2011-04-01

Edisi Kembara Selatan : Hari Keempat (Singapore) Finale

Assalamualaikum!!!

Ok ini merupakan entry terakhir bagi edisi Kembara Selatan. Dah tak larat nak tulis panjang-panjang sebab bukan ada orang nak baca pun heheh. Hari terakhir di Selatan merupakan hari yang paling jauh perjalanannya, sebab perhentian terakhir adalah di Kuala Lumpur. Seawal jam 7.45 pagi kami dah check out dari Kozi Hotel menuju ke Stesen Bas Larkin. Jalanraya agak jem memandangkan hari ini hari Isnin tambahan pula orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja. Redah je lah...

Sampai di Stesen Bas Larkin dalam jam 8.30 pagi. Kami terus mencari kedai untuk bersarapan pagi dan menapau makanan mana yang patut untuk di bawa masuk ke Singapore. Jimat beb! Kami menaiki bas Couseway Line dengan tambang RM 1.40 menuju ke Woodlands dan melalui proses pemeriksaan imigresen seperti semalam...(rujuk entry sebelum ini).Sampai di Stesen MRT Kranji, kami terus menaiki MRT menuju ke Orchard Road. Tujuan utama adalah untuk membeli beg KJ yang telah disurvey semalam. Harga memang agak murah berbanding di Malaysia, jadi memang amat berbaloilah membeli-belah di Singapore ni. (Untuk sesetengah barang saja yer).

Setelah mendapatkan apa yang hendak dibeli, kami kembali menaiki MRT dari OR menuju ke Stesen MRT Dhoby Ghout dan menukar train ke Harbour Front dimana terletaknya Vivo City. Dari Vivo City kami menaiki monorel ke Sentosa Island. Harga tiket memasuki Sentosa Island adalah SGD 3. Memang agak murah la sebab bila dah masuk Sentosa Island, kita boleh merayau-rayau sekitar pulau menaiki pengangkutan Bas yang disediakan. Ada beberapa hentian monorel untuk dipilih dan kami memilih hentian pertama sebab nak ambil gambar di depan pintu masuk Universal Studio Singapore. Maklumla, nak beli tiket masuk USS memang dah tak dapek. Harga masuk ke USS dalam SGD 70 dan tiket hendaklah dibeli sekurang-kurangnya 2 hari awal bagi mengelakkan kehabisan tiket.

Seterusnya kami berjalan sekitar Senrtosa Island menuju ke tempat dimana terdapat persembahan Pirates 4D. Kami memilih untuk melihat persembahan Pirates 4D dengan harga tiket SGD 18. Huhuh mahal jugak tapi memang berbaloi!!! Apakah 4D? 4D maksudnya selain daripada persembahan 3D yang selalu kita saksikan di panggung wayang, ia ditambah dengan element rasa (Udara dan Air dan Sentuhan) Sebab itu ia dinamakan 4D. Sebagai contoh, sekiranya ada adengan burung merpati terbang keudara dan berak merata, maka kita akan dapat rasa angin dari kibasan sayap burung merpati tersebut sambil air dipercikkan ke muka kita. Hahah memang agak basah la bila menyaksikan 4D.

Lepas habis persembahan Pirates 4D, kami menaiki bas menuju ke Pantai Siloso. Pantai Siloso merupakan pantai buatan dan kita boleh mandi manda kat situ. Tapi apa yang tak menariknya, pemandangan pantai dicemari dengan kapal-kapal tanker yang berlabuh di Pelabuhan Singapura bersebelahan dengan Pulau Sentosa. Tak natural langsung! Seselai menembak di Pantai Siloso akhirnya kami pun bergerak pulang ...seperti biasa, naik MRT, melalui pemeriksaan imigresen dan menaiki bas ke Stesen Bas Larkin. Kami tiba di Stesen Bas Larkin dalam jam 6.30 petang dan terus bergerak pulang ke Kuala Lumpur. Memang penat giler! Sampai KL dalam jam 11.00 malam. Itulah kisah perjalan Kembara Selatan. Walaupun tak seberapa tapi at least ada sesuatu untuk dikenang sepanjang hayat. Jom layan gambar-gambar yang tak seberapa ni.

PEACE!










11 comments:

  1. tenkius bebeh...
    huhu... akhirnya dapat juga main air sungguhpun dalam wayang 4D dan air tu animasi tahi burung yang berciciran... huahuahua.... :)

    ReplyDelete
  2. waaa..hilang rindu kat kampung halaman ngk gambar ni..

    ReplyDelete
  3. Fika 79

    Yer ker..hahaha sila tengok puas2.

    ReplyDelete
  4. hi en.janggel..
    wah2 kembara selatan..bla nak kembara utra plak?krabi ada banjir n tanah runtuh right?mmm klu dtg utara myusuri PLUs, sure u dpt tembak gambo2 sawah yg hijauuuu,cunnn punyer..i org kedah meh.. sila, pakat mai ramai2... :)

    ReplyDelete
  5. mcmna nk tulis mcm kau ni ha..kalau aku tulis mcm bnyk membebel jer..haha..well, singpore mmg best!..tp mahal ckit le..

    ReplyDelete
  6. Ms kertas

    ooo tatau plak ada banjir ngan tanah runtuh kat kragi...no idea. insyaAllah akan ke sana juga satu masa nnti.;)

    ReplyDelete
  7. Adam

    heheh aku pon bukannya tau sangat menulis...melalut je banyak. yup kalu nk g singapo kna simpan emas setempayan.

    ReplyDelete
  8. elok nau ke singapore...
    utara Malaya banjir...
    mana?mana?mana?
    sourvinear???
    hahaah...

    ReplyDelete
  9. Anash

    Ha ah ada hikmahnya kan
    Ahahaha mau sebenier eh?? nanti kiteorang emailkan. ;p

    ReplyDelete
  10. Best.. banyak recommendation tempat especially tempat makan! Keep it up.. bukan takde yang baca.. silent reader ramai nie.. :)

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS