2014-05-14

Bangkok Shutdown (Part 5) : Damnoen Saduak Floating Market

Assalammualaikum!!! 

Setelah memberi laluan kepada entry-entry Royal Belum, ok kali ni kena jugak habiskan entry Bangkok yang tinggal sipi-sipi je nak habis. Sorry sebab mengambil masa yang lama untuk update sebab memang agak busy sekarang ni dengan kerja-kerja hakiki.OK ayuh sambung cerita di Bangkok.


Hari terkahir di Bangkok, dan sementara menunggu flight balik ke Malaysia di sebelah petang, kami meneruskan misi terakhir yakni menerjah floating market yang agak popular di Bangkok iaitu Damnoen Saduak Floating Market yang terletak lebih kurang 2 jam perjalanan daripada Sentral Bangkok.  

Keadaan di Victory Monument
Keadaan di Victory Monument.... Manusia bergelimpangan.
Hari terakhir ni agak yakin dengan keadaan sekitar Bangkok, sebab tengok hari pertama Shutdown Bangkok macam selamat je kami nak berjalan-jalan. Setelah check out hostel dan tinggalkan barang di dalam store hostel, kami pun bergerak menuju ke stesen Victory Monument. Keadaan kat Victory Monument tu memang masih tegang dan memang ramai giler ummah manusia Thailand yang berkampung kat situ. Tapi yakin je la, kami redah jugak orang sesak-sesak tu untuk cari stesen teksi yang boleh bawak kami ke Damnoen Saduak Floating Market.

Banyak yang jual benda-benda macam ni.
Barang-barang untuk protest.
Yang berkampung kat sini pun ramai.
Jenuh jugak la tanya sana sini, sebab banyak teksi yang tak nak keluar dan masuk ke Bangkok disebabkan oleh tunujk perasaan tu. Akhirnya kami jumpa jugak stesen teksi yang boleh bawak kami ke sana. Tempat teksi tu betul-betul bawah stesen Victory Monument. Harga teksi untuk ke Damnoen Saduak Floating Market tu adalah 160 Baht seorang

Kaunter tiket teksi.
Teksi Van yang kami naik.
Macam biasa, kene tunggu teksi penuh dulu baru bleh jalan. Perjalanan ke Damnoen Saduak Floating Market ni memang jauh, dan alhamdulillah jalan raya pun takda lah jem sangat pagi tu.

Teksi dah penuh! Ayuh.
Setelah dua jam perjalanan akhirnya kami pun sampai lah kat kawasan tempat sewa sampan atau bot kat area-area Damnoen Saduak tu. Kami pun sebenarnya blur jugak, tak tau nak tuju kat mana, sebab teksi tu main berhenti sesuka hati dia je. Akhirnya ada sorang lelaki ni datang kat kami dan tanya kami untuk ambik pakej dia.

Dah sampai jeti bot.
Ni muka mamat tu.
OK pakej yang kami ambik tu harganya 1000 baht untuk satu bot, dan bot tu kami naik dua orang je. Cis, aku rasa macam dah melampau sangat je harga bot tu, tapi memandangkan dah tak ada pilihan lain, dan nak cari tempat bot yang lain pun macam susah je, maka kami pun ambik je la pakej dia tu, so sorang bayar dalam 500 baht macam tu.

Maka pengembaraan naik sampan ke floating market pon bermula. Tapi hairan jugak sebab masa kami sampai tu tak ramai sangat orang dan tak meriah pun macam dalam gambar-gambar iklan kat TV. Hahahah tak boleh blah kan nak macam dalam iklan. Mungkin sebab kami pergi tu bukan hari minggu, dan pelancong tak ramai. 

Eksaited terlebih.
Tak banyak pelanggan hari ni ye bang?
Lalu macam longkang je.
Ni baru nampak macam sungai sikit.
Selfie wajib bersama pemandu bot hiks.

So merasa la jugak singgah kat floating market dan beli pulut mangga. Sedap jugak la sebungkus dalam RM3.50 macam. tu.


Ingatkan pompuan je yang menjual.
Makcik ni baru susun barang nak menjual.
Makcik ni pulak jual madu.
Ada jugak kedai-kedai sebegini.
Sempat jugak singgah di kilang membuat coconut sugar.
Besar la jugak kilang ni.

Ha sape boleh celen suara MINAH ni, memang mantop! HAHAHAHA

Makcik ni jual sayor.
Dan makcik ni jual makanan apa tah.
Gadis ni jual topi hihihi.
Kami jugak dibawa singgah kat sebuah temple kecik kat tapi sungai. Aku pun tatau apa nama temple tu. Sebenarnya tak teringin pun nak melawat-melawat temple, tapi sebab dia dah singgah so turun je la sekejap. Pemandu bot tu pon pelik sebab sekejap sangat kami singgah, snap dua tiga keping gambar dan blah. Lagipun kat situ banyak anjing! Memang tak la nak bersantai-santai bagai kat situ.

Gigih la akak ni mempromosi barang dia.
Perjalanan ke temple.
Wat Prok Charoen Temple.
Inilah rupa temple tu.
Keseluruhan kami menghabiskan masa lebih kurang 2 jam kat floating market tu. Dan kami dihantar semula ke jeti di mana kami naik tadi. Masa tu ada la diorang amik gambar kita dan framekan. Tapi tak kuasa la nak beli sebab aku rasa aku amik gambar diri sendiri lagi ok hikhikhik.

Kami jugak mintak, mamat tadi tu tolong panggilkan teksi untuk balik ke Bangkok. Alhamdulillah tercapai jugak misi nak ke floating market. 

Sampai je kat Bangkok, kami balik semula kat hostel dan bersiap-siap untuk ke airport. Nasib baik flight tak delay hari tu dan perjalanan pulang ke Malaysia selamat.


Sebahagian aktiviti para penunjuk perasaan di Victory Monument.

So itu sajalah cerita kat Bangkok. Tak da la menarik sangat tapi puas la tercapai jugak hajat nak jejak Bangkok. InsyaAllah akan ke sana lagi nanti tapi tak tau bila....nak repeat lagi sebab banyak jugak tempat yang tak sempat nak cover. Paling best dah tentu la part shopping kat Chatuchak Market tu.

Ok la, sekian dulu kisah Bangkok. Semoga ada lagi kisah-kisah lain yang boleh dikongsi kat dalam blog ni.

WASSALAM. 

18 comments:

  1. Tahniah berjaya siapkan cerita belum di tengah2 cerita Bangkok :D ( kita tak tahu bila nak start :P )

    Uikkss berada di Bangkok dalam keadaan org tgh bergemlimpangan buat demo...tabik spring la berani nyer :D

    Van nak pi Floating Market tu memang menarik.. macam exclusive jer . murah lak tu huhuu :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Hahaha terpaksa la habiskan, kalau tak tergantung pulak nanti cerita tu. Pergi tak balik2 katanya HaHaHa!!!

      Bangkok mmg best tapi kene la pandai cari keseronokannya

      Delete
  2. Makan ati je la baca entry ni..kbai..

    Kalau orang nk beli baju dan nk test baju tu kat mana ada fitting room? ke fitting atas bot je? mohon dicerahkan..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawanna

      Bertabahlah.
      Entah tak sure pulak ada fitting room ke idak hehhee tak tanya sebab x beli.

      Delete
  3. tidakkkkkkkkk.... kenapakah entri Bangkok muncul kembali?????
    kikiki #drama
    selepas teaser.... bila la episode 1 nak kuar nihhhh...... #drama

    ReplyDelete
  4. baru berangan nak gi bangkok gak awal bulan ritu tapi tak kesampaian sbb partner in crime semua tak berani..uhuk!! kalo tak musti da ronda2 sinun bleh intai2 pelakon2 lakorn..cewahhh!! nway, still selamat la kiranya kalo pi skang ni ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Miss

      Rasanya selamat je kalau nak pg. thailand mmg jaga tourist mereka.

      Delete
  5. Damnoen Saduak ni has been too commercialized kan? The price of the boat ticket pun varies. Ada yang kena mahal dari tu rasanya.

    ReplyDelete
  6. Bukan senang dapat pengalaman begini. Kira bertuah Rain dapat tengok cara orang sana protes.

    ReplyDelete
  7. Assalam Yob, pe kabor? Terima kasih follow blog teman. Mesti meriah Bangkok masa tu! Dah ler bandaraya ni havoc, kena Shutdown lagi ler teruk!

    ReplyDelete
  8. slamat cam kat korea ek? baiklah! tengkius..gi sorang pun bagus kan!

    ReplyDelete
  9. Kak Moh Kembara:

    Waalaikum salam Yong, Haah masa tu sangat meriah Bangkok, orang nya ramei yakmats.

    ReplyDelete
  10. Miss:

    Tatau la selamat cam korea ke dak. Mana tau Korea tu selamat, dengar banyak je kes kat sana. Hahaha mana2 tempat ada risikonya.

    Tapi dinasihati sekarang tak payah pegi dulu la ke Bangkok tu. Atas sebab sebab keselamatan.

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS