Hot Air Balloon Putrajaya 2013
Assalammualaikum!!! Fuyohhh terkujat tengok pepagi banyak pulak alien serang ruang udara Putrajaya! Pastu nampak pulak monyet gergasi tengah intai-intai celah pokok! Ingatkan dah jadi Planet of The Apes ke apa kat Putrajaya ni rupa-rupanya Pesta Belon Udara Panas Putrajaya dah kembali!!!! Ye acara tahunan di Putrajaya ni memang tak pernah miss, tetiap tahun ada cuma tahun lepas je aku tak sempat pergi sebab masa tu berada di India. Tapi tahun ni, gigih tau pepagi buta, sebelum masuk kerja dah berkampung kat tapak belon Presint 2, Putrajaya. Dan antara kelainan yang ada tahun ni, banyak jugak belon-belon baru yang join antaranya SMURF , Monyet tu (aku tak tau nak panggil apa), ada monster hijau yang kat kepala dia ada ular dan dinasor tu (jugak aku tak tau nak panggil apa) dan banyak lagi!!! TAPI AWAS! Semua ni hanya boleh di lihat / di tonton sekitar jam 7.00 am hingga 8.00 am dan 5.00 pm hingga 6.00 pm SAHAJA. Waktu-waktu lain, jangan harap le nak ...