Posts

Cambodia: The Kingdom of Wonder (Part 1) - Dari Tawau Ke Siem Reap

Image
Assalammualaikum!!! Apa khabar semua? Dalam mengharungi jerebu yang maha hebat melanda Malaysia dan negara-negara jiran yang lain, diharapkan semua pembaca blog aku ni dapat menjaga kesihatan masing-masing ye, kurangkan aktiviti di luar rumah dan banyakkan minum air masak. Kalau boleh pegilah travel ke luar negara yang takda jerebu! Hiks ( optional lols ). Tibalah masanya aku menulis pasal trip aku, Kaki Berangan (John) dan Kaki Jalan (MasMZ) ke Cambodia ...lebih spesifik ke Siem Reap dan Phnom Pehn pada September 2015 yang lalu. Sebenarnya trip ni dah lama di rancang, setahun yang lalu kot. Masa tu John masih di Berm dan dia yang beria mengajak aku dan MasMZ dan dia jugak yang belikan tiket AA yang katanya tengah promo masa tu. Jadi memandangkan aku ni memang tak ada langsung trip oversea tahun ni selain ke Macau pada February haritu, aku setuju je la. Bayar duit tiket kat John pun secara ansuran! Hahaha punyalah sengkek. Ok cukup cerita pasal tiket, aku tak ingat b...

Sehari Di Bohey Dulang Dan Sibuan Island, Semporna

Image
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, aku nak cerita sedikit tentang trip aku ke dua buah pulau yang terletak di dalam Daerah Semporna, Sabah . Sebelum tu moleklah kiranya aku cerita dulu macaman aku boleh ke sana. Kisahnya, aku telah join satu group Instagrammers di Tawau ni (@Towautown) yang telah menganjurkan satu aktiviti meet up dengan followers IG mereka ke Pulau Bohey Dulang dan Pulau Sibuan . Memandangkan aku memang 'mereput' habis kat Tawau ni, makanya aku dengan pantas send whatsapp kat Qimayra (admin @tawautown) bagitau nak join trip tu. Alhamdulillah dengan pantasnya aku terus bayar duit trip yakni RM 87 (termasuk makan/ duit bot/ duit bas) dari bandar Tawau! Fuh start hari pertama bayar tu dah tak sabar-sabar dah aku menghitung hari. Tiba hari yang dinanti, kami berkumpul di hadapan Dewan Masyarakat Tawau seawal jam 7.00 pagi. Dari situ kami menaiki dua buah bas yang disewa khas (aku tak tau berapa harga sewa bas tu seb...

Projek Teater: Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Teater Muzikal)

Image
Assalammualaikum!!! Setelah sekian lama, baru reti nak update blog? HaHaHa!!! Sorry la agak busy sikit dengan hal duniawi.  Ok nak cerita sikit, aku baru lepas nonton Teater Muzikal Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck di Istana Budaya . Sebagai orang yang pernah menonton filem Indonesia ini, apa yang boleh aku cakap mengenai teater ini adalah:- Bagus, lakonan para pelakon ( Nabila Huda, Ammar Bahrin, Shahrul Ridzuan, Liza Abdullah, etc) boleh dikatakan bagus dengan penghayatan yang tinggi. Walaupun ada orang kata Ammar Bahrin tak sesuai pegang watak Zainuddin , tapi bagi aku dia berjaya. Props pentas yang sangat banyak, dan cantik. Di samping tu ada visual effects yang berkualiti tinggi dari Lès Copaque (penerbit animasi Upin dan Ipin ). Lagu-lagu biasa je (ciptaan Pak Ngah ), dan semua pelakon nyanyi miming. Tu yang spoil . Kalaulah para pelakon semuanya konfiden macam Datin Seri Tiara (nyanyi sendiri walau suara tak sedap sangat) kan bagus. ...

Teaser: Sejenak Di Bohey Dulang, Semporna.

Image
Assalammualaikum!!! Saja nak cerita sikit... bagi teaser. Semalam, aku join satu group ni, pegi panjat Bohey Dulang, pegi mandi laut... fuh serunuk! Tengok gambar dulu la ye, cerita panjang aku tulis kemudian. Hehehe busy sikit. Pulau: Bohey Dulang, Semporna, Sabah Lokasi: Taman Laut Tun Sakaran, Semporna, Sabah Ketinggian: 265 meter dari aras laut. Trekking Trail: 600 meter Walaupun jerebu, gigih la jugak memanjat!  Jeti Tun Sakaran Marine Park.  Hiks, selfi sekeping. WASSALAM.

Photo Sharing: Sejenak Di Pulau Pinang.

Image
Assalammualaikum! Haritu (baca: April 2015 ) kami bertiga yakni aku bersama dua penulis tersohor Amir dan Halim plan jalan-jalan ke Pulau Pinang . Kononnya stress kerja, saje nak bercuti sebab dah lama tak ke mana-mana...lagi pun nak merayakan bachelor party untuk si Halim ni (masa tu dia belum kawin lagi). Kalau ingat lagi, aku pernah pos pasal ni kat SINI . Kami stay Boutel Dato' Koyah, Georgetown (Boleh baca di SINI )  Ekceli aku tatau nak tulis apa, layan gambar je lah...sepanjang kami menjejak Street Art, mandi manda di Batu Ferringhi dan ronda-ronda Pekan Pulau Pinang.  Kami pi Penang dari KL naik KTM Senandung Langkawi. Konon nak amik sleeper deck tapi penuh pulak. Terpaksa la amik seat biasa je. Sejuk nak mampus, so kami lepak kat canteen sampai 3 jam.  Muka acah-acah happy paduhal panas nak mampus.  Banyak street arts yang dah dinaiktaraf dan dikomersilkan. Contohnya yang di belakang ni.  Tengah-tengah panas korang...