2010-06-10

Pak Cik Melawat Zoo

Bila aku dah BENGANG @ MARAH mula la aku buat serangan psikologi. Aku memang anti dengan manusia-manusia yang suka menangguk di air keruh ni. Takpe, ada hari ada bas...aku diam je..semoga tuhan memberi balasan setimpal!!!!I'm off!!!!

Berbalik kepada entry untuk menyejukkan hati yang sedang membara. Aku nak story sikit kisah aku ke Melaka minggu lalu. Tujuan asalnya adalah untuk menghadiri majlis perkahwinan sahabat aku yang dah 10 tahun tak jumpa, Wan Hasnol di Melaka. Tahniah la Senoi, akhirnya tamat jugak zaman teruna kamu,... hahaha teruna ker?

Yang hampehnya takde sekeping gambar pun aku tembak pakai kemera aku. Pelik bin ajaib, semuanya ditembak oleh Inertz member aku yang sama-sama sekereta dengan aku. Takpelah, let him do his job.

Lepas habis makan dan bersalaman dengan pengantin, aku, Inertz dan Joy (kami semua satu kereta dari KL) tergerak hati nak pegi menziarah binatang! Dah lama tak menjengok pak rimau, pak gajah dan yang sewaktu dengannya. Kami telah mengambil keputusan untuk ke Zoo Melaka petang itu. Hahaha memang buang tebiat kan? Tak pe la, kalau bukan kita yang pergi menziarah binatang-binatang tu, siapa lagi!

Harga tiket masuk ke Zoo Melaka adalah RM 7.00 untuk orang dewasa, oh ya sebelum tu kena bayar tiket parking kereta iaitu RM 2.

Masa lalu je dapan pakcik penjaga tiket, dia tanya.."Dik ni dari mana?"
Aku pon jawabla, "Kami dari KL, baru balik kenduri kawin".
Pakcik tu pon senyum, mungkin pelik sebab tengok orang-orang dewasa datang melawat zoo tanpa membawa budak-budak. Hahahaha belasah!

Banyak juga la pembaharuan yang boleh dilihat dalam Zoo Melaka tu. Kalau dulu, kali terakhir aku pegi (10 tahun lepas) banyak sangat construction sedang berlangsung di sana...kali ni alhamdulillah, tak banyak sangat gangguan.

Ok tak banyak gambar yang aku tembak...layan je lah.!

PEACE!


Jinak sungguh si Kakak Tua...


Ni tupai yer murid-murid...


Eh eh..begitu mesra depa berdua ni yer.


Fuh bukan main santai korang!


Hahaha menggigit!! Mesti dah ada yang pernah kena gigit kat sini.:p


Dilarang menguja? Ha jangan menguja Pak Rimau kat belakng tu!


Syeksi la korang nih!


14 comments:

  1. ntah skg ni sy teramat ske pegi tmpt2 cmtu
    isnin lpas g aquaria...
    esk insyallah g bird park plakk
    da mcm school trip kann tp students nye xde... hehe

    ReplyDelete
  2. Jijiy

    Haah sekali sekala memang syok layan nostalgia g tempat2 macam ni... banyak gak ilmu boleh kita dapat... Taman burung is the best!!! saya rekomen awak pergi! kompom tak menyessal..saya dah pg 3 kali.. best!

    Time bird show adalh pukul 12 dan 3 petang..jgn lepaskan peluang!

    ReplyDelete
  3. chekgu ke Zoo Melaka rupanya....

    Nota: Hehehe... padanlah tak ada gambar sendiri dah masing-masing pegang kamera masing2

    ReplyDelete
  4. Cikmas-

    Ha ah..ke zoo ler kiter!

    ReplyDelete
  5. wah! best2... thnkz bro! aku seriusly mmg xpnh pegi zoo! alhamdulilah skrg dapat jgak tgk keadaan dalam zoo x la kempunan... hehe thnkz bro! may god bless u... :)

    ReplyDelete
  6. NICK

    BRO TERHARU AKU BACA KOMEN KO NI BRO! THANKS

    ReplyDelete
  7. psst... ade lagi x gmbr2 percutian ko? letak2 kat sini... hehe aku ske tgk2 gmbr percutian org.. hehe thnkz bro! hehe

    ReplyDelete
  8. salam bro,
    nice blog.. tak sangka sungguh tinggi bakat kawan aku sorang ni. kipedap.. aku ku lawat blog mu setiap hari (aku kan xde keje) hahahaha.. wei! lumba bot kat putrajaya hjg minggu ni turun tak?

    ReplyDelete
  9. Nick -

    Ada banyak lagi info nak update tapi tak sempat la.bz keje..tapi tunggu akan di update juga nanti!!! Sabar yer.

    ReplyDelete
  10. Abu Zuhair

    Weh apasal nama ko Abu pulak???? Kompius..
    Hahaha tak payah la datg melawat setiap hari..bukan aku update pon.

    Bot minggu ni InsyaAllah turun!!! Jangan lepaskan peluang!

    ReplyDelete
  11. eh! aku sj baca2 balik ko tulis ni mula2 sekali tu ko mcm marah kat seseorang jer??? ape2pun harap semua selesai la...

    ReplyDelete
  12. Nick - Ish rajin pulak ko baca lagi skali yer.. huhuhu thanks

    Dah takde paper dah...

    ReplyDelete
  13. aku pun dah sampai zoo melaka..best juga aku suka!tp yg tak bestnyer ada one group of family baling2 batu kat the lions!!!i call them stupid!hahahha..what was that for?sbb nak suruh lion tuh lompat makan dia ker aper??plusss takde sense of respect to animal..pastu buatpe gi zoo!ive seen so many ppl baling2 batu kat animals in zoo..sedih tgk org tak appreciate them..

    ReplyDelete
  14. Beautifullife-

    Really diorang baling2 batu???

    Ish ish ish memang takder kesedaran sivik langsung. Kalau aku nampak mesti aku dah maki dah org tu.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS