Posts

Royal Belum Adventure With TA and Friends (Part 1)

Image
Assalammualaikum!!! Semangat bukan main nak apdet cerita Royal Belum ni sampai terpaksa ketepikan dulu semua entry yang lain! Ayuh, kita mulakan.... kat mana nak mula ni? Ok aku mulakan dengan plan percutian TA bersama rakan-rakan ke Royal Belum dulu. Idea nak ke Royal Belum ni datangnya dari aku dan Chawana , sebab apa? Sebab kami memasing takda trip sejak bulan satu haritu! So memasing dah macam meroyan la sebab asyik tengok orang kat UK tu travel tetiap minggu walhal kami ni duduk rumah jadi suri rumah berjaya, mana aci kan! Riki punya riki tengok harga semua macam gampeng (sebut selow-selow ye) mahal ya amat! Paling murah pun ada la dalam 300 ke 400 ringgit! Gigil-gigil jugak la sebab kami ni bukannya anak jutawan Bill Gates. So teringat pulak yang Lily ada kawan-kawan yang baik hati untuk dapatkan harga pakej yang murah. Alhamdulillah , Lily tolong arrangekan semua dari segi booking. Tak sia-sia lantik Lily jadi 'Kakak Kawasan' maka berkumpullah kam...

TravelholicAwesome And Friends Dah Sampai Ke Belum (Teaser)

Image
Assalammualaikum!!! Hahaha sempat pulak nak buat teaser pasal trip Blackout TA and Friends ke Royal Belum kan. Untuk entry penuh tak tau la bile sempat nak buat. Anyway , trip kali ni kami pergi bersama selected travel bloggers yang kami kenal melalui alam maya. Alhamdulillah perancangan berjalan lancar dan pihak Belum Outdoor Adventure (BOA) yang menguruskan trip kami ni pun memberi kerjasama yang baik.  So setakat ni je la kot update untuk entry Royal Belum ... bagi teaser dulu la ye. Untuk kisah di balik tabir dan preparation sebelum ke Royal   Belum , aku akan cerita di entry akan datang.  Sementara tu layan dulu beberapa keping gambar untuk tatapan semua !  Psttt: untuk kisah lain boleh rujuk entry Hang Dhamin di SINI dan entry Kak Coco di SINI . WASSALAM Tasik Temenggor, Royal Belum. Di atas boat house . Sungai Ruok, Royal Belum Memancing? Itu aje kerjanya hahaha.   Keluarga Bahagia... Melawat Orang...