2013-06-15

Halong Bay (Vietnam) : Dari Nanning ke Halong Bay - Perjalanan Penuh Drama Vers.2 (Part 8)

Assalammualaikum!!!

Apa khabar semua! Hahah lama pulak tak berapdet kan belog ni. Maaf la yer, sebab minggu lepas busy buat kerja di Negeri Pantai Timur. Demi mencari sesuap nasik katanya. 

Ok jom sambung episod 8 pulak. kali ni kite dah masuk ke Negara Vietnam! 


Keesokkan harinya, pagi-pagi buta (seawal jam 7 pagi) kami mengambil teksi daripada Green Forest Hostel ke Nanning International Tourist Distribution Center sebab bas kami ke Halong City akan bergerak pada jam 8.20 pagi. Untuk makluman, bas ke Halong City akan bergerak pada jam 8.20 pagi setiap hari. Alhamdulillah senang pulak nak tahan teksi depan hostel ni sebab pagi-pagi buta ni banyak teksi lalu lalang kat jalan utama depan hostel. Maka kami pon nail 3 buah teksi sebab nak bawak beg yang berkotak-kotak ntah sapa punya tu tah kan. Memang tak sempan nak breakfast la, mujur la ada megi untuk alas perut.

Menunggu bas di Nanning International Tourist Distribution Center
Bas pink ni la yang kami akan naik ke Ping Xiang.
Sempat la posing-posing dalam bas...ada 4 jam ok!
Kami akan bertolak menuju ke sempadan China - Vietnam (Ping Xiang - Friendship Gate / Immigration ) dengan menaiki bas express. Tiket kami belu terus ke Halong City, Vietnam dengan harga 170 Yuan (RM 85/ seorang).  Kondisi bas memang selesa dan siap ada pramugari pulak tu hehehe. Dan yang paling best, diorang ada bagi breakfast pack yang di dalamnya terkandung sebijik epal, roti dan air kotak. Cukupla untuk alas perut. Perjalanan dari Nanning City menuju ke sempadan China - Vietnam (Ping Xiang - Friendship Gate / Immigration) mengambil masa lebih kurang 4 jam! Masak jugak la duduk dalam bas tu, dan penumpang dalam bas tu pon takda la ramai sangat. Dah dekat dengan sempadan China - Vietnam tu, bas tetibe berhenti, ada la askar-askar China yang naik dan check passport setiap penumpang. Masa tu rasa macam dalam filem-filem perang sangat sebab muka askar-askar tu sebijik macam komunis kat dalam tv... seram jugak sebenarnya).

Alhamdulillah, diorang tak banyak tanya pon, sebab aku tak rasa yang diorang tu pandai cakap english. Perjalanan diteruskan dan kami berhenti di sebuah hentian sebelum memasuki Vietnam. Kat hentian tu, sapa nak kencing silalah kencing siap-siap sebab lepas ni macam dah tak nampak tempat kat mana nak kencing hehehe. Dan yang paling best, sesiapa nak tukar duit (China Yuan ke Dong, Vietnam / Dolar US) boleh tukar kat beberapa orang yang dah siap tunggu tepi bas, sambil pegang duit. Tak tau la tu duit betol ke duit palesu, tapi nampak macam meyakinkan, so kami pon tukar je saki baki duit Yuan yang ada tu kepada Dong. Maklumla, duit dah tak banyak, bawak pon ciput je.

Tukar duit dengan money changer bergerak ni.
Dalam jam 12.30 tengahari, kami pon sampai di Ping Xiang, yakni tempat imigresen di sebelah China. Masa ni kompius jugak sebab semua orang turun dan bawak beg diorang. Kami ni terpinga-pinga sebab tak tau macamana prosedurnya. Rupanya-rupanya kita kena turun kat situ, dan bawak semua bag, sebab kita akan masuk ke sempadan Vietnam dan akan naik bas lain pulak nanti! Huhuhu skeri le jugak memula sebab aku ni dah la tak buat apa-apa research, harapkan diorang-diorang ni je sebagai guide hehehe.


Kat sini la bas yang bawak kami tu berhenti, Sempadan China-Vietnam.
Kami diberi pas untuk digantungkan di leher. Kendian, kene naik buggy car (yang macam kat padang golf tu) untuk masuk ke kaunter imigresen. Terpulang kalau nak jalan kaki pon boleh, tapi tempat nak masuk tu agak jauh jugak, boleh semput kalau menapak. Jadi kami naik la buggy tu. Sebenarnya aku tak tau la buggy tu kena bayar ke tak sebab kami semua terpisah dua buggy. Buggy yang aku naik tu takde pulak dia mintak duit, tapi buggy yang satu lagi diorang naik, kene mintak duit dalam 20,000 Dong (lebih kurang RM 3.00). Ntah le, ikut nasib je kot. Sampai je kat kaunter Imigresen China, macam biasa la, cop passport dan scan beg bagai. Lepas tu kita kena jalan kami lebih kurang 500 meter menuju ke bangunan imigresen Vietnam!
Imigresen China, agak teratur.
Ha ni yang nak cerita kisah kat kaunter imigresen Vietnam, masa kami datang tu, memang aku terkejut habis, sistem kaunter diorang adalah tak payah beratur, main rebut-rebut letak passport kat kaunter. Sambil tunggu petugas imigresen diorang cop passport kami. Punya la lama kami tunggu diorang nak cop passport kami sebab diorang sibuk uruskan passport orang-orang China yang pakai agen dan diselitkan duit kat celah-celah passport tu! Keji kan, korang paham-paham je la apa masalahnya tu. Akhirnya selepas sejam lebih aku berasak-asak depan kaunter (masa tu tak bagi chan dah kat orang lain nak potong lain) lantak la kan, akhirnya passport kami pon di cop. Lepastu kami di panggi sorang-sorang ikut passport untuk tayang muka kat pegawai imigresen tu. Bila dah selesai baru kami boleh gerak untuk scan bag. Ha macam tu la proses imigresen di pihak Vietnam, tak sistematik dan menyakitkan hati. Jenuh jugak la aku menyumpah-nyumpah dalam hati, sebab nak menyumpah kat luar takut tetibe tak lepas pulak passport aku nanti hehehe.


Ha camni la ropernya depan kaunter imigresen tu...sesak.
Setelah semuanya selesai, kami pon naik la mana-mana buggy yang ada kat depan bangunan imigresen tu. Kami di bawa ke tempat banyak bas berhenti, dan seriously kami tak tau yang mana satu bas yang akan kami naik!!!! 

Tempat naik bas yang ke dua.
Ni bas kedua yang kami naik dari Sempadan Vietnam-China ke Halong Bay.
Mujur la kami ada pass yang tadi diberi masa sampai kat imigresen China tadi. Kami menunjukkan pas tersebut ke salah sorang pemandu bas dan alhamdulillah, dia menunjukkan bas yang akan kami naiki. Legaaaaaaaa. Kami naik bas lain dan pemandu bas tu ada dua orang, sementara penumpang bas tu pon tak ramai, ada la kami 7 orang campur 4 ke 5 orang lain yang sama-sama nak ke Halong City. Alhamdulillah, perjalanan kami diteruskan dengan lancar. Kami bertolak dari sempadan Vietnam tepat jam 2.00 petang.

Sepanjang perjalanan kami disajikan dengan pemandangan yang sangat menakjubkan, gunung- ganang dan sawah padi memang merata-rata. Bas yang kami naiki singgah di sebuah RnR untuk makan dan buang air, tu pan setelah 2 jam perjalanan. Kami memang tak makan la kan, setakat makan buah epal dengan roti yang dibagi pagi tadi je. 


Berhenti rehat jap di RnR ni.
Apa tah dijual ni, macam tempe pon ada.
Pemandangan sawah padi dan bukit bukau sepanjang perjalanan.
Wayar-wayar tu tempat diorang gantung bakul untuk ambik sarang burung kat atas bukit.
Sedap pulak air kotak teh ni.
Perjalan diteruskan, dan kami mula menghampiri Halong City, masa tu sorang demi sorang penumpang lain turun. Last-last tinggal kami je yang ada atas bas tu! Haahahaha bas kami yang punya!. Memang bosan habis la duduk dalam bas tu, dah dekat 8 jam duduk dalam bas dari pagi dan sekarang dah dekat pukul 8 malam pon kami tak sampai-sampai lagi ke Halong City. Gilerrr lama!!! 


Memang sawah padi je sepanjang jalan.
Tu nampak tak rumah-rumah kecik tu, itu adalah kubur yer.
Melepak beramai-ramai memang diorang suka.
Nampak tak yang kat depan motor tu (celah kangkang) apa tah tu, rasanya macam roti kot. Banyak dijual di tepi jalan.
Akhirnya kami pon sampai jugak ke Halong City, setelah 12 jam perjalanan. Kami menaiki teksi menuju ke Asean Hai Ngoc Hotel. Sampai di hotel je semua dah melepek... penat kot duduk dalam bas lama giler. Lapar pulak tu, makan malam tu kami beli nasi putih dan panaskan kari Pak Brahim. Alhamdulillah, kenyang la jugak. Kami jugak menguruskan hal untuk menjelajah Halong Bay keesokan hari. Senang je, suruh je orang hotel tu uruskan, hehehe. Hotel Asean Hai Ngoc ni sangat recommended ye, dan yang penting petugas kauter dia pandai cakap english! Dia la yang jadi perantara kami dan siap marahkan pemandu teksi yang cekik darah lagi! Memang baik sungguh minah tu. Korang kalau pegi Halong Bay dan tak tido atas cruise, boleh la tido kat hotel ni ye.


Asean Hai Ngoc Hotel
Hai Quan Road, Vuon Dao - Bai Chay, Ha Long, Vietnam
Bilik yang kami sewa... murah je. Abaikan gambar di dinding ye hhehehe.
Agak luas juga biliknya. 
Makan malam kami! 
Ok la esok aku sambung kisah kami di Halong Bay pulak! Tak sabarnya nak pergi Halong Bay sebab nak tengok pemandangan yang superb! 

Bersambung....

WASSALAM.

26 comments:

  1. Dah masuk negara di mana aku dilahirkan... tahniah.

    Simpan angan2 gak kembali menjelajah Vietnam mengimbau kenangan 40 tahun lampau... hu2

    ReplyDelete
  2. patut kat immigration tu ko jerit kuat2 sambil pegang passport patu tepis2 sume org sambil cakap xin lổi! xin lổi! xin vui lòng đóng dấu há»™ chiếu của tôi!

    ha gitew...

    ReplyDelete
  3. View dlm perjalanan pun dh ohsem klau d halong bay mesti lg berganda ohsenm nye :-)

    ReplyDelete
  4. Hi singgah jap...
    Gigil2 dah ni nak nengok gambar halong bay!

    ReplyDelete
  5. ntah beg sapa yang berkotak2 beranak itu???

    askar cina siap bawak jeneral naik bas tolong check pasport kaler merah *serammm*

    tahniah paksu !!! * tetiba?*

    ReplyDelete
  6. tak sabar jugak nak tgk gambar kt halong bay..huuuu

    ReplyDelete
  7. sumpah kari tu nampak sedap okeh...nak2 kalau makan kat tempat takde makanan halal...dpt dirasakan KENIKMATANNYA

    ReplyDelete
  8. susah jugak urusan dekat imigresen ni, main letak-letak passport je...12 jam perjalanan, lama jugak.tapi enjoy je kan sebab ramai-ramai...

    ReplyDelete
  9. ramai sangat ke berasak-asak dekat kaunter tu. rimas ah kalau berebut rebut. kalau aku tunggu crowd subside boleh tak. lols.

    ReplyDelete
  10. roti letak celah dot dot dot... korang beli rasa dak? ehhehhehhe.....

    ReplyDelete
  11. cross border antara perkara paling aku tak suka time travel.. kalau nak try cross border paling susah cuba try kat afrika hahahaa...

    View lepas cross border tu mmg lawa.. dan nasi berlauk kari mmg nikmat paling besar time travel hahahaa..

    Cepat2 update picture kat halong bay..

    ReplyDelete
  12. perghhh baca je pun dah rasa penat prosedur kat imigresen tu hehehe...

    Nice experience...

    ReplyDelete
  13. Nizhama;

    Oooo awak lahir kt vietnam ye. Menarik tu mesti bnyk pengalaman!

    ReplyDelete
  14. JM:

    Haha pemandangannya mmg sangat osem, cuma gambar2 yg saya amek je x osem.

    ReplyDelete
  15. Syieda:

    Ok sila tengok dengan penuh penghayatan ye hihihi.

    ReplyDelete
  16. Kak anash:

    Entahler sape tah....

    MMg mcm pelem vietnam yg perang2 tu kan kak.

    MOtif tetibe tahniah paksu?...

    ReplyDelete
  17. YayanR:

    Silalah tgok gambar yg tak seberapa tu.

    ReplyDelete
  18. Ctsueraya:

    KAnnnnnn mmg nampak sedap ok. Masih terasa2 lg skg ni. Padahal kari brahim je tu hihihi tp sebb dah lapar punya pasal!

    ReplyDelete
  19. Orga:

    MMg agak rumit la, mmerlukan kesabaran yg tinggi.
    12 jam dalam bas dah macam bas tu kami yg punya! Hahaha

    ReplyDelete
  20. HT:

    Masa kami dtg tu mmg tengah ramai ber bas2 rombongan kot. Mmg x da nya nak subside2 ...tgu le sampai ke ptg hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoih stress. kena ada skill takde belas kasihan/takde kasik chan ah cenggituh.

      Delete
    2. HT:

      Ditambah pule dengan muka pegawai imigresen yg mencuka sepanjang masa memang stress dibuatnya.

      Delete
  21. Lily:

    Tak jumpe pulak bila dah turun bas... nampak dr dlm bas je.

    ReplyDelete
  22. TTB:

    HA kan... tapi bile pulak le saya nk g afrika tu untuk cross border hahaha.

    KOmpom hang pon salu rasa kari2 camtu kan.

    DaH apdet gambar2 kt halong bay tu, silalah tengok hihihi

    ReplyDelete
  23. Anakomak:

    Hahaha kata drama, mestilah penat kikiki.

    ReplyDelete
  24. Biqque:

    Haha tak pasal2 jadi kes lain pulak nanti.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS