2011-04-01

Edisi Kembara Selatan : Hari Ketiga (Singapore)

Assalamualaikum!!!

Bersambung di hari ketiga di Mersing. Pagi-pagi lagi kami dah bangun dan bersiap sedia untuk bertolak ke Johor Bahru. Tapi sebelum bergerak, sempat lagi kami ikut Abu dan bondanya ke kedai untuk membeli nasi lemak, kuih-muih dan sebagainya untuk sarapan pagi. Memang best sebab murah dan banyak!!! Lepas selesai bersarapan, maka perjalanan ke JB pun diteruskan.

Kami bertolak dari Mersing ke JB pada jam 8.30 pagi. Alhamdulillah keadaan jalan raya amat tenang dan lancar, maklumlah hari Ahad semua orang pakat bangun lambat kot...hehehe.Pemanduan selama 2 jam setengah dari Mersing ke JB memang agak membosankan tapi disebabkan awan-awan nano yang sangat cantik melambai-lambai di sepanjang jalan maka kejauhan itu tak begitu terasa la.

Kami tiba di JB dalam jam 12 tengahari. Sampai sana sesat larat pulak sebab tak tahu jalan nak ke Stesen Bas Larkin. Maka terpaksa menggunakan kaedah cuba jaya, dan menelepon teman-teman yang ada di JB. Alhamdulillah sampai juga kami di Larkin.

Selesai urusan parking kereta, kami sempat menapau bekalan sebelum menaiki bas ke Singapore. Yeay this is my second time entering Singapore by bus. Senang sebenarnya nak masuk Singapore naik bas ni, cuma bagi yang baru pertama kali ni mungkin agak kelam kabut dan banyak kes makan hati sikit berlaku hahahaha. Ok biar aku cerita serba sedikit macamana nak masuk Singapore naik bas.

Langkah satu:
Dari stesen bas Larkin, kalau tak silap aku ada 2 syarikat bas yang akan ke Singapore samada menaiki Couseway Bus atau SBS Bus. Kami memilih Couseway sebab warna dia kuning...(hahha ok tak alasan tu?). Tambang dari Larkin ke Stesen MRT Kranji di Singapore adalah RM 1.40 sahaja (murah je)

Langkah dua:
Perjalanan dari stesen bas Larkin ke Terminal Imigresen Johor mengambil masa lebih kurang 20-30 minit (bergantung kepada keadaan jalanraya). Sampai di Imigresen Johor kami perlu turun dari bas dan masuk ke pejabat imigresen untuk pemeriksaan pasport. Kat sini kita kena ingat nombor bas sebab kita akan naik semula bas yang sama yang sudah sedia menunggu di luar tempat pemeriksaan passport. Waktu ni memang aku tengok ramai orang terkejar-kejar berjalan sebab nak rebut bas. Sebenarnya kalau terlepas bas yang kita naik tadi pun tak apa sebab kita boleh naik je mana-mana bas yang ada kat situ sebab dah tentu bas bas tu akan ke Terminal Imigresen Woodlands, Singapore. hehehe. Pastikan tiket bas itu disimpan rapi ya sebab ianya akan digunakan semula.

Langkah tiga:

Perjalanan dari pusat Imigresen Johor ke Terminal Imigresen Singapore tak jauh, dekat je dalam sepuluh minit. Sampai di Terminal Imigresen Woodlands, kena turun bas semula dan masuk ke pejabat imigresen untuk pemeriksaan passport. Masa ni memang akan sentiasa ada ramai orang dan kenelah beratur. Jangan lupa isikan borang masuk negara orang (pandai-pandai la isi). Borang tu boleh didapati di sebelah pintu masuk ke pejabat imigresen.(Free jer, kalau pegi Thailand kena bayar RM 1 - Keji!)

Langkah empat:

Selesai urusan pemeriksaan passport maka dengan rasminya aku dah masuk Singapore! Maka terpaksa naik bas yang kami naik tadi untuk ke stesen MRT Kranji yang terletak dalam 15 minit perjalanan dari Terminal Imigresen Woodlands. Macamana? Mudah kan? Sebenarnya memang mudah tapi agak leceh dan kelam kabut sikit. Bagi siapa yang dah biasa tu mungkin perjalanannya akan lebih lancar. 

Sampai di stesen MRT Kranji, kami menuju ke kaunter belian tiket untuk membeli tiket ez-pass dengan harga SGD 10. Dengan adanya kad ni, akan memudahkan kita berjalan ke mana sahaja di Singapore sebab kad tersebut boleh digunakan di dalam MRT dan BAS dan di beberapa kemudahan awam yang lain. (lebih kurang macam kad Touch 'n' Go di Malaysia la. Jumlah dalam kad kalau kita beli automatik akan ada SGD 7 dalamnya. Memandangkan banyak tempat yang akan kami tuju, maka kami mengambil keputusan untuk menambah lagi SGD 10 di dalam kad kami, maka jumlah keseluruhan di dalam kad tersebut adalah SGD 17.

Destinasi pertama kami dari MRT Kranji adalah menuju ke Orchard Road...(Teringat kata seorang teman OKID ROAD hahaha). Agak jauh sebenarnya Orchard Road dari Kranji. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit. Maklumlah banyak perhentian dan orang sangat ramai.

Sampai di Orchard Road, maka bermulalah aktiviti menembak kami. Memang happening di OR sebab hari minggu dan cuaca pon cerah. Sempat juga pergi survey harga beg kemera...murah! Dari OR, kami menaiki MRT ke Dhoby Ghout dan menukar train ke Bugis. Hahaha ini adalah tempat yang aku paling suka sebab banyak barang cenderamata dan T-shirt cantek terdapat di situ! Memang berbaloi-baloi!

Dah habis shopping di Bugis kami terus menaiki MRT ke Dhoby Ghout dan menuju ke Esplanade untuk melihat sunset di gigi air Sungai Kalang. Memang terbaik sebab petang tu kami berpeluang menyaksikan double rainbow!!! First time dalam hidup dapat tengok double rainbow!

Kami lepak di sepanjang river view sampai malam. Dalam pukul 8.00 malam kami dah gerak naik MRT ke stesen Woodlands dan menaiki bas ke Larkin melalui proses imigresen yang sama seperti masuk tadi. Penat nak mampus sebenarnya sebab banyak berjalan sampai sakit2 kaki. Sampai di JB kami terus melantak di Danga Bay sebab sehari suntuk tak makan! Lapo weh!

Di JB kami tido di Kozi Hotel..Bajet hotel je sebab duduk sensorang. Tapi memang selesa gile hotel tu dan ianya sangat baru! Harga bagi single room hanya RM 88 sahaja. Murah le tu. Sampai hotel terus pengsan sampai pagi!

Jom tengok apa yang aku tembak...

PEACE!

Orchard Road ....depan Ion plaza
Shaw Brothers...teringat kat studio Jalan Ampas
Orchard Road lagi.....
Beli aiskrim potong! Nyaman!
Bugis Street!~ Shopping lagik...
Double Rainbow!










8 comments:

  1. wow...tak ke krabi tp ke spore.
    at least oversea..kan?
    good berjimba-lara sebelum diserang sibuk keje...
    orkid...nape tak updet blog(sempat lg menyelit..hehe)
    gambo..mcm biasa...mmg cunnnnnnnnnnnnnnnnnn.........

    ReplyDelete
  2. Anash:

    Tu la...membawa hati sampai ke Singapore...huhuhuhu..
    thanks!

    ReplyDelete
  3. wakaka... takpe terselit kat memane pun, tuan tanah ni redho je kan? kan?

    kesibukan melanda... esok mau ke KL, isnin-khamis ke Kuantan ;)

    ReplyDelete
  4. MasMZ

    Yer seperti tema skg..

    Pasrah Redho Tabah

    ReplyDelete
  5. haip! apa kes??? jom kuantan... teman!

    ReplyDelete
  6. masMZ

    Kuantan??? huh tak mau .

    ReplyDelete
  7. pss..baru perasan..kete merah tuh guna tongkat payung eh?
    ..kalau betul...sama la masalah masa kete yg lama, guna buluh wat tongkat..hahaha...

    ReplyDelete
  8. Anash

    Hahaha perasan gak eh...huhuhu tu namanya kereta tahan lasak.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS