2009-07-11

Projek Teater: Intan Yang Tercanai

Semalam aku berpeluang menonton sebuah lagi hasil karya Sasterawan Negara ke-7, Dato' Noordin Hassan yang bertajuk "INTAN YANG TERCANAI". Teater arahan A. Wahab Hamzah ini dilihat amat tulus di dalam kupasan satu-per satu persoalan psikologi dan agama yang membawa penonton, aku khususnya hanyut didalam perjalanan cerita yang sangat indah. Terlebih dahulu aku mengucapkan Syabas kepada team produksi yang berjaya mencuit hati aku dan segenap penonton yang menonton persembahan teater Intan Yang Tercanai.

Aku juga pernah menyaksikan persembahan teater "Mana Setangginya" yang dipentaskan gah di Istana Budaya bulan lepas. Secara jujurnya, aku lebih mengkagumi Intan Yang Tercanai berbanding Mana Setangginya. Mungkin kerana jalan persembahan Intan Yang Tercanai lebih ringkas dan tenang. Masing-masing ada kelebihannya. Naskhah juga berbeza. Tapi bukan tujuan aku untuk membandingkan di antara keduanya, kerana masing-masing membawa mesej yang sama iaitu ketuhanan.

Persembahan Teater Intan Yang Tercanai, yang dipentaskan di Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa Dan Pustaka secara umumnya mengangkat kepribadian seorang wanita Islam yang bernama Ungku Anis. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita yang berpendidikan tiggi, elok pekerti, kukuh asas agama dan bijak merencana hidup sehingga mampu menarik perhatian pelbagai pihak disekelilingnya. Muncul juga watak utama Danial Sundaram, yang dibesarkan di dalam keluarga hindu, juga berpendidikan tinggi dan masih tercari-cari arah tujuan hidupnya. Mereka bersahabat sejak kecil sehingga melanjutkan pelajaran bersama ke luar negara.

Teater ini juga menjurus kepada kisah sejarah yang pernah berlaku satu ketika dulu di Kota Makkah pada tahun 1990 dimana sebanyak 1,426 jemaah Haji telah meninggal dunia akibat tragedi yang berlaku di Terowong Al-Mua'aysam. Permainan psikologi memaninkan perana utama dalam kisah Intan Yang Tercanai ini. Danial yang masih tercari-cari agama yang sesuai untuk terus bertapak di dalam hidupnya akhirnya memutuskan untuk memeluk Islam. Ketika itu, Ungku Anis sedang mengerjakan Ibadah Haji dan beliau terlibat secara langsung di dalam peristiwa Terwong Al-mu'aysam itu. Ungku Anis didapati hilang dan tidak dapat dikesan.

Kehilangan Ungku Anis membawa Danial ke Makkah untuk mencarinya. Di Makkah, Danial berjumpa dengan seorang bernama Haji Fadzil yang pernah terlihat kelibat Ungku Anis di Gua Hiraq. Permainan emosi dan psikologi yang tinggi menyelubungi hidup Danial di Makkah. Di situlah berakhirnya segala pencarian..

Sebenarnya aku tak berapa tangkap dengan pengakhiran teater ini, adakah Ungku Anis masih hidup? memandangkan Danial masih tercari-cari Ungku Anis di Gua Hiraq. Apa pun yang pasti, segala persoalan pasti terjawab di dalam hasil penulisan Dato' Noodin Hassan di dalam bukunya.

Apa yang Menarik?

  1. Gaya persembahan yang ringkas dengan barisan para pelakon yang hebat. Tambahan pula Kak Ogy, Norzizi Zulkifly dan Juhara Ayob [ketiga-tiganya adalah pelakon favorite aku!] muncul di dalam persembahan teater ini sebagai watak Lembaga Suci yang digambarkan sangat indah.

  2. Persembahan muzik dan koir daripada TEKA VOICES -UiTM sangat indah. Aku suka lagu-lagu sepanjang persembahan. Kalau ada jual OST lagi bagus!

  3. Barisan pelakon utama Arwindran Kalaivanan [Danial Sundaram] dan Mardiana Alwi [Ungku Anis] memberikan impak yang sangat berkesan. Arwin sangat fasih berbahasa Melayu walaupun dia berbagsa Chindia. [orang Melayu sendiri sekarang ni sebuk nak berpelat Inggeris....].

  4. Kupasan tragedi Terowong Al-Mu'aysam di Makkah pada tahun 1990, yang melibatkan kematian seramai 1426 orang Jemaah Haji, sangat menyentuh perasaan aku. Peristiwa yang sangat menyedihkan. Takzia kepada keluarga Jemaah Haji yang terkorban. Sesungguhnya, bak kata Ungku Anis, psikologi dan kesabaran memainkan peranan penting dalam hidup. Sekiranya kedua-dua elemen itu pincang, aka huru-haralah hidup. Itulah yang berlaku di Terowong Al-Mu'aysam pada ketika itu.

  5. Para pelakon pembantu yang lain juga menyampaikan watak dengan berkesan, konsep satu Malaysia yang dipersembahkan di dalam teater ini sangat berkesan. Barisan pelakon yang terdiri dari pelbagai bangsa menggambarkan kekayaan Masyarakat Malaysia.

  6. Persembahan Teater Intan Yang Tercanai di DBP pada malam itu, penuh..Ramai golongan muda yang menyaksikan persembahan teater ini. Ini menunjukkan satu peningkatan yang baik dalam memupuk minat terhadap seni persembahan di kalangan generasi muda. Syabas DBP.

  7. Teater Intan Yang tercanai, walau tidak dipentaskan di Pentas GAH seperti Istana Budaya, bagi aku ia tetap hebat. ni membuktikan tidak kira di mana pun, sekiranya sesuatu usaha itu dijalankan dengan baik, ia akan tetap hebat.

Aku tidak rasa menyesal menonton Intan Yang Tercanai. Pasti selepas ini aku akan terus menyokong karya Dato' Noordin Hassan.

AMAN!


Ogy Ahmad Daud memegang watak Lembaga Suci III


Barisan Koir TEKA VOICES -UiTM


Tonggak Utama - Arwin dan Mardiana sebagai Danial dan Ungku Anis




8 comments:

  1. Wahh tengok teater lg .. beshnya .

    ReplyDelete
  2. @Dhada
    Skarang ni time KL festival, banyak teater berlangsung di sekitar KL...pergi la tengok.... best!

    ReplyDelete
  3. ade x teater transformes...nt bgtau ye..nk tgk sgt2..hehe

    ReplyDelete
  4. @hIrOsHiNaRi

    ada kot, tawun 2340, kat holiwood...nanti pg la...

    ReplyDelete
  5. "Pasti selepas ini aku akan terus menyokong karya Dato' Noordin Hassan"

    Ya...tapi kalau dari segi pementasan teater...saya rs apa yg perlu dikihat adalah pengarah pementasan karya tersebut kerana saya secara peribadi lebih suka 'Intan Yang Tercanai' drpd 'Mana Setangginya'...walaupun 'Mana Setangginya' di pentaskan di IB

    ReplyDelete
  6. @sukahati

    Setuju.

    Intan Yang tercanai lebih dekat dengan penonton dan tidak terlampau tersirat berbanding Mana Setangginya, tapi..setiap pengarah ada cara yang tersendiri. Ikut citarasa masing-masing. :)

    ReplyDelete
  7. terima kasih sudi singgah blog saya.memang berbaloi sesangat menonton Intan yang tercanai.Lepas ni jom serang Lorong blues 2 pulak.Sayang saya terlepas menonton cinta julia lakonan pelakon legenda kita Puan Hajjah Fauziah Nawi...

    ReplyDelete
  8. @Jo'el

    Yup..best..
    Lepas ni kita serang Lorong Blues pulak.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS