2010-05-13

Singapore Escapades - Universal Studio Singapore (USS)

Tak sabar pulak aku nak cerita pasal USS. Hmm ape pulak USS tu? Sebenarnya aku berkesempatan ke Universal Studio Singapore!!! Ala yang baru bukak dua bulan lepas tuh. Memang dah lama dah aku dan rakan-rakan bercadang nak ke USS, since tahun lepas lagi. Masa tu pon, USS masih dalam pembinaan. Akhirnya termakbul juga hajat nak meredah Holywood Street,The Storm, The Mummy Adventure, Jurrasic Park, The Far Far Away Castle, Water World, Madagascar dan banyak lagi!

Kami bergerak dari rumah Adie [kawan yang aku pernah cerita dari entry-entry yang lepas] seawal 8 pagi kot. Dari Simei ke Pulau Sentosa mengambil masa lebih kurang 30 minit dengan menaiki kereta. Alhamdulillah perjalanan ke Pulau Sentosa sangat lancar. Mungkin sebab cuti umum dan orang masih banyak yang membuta. Setibanya di Pulau Sentosa, dari jauh dah dapat lihat USS. Tak sabar dah masa tu nak masuk. Selesai urusan memakir kenderaan, kami semua bergerak menuju ke entrance. Fuh memang excited tak ingat dah masa tu. Ramai pulak rupanya pengunjung USS, maklumla cuti.

Setelah puas berposing dan menggedik di depan arca utama, kami pon melepasi kaunter tiket USS. Makkk aiii ramai betol orang! Sesak juga dalam tu. Kami melalui Holywood Street dengan penuh kagum. Maklumlah ni first time aku pergi tempat-tempat macam nih. Member-member aku yang lain dah biasa pergi Disneyland la, Lego land la dan macam-macam lagi. Sepanjang Hollywood Street, aku mengintai-ngintai jugak kalau-kalau ternampak Merelyn Monroe ke, Charlie Chaplin ker...tapi hampeh diorang belom keluar lagi!. Kami terus menuju ke tarikan pertama iaitu The Storm punya lokasi penggambaran. Fuh memang real la diorang buat ribut! Setelah selesai ke The Storm, kami melihat beberapa orang street boy menari di tepi jalan, memang happening!!!

Destinasi seterusnya kami masuk ke dunia The Mummy, nak masuk dalam pyramid tu kena tinggalkan barang-barang yang mudah tercicir di dalam sebuah loker (bayar SGD4). Aku memang tak tau apa ada dalam pyramid tu, main ikot je orang ramai masuk. Beratur punya lah lama, dekat setengah jam akhirnya baru aku tau rupanya semua tu tunggu nak naik roller coaster! Hahahha best tuh! Memang happening roller coaster dalam pyramid tu, dah la gelap, laju nak mampos pulak tu!

Habis menjerit dalam pyramid, kami menuju ke Jurrasic Park, kali ni berator lagi lama! Dekat sejam, akhirnya dapatlah kami menaiki pelampong yang akan membawa kami mengembara ke dunia dinasor! Melalui sungai buatan sehingga masuk ke dalam sebuah makmal yang dah dimasuki T-Rex! Seram jugak, bila pelampong kami menjunam masuk dalam air, apa lagi basah kuyup la semua orang! Hampeh aku memang 100% basah!

Lepas meneroka The Mummy, kami ke Far Far Away Castle pulak. Nak jumpa Shrek dan Princess Fiona la katakan. Di Far-Far Away Castle ada banyak event yang berlangsung, paling aku suka adalah 4D Shrek movie! Memang best dan element air dan angin yang digunakan membuatkan penonton seperti berada di dalam filem itu sendiri!

Banyak lagi tempat yang kami pergi, ada la 2-3 roller coaster yang kami naik. Sempat juga menonton persembahan Water World yang penuh dengan elemen letupan dan percikan air! Walaupun ada beberapa venue yang belum siap sepenuhnya, aku puas sebab tak pernah merasai pengalaman macam tu. Nak cerita pon dah tak reti dah. Tengok gambar je lah yer!

Kami bertolak pulang pada jam 9 malam. Haaa hambek ko! Sehari suntuk kami duduk dalam USS tu. Bayaran tiket adalah sebanyak SGD 72 pada hari cuti umum dan SGD 66 pada hari-hari biasa. Disamping itu, kita akan dapat voucher bernilai SGD5 untuk membeli cenderamata dan Voucher bernilai SGD10 untuk makanan. So memang berbaloi la.

Cuma, bagi aku, kalau ada sesiapa yang berminat nak ke USS lepas ni, tunggulah ia siap sepenuhnya dulu, dan sebaik baiknya pergi pada hari hari biasa (working days) sebab tak payah la nak beratur panjang untuk satu-satu permainan. Kan dah jimat masa! yer dak?

Ok lah ..layan je la gambar..

PEACE!


Dari jauh dah nampak Far Far Away Castle melambai-lambai ke arah kami.



Macam UFO lak kan tangga nih?


Bumbung berbentuk daun..unik!


Mercu tanda Universal Studio!


Sebelum masuk, posing dulu!


Beratur untuk check ticket


Keadaan di Hollywood Street...sesak.


Pondok-pondok cenderamata banyak terdapat dalam USS




Keter polis ni banyak kiter dapat tengok dalam filem Hollywood dulu-dulu kan?


Gotham City!


Street Boys Dancer
The Pharaoh
T-Rex - Botol air berharga SGD 22.50...Mahal gile. Hhahaha


Giler basah kuyup aku lepas scene nih!!!



Cute Taxi


Far Far Away




Far Far Away Castle


Puss in Boots!

 
Madagascar!



10 comments:

  1. jeles gile aku tgok!!!

    brape bajet kalu nk g sane?
    means masuk USS tu brape?

    ReplyDelete
  2. Kerak -

    Hahah tak baik jeles2 tau.
    Kos nak masuk USS ni adalah seperti berkiut:-

    Tiket masuk USS = SGD 72 (weekend / cuti umum)
    = SGD 66 (Weekdays)

    Kalau convert pada Malaysia Ringgit (ikut kadar semasa ) SGD1 = RM 2.30 so tukar la sendiri yer. Ala aroun RM 150 per tiket la.

    ReplyDelete
  3. kawan blogger aritu ada pergi gak uss ni..dia ada post dalam blog..lg satu tu utk yg kaki smoker susah sbb peraturan kat sana ketat..bukan semua tmpat boleh smoker, kt tempat2 tertentu je boleh

    ReplyDelete
  4. khairil

    yup mmg merokok takleh sewenang2nya kt singapore...diorg particular pasal pncemaran nih

    ReplyDelete
  5. perghhh!!! best giler la!! teringin aku nk pegi bila la agaknyer? best! eh! set harry potter xde ke? best terhibur aku tgk xdpt pegi dpt tgk pun jd la... thnkz bro!!! ade lg x gmbr2??? hehe

    ReplyDelete
  6. nick=

    hahaha gambar apa yg hang terhibur tengok tu? tu la gunanya aku share kat sini...untuk rujukan umum..:)

    ada banyakkkkkkkk lg gambar! tunggu!

    ReplyDelete
  7. ade lagi ker! fuyo!!! bak kata aril ko mmg terbaik wok! haha ok2 aku tunggu next gmbr... hehe

    ReplyDelete
  8. nick -

    Ada.. tapi tak sesuai untuk tontonan umum la..hahahhaa. nati kena edit dulu baru bleh letak.

    ReplyDelete
  9. Hi...ritu pegi USS tu xdpt pe2 voucher pn..tiket bli online ke kt counter???..sb nk g lg next month...

    ReplyDelete
  10. Izs:-

    Hi, haritu aku beli online je. Then pg kat kaunter tepi pintu masuk ambil voucher, tertakluk kalu voucher tu ada lagi ke tak. Sebb dah lama kan, dulu ada skg tatau ada lagi ke tak. Sebb second time aku pg on feb 2012 dah tak da dah voucher tu.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS