2010-05-25

Sarawak: Ekspedisi Kuching - Jejak Pertama

Salamualaik!.

Seminggu dua kebelakangan ni, satu opis sibuk dengan aura 5S. Apa tu? Kalau siapa-siapa tak tahu, 5S tu adalah satu program pihak pentadbiran dalam usaha memantapkan lagi kualiti penjawat awam. Huh yer ker? rasanya banyak pembaziran lagi ada. 5S(Susun, Sisih, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal) dalam usaha ke arah 5S tu, aku tengok macam-macam hal berlaku, ada baik dan ada jugak buruknya. Aghh malas la nak citer pasal 5S, lari tema pulak. Sebenarnya nak cerita pasal percutian aku dan keluarga ke Kuching, Sarawak! Ya Sarawak!!!Itu merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke Sarawak. Excited tu memang tahap dewa la, tak boleh disangkal lagi.

Sebenarnya perancangan percutian keluarga ke Sarawak dah dibuat sejak tahun lepas lagi, masa tu ada salah seorang dari sepupu aku yang rajin membelek laman web syarikat penerbangan tambang murah ni memberitahu yang syarikat penerbangan tu ada tambang murah untuk ke Sarawak. Dari situlah timbulnya idea untuk ke sana.Kebetulan pulak aku ada seorang pakcik yang dah menetap kat Kuching tu berpuluh tahun, so kami ke sana sekaligus untuk melawat dia ler.

Kami bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 5pm dan pernerbangan ke Kuching mengambil masa 1 jam 40 minit. Tiba di Kuching jam 6.45pm dan di sana, pakcik aku dan isteri setra beberapa orang kawannya sudah sedia menunggu menyambut ketibaan kami di airport.

Memandangkan kebanyakkan daripada ahli keluarga aku tidak pernah menjejakkan kaki ke Sarawak, maka kami mengikut kemana saja yang pakcik aku bawa. Malam tu tak banyak aktiviti yang boleh dilakukan, lepas makan, check-in di hotel dan berehat.

Oh ya, semua sekali ahli keluarga aku yang berombongan ke sarawak ni adalah 18 orang. Itu pon ada 8 orang yang cancel last minit. Kira burn la tiket diorang tu.

Berdasarkan pemerhatian aku, sebagi seorang yang belum pernah ke Kuching, Bandaraya Kuching sangat tenang, indah dan tak sesak macam KL. Paling best adalah di sepanjang Sungai Sarawak (Water Front) sebab pemandangan kat situ best dan santai. Apa yang tak bestnya adalah, kedai-kedai kat Bandaraya Kuching ni kebanyakannya dah tutup pada jam 5 petang. Adoi nak cari kedai runcit yang masih beroperasi selepas jam 5 di tengah-tengah bandar tu sangatlah susah. Kalau tak ada kenderaan memang agak menyusahkan juga. Mujur ada ada 2 buah kenderaan yang kami sewa di sana, memudahkan pergerakan ke mana-mana saja. Aku rasa sepanjang memandu di Bandaraya Kuching, dah berpuluh kali kot pusing-pusing lalu depan Water Front tu (tetiber teringat kat River View Singapore haha), sebab banyak jalan kat area situ sehala. Kira kalau duduk situ sebulan, kompom ko dah expert jalan kat Bandaraya Kuching tu. Hahaha.

Selain menghabiskan masa ka Bandaraya Kuching, kami jugak sempat ke Serikin, sempadan Malaysia dan Indonesia. Apa yang menariknya di Serikin, kebanyakan peniaga adalah dari Indonesia, dan mereka dibenarkan berniaga di situ tanpa perlu mendapatkan permit sehingga tengahari sahaja. So kalau nak ke pasar Serikin tu, datang la awal pagi. Banyak barangan yang dijual di situ antaranya adalah baju, telekung, dan barangan-barangan keperluan yang lain. Harga pon boleh runding. Perjalanan dari Kuching ke Serikin mengambil masa 2 jam.

Kami juga berpeluang melawat ke Santubong di mana terletaknya Kampung Budaya Sarawak, dan pantai-pantai yang menarik. Perjalanan dari Kuching ke Santubong mengambil masa 30 minit.

Di Kuching, juga terdapat beberapa buah Muzium yang boleh dilawati antaranya Muzium Kucing dan Muzium Seni.

Sepanjang 5 hari di Kuching, rasa tak puas sebab banyak lagi tempat yang aku tak pergi. kalau boleh, kat Sarawak ni aku teringin nak pergi ke Gua Niah, Taman Negara dan banyak lagi la, tapi tu semua memakan masa yang panjang. So maybe next time, perhaps.

Ok la, jom layan gambar pulak..

PEACE!


Lawa pulak sunset ni dari atas awan. Layan~

Masjid Wilayah Tengah Kuching, dekat je dari hotel.

India Street, tapi mana Indianya???

Bangunan Mahkamah lama...ada orang buat majlis kawin kat depan bangunan ni hari tu.

Muzium

Muzium lagi...

Muzium...lagi..lagi...



Pemandangan di Sungai Sarawak

Sungai Sarawak airnya tenang...tapi jangan sangka tiada buaya! Haha

Nasik lemak?

Kuching Water Front



Masjid di celah-celah deretan kedai..Unik!

Bangunan DUN, Kuching

Astana

Penumpang nak naik sampan ke seberang

Pasar Satok (Paku Midin)

Pasar Satok

Kalau dah ke Kuching memang wajib amek gambar kat sini.

Pasar Serikin.




Mamat ni kata baju yang aku pakai lawa! Hahaha sedia untuk membater kan baju aku dengan cincin-cincin dia..



Pantai Santubong.

Kampung Budaya Sarawak


Muzium Kuching




Bandaraya Kuching.

10 comments:

  1. woa!!! best giler la aku tgk gmbr ko letak ni! perghh!!! best aku tgk! aku pun xpnh pun pegi sarawak sebelum ni ade gak aku tgk gmbr kat sarawak bapak aku yg ambik sbb bapak aku dul cikgu mengajar kat sana kat sarikei... pendalaman sikit tmpt tu...

    ReplyDelete
  2. Nick -

    Thanks! Ada banyak gak gambo aku nak tepek kat sini tapi tunggu next entry la yer..
    Ooo dulu bapak ko ngajo kat serawai yer? hmm biasa la kalau cikgu mmg ramai yg dihantar ke sana.

    Ok nanti singgah lagi!

    ReplyDelete
  3. ۞۞۞۞۞۞۞
    ” Salam dihulur salam sejahtera,
    Pemanis kata pembuka bicara;
    Dari Blog kami bercerita,
    Untuk tatapan sahabat semua”
    ۞۞۞۞۞۞۞

    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

    Salam lama betul tak ziarah cozz ade buzzy sikit lah maaf ye lambat sampai blog kamu ye…

    banyak nya gambo cantik-cantk lah.... lain kali nak ikut

    ReplyDelete
  4. Afzanizam-

    Thanks! Aku pn dah lama tak merayau blog org... nanti ada masa aku singgah k! Len kali kite buat trip ramai2!

    ReplyDelete
  5. bestnyer..berjalan negara org dah banyak, negara sendiri belum teroka..huhu..gambar org asli ke tarak??

    ReplyDelete
  6. fika~

    hahaha biasa la tu peluang bukan dtg selalu, mana yg sampai dulu kena la grab! ;p

    gambo org asli belum sempat amek..kt umah aku pon banyak org asli...so tak payah ler bergambo2...

    ReplyDelete
  7. ape2pun thnkz bro! sbb sudi berkongsi pegalaman ko dgn kitorang!! wlpn xdpt pegi dpt tgk pun dh syukur dh... :)

    ReplyDelete
  8. Nick -
    Thanks sebab sudi baca jugak!
    Hahaha nanti aku letak gamaba lagi.

    ReplyDelete
  9. time aku g sana dulu xtau psl serikin tu, patu baru tau patu cam geramnyee haha..

    pengalaman yg aku xbleh lupe time kat sana.. tgh kitorg bjln menuju ke water front.. tetiba..

    'skin..skin.. sini kuching bukan KL, jln slow sket' hahhaha

    dh terbese jln KL laju smpai sana rasa cm xbleh la nk slowmo..

    patu kitorg pg House Club hotel yg kitorg duduk.. tetiba kat pintu masuk


    'show me ur ic, this club for guest 18 and above only' hangin makcik sbb aku time tu umur 27 okehh!!! mmber kt dlm club dh tbahak2 gelakkn aku.. binawe sungguh!

    ReplyDelete
  10. Ely Hasrul:

    Woooo rajin pulak ko ngorek entry lelama aku ni kan..haahha ... laa ko tatau ke pasal pasar serikin tu dulu?? rugi ko...kat sana barang semua murah2 tau..macam Bandung dah..*pepandai je aku padahal pegi Bandung pon tak penah.

    Kiranya ko kelihatan muda la eh sampai orang mintak ic bagai??? fuhh terbaik! hahahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS