Kota Kinabalu, Sabah tempoh hari. Cukup sekadar mengembalikan memori pertama menjejakkan kaki ke Negeri Di Bawah Bayu itu. Sesungguhnya pengalaman di Sabah sangat menarik dan unik. InsyaAllah satu hari nanti aku akan ke sana lagi... Jom layan apa yang ditembak. Psssstttt: Esok cuti panjang CNY bermula...adoiii apa aku nak buat ni????? PEACE!!! Puding kelapa dan Air Kelapa, Pasar KK. Berusaha untuk hidup, Pasar KK. Tapak Pasar Tamu, KK. Pasar Filipina, KK. Jeti Nelayan, KK Jeti Nelayan, KK Jeti, penumpang ke pulau seberang...KK. Aksi peniaga Pasar Tamu KK. Aksi peniaga Pasar Tamu KK Peniaga Ikan Masin, Pasar KK. Antara cenderamata yang dijual di Pasar Filipina, KK. Rantai dan gelang kristal, mutiara dan maniks, Pasar Filipina, KK. KK Watefront..under construction. Senja di KK. Senja di KK. KK Waterfront...lagi kisah cinta...

Hari Wilayah Persekutuan 2011

Image
Assalamualaikum... Hari ni merupakan Hari Wilayah Perseketuan . Hmmm rupa-rupanya ramai lagi di kalangan rakyat Malaysia ni yang tidak tahu ada berapa buah Wilayah Persekutuan di Malaysia ni. Rata-rata hanya ingat Hari Wilayah Persekutuan hanya disambut oleh warga Kuala Lumpur saja...Haishhh apa la, sejarah tu mesti mau ingat! Ok bagi sesiapa yang tak tahu, di Malaysia ada tiga buah kawasan yang diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan iaitu W.P Kuala Lumpur, W.P. Labuan dan W.P. Putrajaya ! Ye, Putrajaya tu pon merupakan Wilayah Persekutuan jadi aku pon cuti Hari Wilayah jugak hari ni!!! :p (Saja nek bagitau aku cuti...panjang kan intro ? hehehe) Ok Kalau tahun-tahun lepas, setiap kali Hari Wilayah Persekutuan tiba iaitu pada 1 Februari aku akan buat aktiviti outing , tak kira la ke mana saja janji outing, contohnya aku pernah berbasikal di Paya Indah Wetland dan pernah jugak ronda-ronda satu KL menaiki perkhidmatan Hop On- Hop Off. Memang aktiviti-aktiviti yang d...

Pakcik Ke Sabah Part II

Image
Assalamualaikum!!! Bersambung lagi kisah aku ke Sabah buat pertama kalinya dalam hidup. Heheh ( officially la). Yang tak official nya pernah transit kat KK Airport selama sejam dok dalam airport tanpa dapat melihat ke luar masa balik dari Korea Selatan , 2 tahun lepas. Ok, hari kedua di KK aku memulakan hari dengan cukup awal. Jam 4.30 pagi dah bangun dan bersiap-siap untuk kejar flight ke Lahad Datu yang akan berlepas jam 7.00 pagi. Agak mengantuk juga la sebab aku tidur lambat semalam update blog hahaha. Tapi gigih jugak la bangun pepagi buta tu demi mencari sesuap nasi. Sampai di airport, bos belanja makan Mc Donalds ! Yeayyyy terisi jugak perut yang kelaparan sebab semalam makan megi je angkara kepenatan berjalan-jalan dan malas keluar di waktu malam. Rasakan! Kami berlepas ke Lahad Datu pada jam 7.00 pagi dengan menaiki kapal terbang Mas Wings! Wow ni jugak satu rekod baru dalam sejarah penerbangan aku. Tak pernah aku naik kapal terbang kecik cam dalam citer Awa...