2010-08-19

Merdeka Yang Dilupakan-Kah?

Assalamualaikum.

Entry kedua di bulan Ramadhan. Alhamdulillah dah cukup 9 hari kita berpuasa, dan tarikh hari ni pon dah 19 Ogos 2010. Tapi perasan tak, lagi dua belas hari kita akan menyambut Hari Kebangsaan? Hmm entah ler, aku rasa macam ramai yang dah lupa kot, dan kat TV nak nampak iklan kemerdekaan pon susah.

Rasanya adakah orang dah lupakan Hari Merdeka? Tak tau apa jawapan yang sepatutnya. Bagi aku Kemerdekaan harus dikenang, diingati dan dijadikan rujukan dalam memacu hidup ke dunia yang lebih mencabar. (fuh ayat power keluar suda) Kalau tak percaya ramai orang lupa dengan Hari Kemerdekaan, cuba bagitahu aku tahun ini kita menyambut Hari Kemerdekaan kali ke berapa???

Jangan dijadikan alasan bulan puasa untuk tidak mengingati Merdeka. Puasa tetap puasa amalan tetap boleh dilakukan tanpa terjejas sedikitpun sekiranya kita mengambil masa untuk mengenang walau sedetik peristiwa bersejarah itu. Tapi aku rasa kebanyakan orang macam tu. Ye la pendapat masing-masing kan. Tepuk dada tanya Iman.

Takpe lah, biar lah orang lain lupa. Aku tetap nak ingat kepada Hari Kemerdekaan, sebab perjuangan orang dolu-dolu memang tiada tolok bandingnya. Alhamdulillah, kalau takde Tunku Abdul Rahman (dengan izin Allah), maka tak rasalah apa yang kita rasa hari ini. Jadi semangat Merdeka tu akan terus ada dalam diri aku.

Yang paling penting, sudah beberapa tahun kita menyambut Hari Kemerdekaan di dalam bulan yang penuh berkat, Bulan Ramadhan. Alhamdulillah, sebaik-baiknya kita ambil peluang ini untuk berdoa agar Negara kita sentiasa di bawah naungan dan keredhaan Allah. - AMIN~

Fuh dah macam ustaz pulak yer? Maklumlah aktiviti meronda-ronda dah lama tak buat tu yang mengekspressi diri sejenak tu. (Pelik jugak, malah di Putrajaya sekali pon tak nampak Jalur Gemilang berkibar-kibar di bahu-bahu jalan. Memang dah tak cukup duit sangat la tu kot yer?) Tak tau ler apa rasional di sebalik kehambaran hari kemerdekaan tahun ini. Kalau dulu, aku masih ingat lagi zaman-zaman 90-an, tiap kali masuk bulan kemerdekaan, pasti sangat MERIAH dengan pelbagai hiasan Jalur Gemilang. Bukan apa, ia macam semangat Raya jugak, bila dah ada suasana barulah semangat nak meraikan itu ada. Betol tak? (Bukan suruh membazir, gunalah bendera-bendera dulu yang berlambak-lambak tu..kan tak payah beli baru - RECYCLE - tak salah kan?)

Oklah. Cukup setakat ini. Hanya untuk peringatan diri sendiri. Tak mau dikatakan Kacang Lupakan Kulit.

Jangan lupa kita juga akan menyambut Nuzul -Al-Quran bulan ini~!

Tepuk dada tanyalah selera. Jom Makan!

PEACE! ;P



6 comments:

  1. tp rasanya part nuzul al-quran tu kot yg org selalu lupa..

    :P

    ReplyDelete
  2. hanie

    mungkin jugak..tp masa bulan ramadhan ni kes lupa nuzul quran tu kurang kot? atau maybe sebb bukan semua negeri dpt cuti time tu.

    ReplyDelete
  3. aku setuju hanie ckp.. nuzul quran selalu org lupa... jgn kata org.merdeka ke, satu msia ke, hari bos aku nak pencen ke, semua2 aku x igt, yg aku tau.. bila raya maksudnya aku cuti panjang, x yah keje.. yahooo!!!

    ReplyDelete
  4. Abu-

    Ko bukan setakat Raya jer coti takyah buat kejer..Time tak coti pon kannnnnnnnnn...hahaha

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS