Assalammualaikum!
Haha bertabahlah korang tunggu dan baca entry Bangkok ni sebab memang mood dia kena buat tarian dulang baru boleh datang. InsyaAllah akan cuba habiskan secepat mungkin.
Ok setelah habis satu pusingan meneroka Santorini Park di kala panas mentari dan rasa dahaga teramat, maka kami pun bersetuju untuk meninggalkan tempat tu dan pergi ke destinasi seterusnya yang terletak beberapa kilometer saja dari lokasi Santorini Park tu, iaitu Swiss Sheep Farm, Cha Am. Ha dengar nama pun dah macam kat Swiss kan? Apa lagi ayuh kita ke sana!!
Sekejap, sebenarnya macamana nak pergi ke Swiss Sheep Farm tu? Nak jalan kaki? Giler ke apa nak jalan kaki berkilo meter tengah panas merentas highway? So kami pun duduk la termenung depan pintu masuk Santorini Park tu sambil berfikir kekdah terbaik untuk ke Swiss Sheep Farm. Akhirnya kami membuat keputusan untuk jalan kaki ke jalan utama dan tunggu kalau-kalau ada teksi menjelma. Alhamdulillah, baru saja nak melangkah, ada pun teksi panggil kami. (phew lega, tak jadi nak nanges)
Kata driver teksi tu dia ada bawak satu family dari Malaysia jugak dan lepas ni akan balik ke Bangkok. Dia boleh bawak kami sekali, dan dia boleh hantarkan kami ke Swiss Sheep Farm tu dulu sementara family dari Malaysia tu meronda-ronda dalam Santorini Park tu. Kami pun setuju je la, so kami naik teksi tu dan dia hantar kami ke Swiss Sheep Farm. Dia siap bagi nombor talifon dia dan pesan kalau kami dah habis ronda kat Swiss Sheep Farm, sila talifon dia. Tambang dari Santorini Park ke Swiss Sheep Farm dengan menaiki teksi tu adalah 100 baht (RM10). Memandangkan itu je option paling cepat yang kami ada, so terima je lah ketentuannya.
|
Dah sampai...itu tempat beli tiket. |
|
Ini pintu masuk utama. |
Alhamdulillah sampai jugak kami ke Swiss Sheep Farm ni. Memang cantik la tengok dari tepi highway. Ye lokasinya memang betul-betul tepi highway nak ke bandar Cha Am. Tiket untuk masuk ke Swiss Sheep Farm ni adalah 120 baht (RM12 ). So dalam tu boleh la berlegar-legar tengok kandang kambing, kuda padi, dan macam-macam haiwan ladang yang lain. Keadaan ladang kat situ dibuat sangat cantik dan kemas, banyak jugak la arca-arca yang menarik kalau nak ambik gambar.
|
Banyak dekorasi yang unik. |
|
Papan tanda pon cantik. |
|
Kaunter pemeriksaan tiket. |
Di samping itu, pelbagai aktiviti jugak boleh dilakukan di
Swiss Sheep Farm ni antaranya adalah, bagi makan kambing bebiri, bagi makan kuda, naik kuda padi dan sebagainya. Rasanya kalau bawak budak-budak lagi sesuai kot.
Untuk keterangan lanjut boleh rujuk website di
SINI atau boleh juga rujuk FanPage mereka di
SINI.
Swiss Sheep Farm
Petchburi Thiland 76120
Tel. 032-772495 Email : info@swisssheepfarm.com
Opening Time
Mon – Fri : 10.00 - 19.00
Sat – Sun : 09.00 - 19.00
|
Tiket masuk. |
|
Banyak kawasan lapang dalam ni. |
|
Jual topi petani... |
|
Berangan #1 |
|
Berangan #2 |
|
Tarikan utama adalah bebiri. |
|
Lagi bebiri memakan rumput. |
|
Makankan bebiri dengan rumput. |
|
Nak bagi makan bebiri kene bayar 20 Baht. |
Tak lama kami duduk dalam tu sebab panas! Hahaha dasar lilin. Cukup sejam, kami pun keluar. Tengok-tengok abang
driver teksi tadi dah takda! Omai, ingatkan dia nak tunggu kami kat luar tu. Kami pon
call la dia, memandangkan dia bagi nombor talifon tadi kan. Dengan menggelabahnya dia bagitau yang dia tak jadi nak bawak kami balik ke
Bangkok sebab
Family dari
Malaysia tu taknak kongsi van! HAHAHAHAHA padan muka kami. Takpe, masih ada jalan lain.
So aku pon cakap la kat driver teksi tu yang kami pun ok je, boleh cari teksi lain (padahal dalam hati cuak tatau macamana nak balik
Bangkok).
|
Berangan #3 |
|
Ada kuda padi juge. |
So alternatifnya, kami tanya kat kaunter tiket
Swiss Sheep Farm tu, dan
alhamdulillah diorang ada nombor talifon teksi. Siap diorang talifonkan dan arrangekan untuk kami pulak tu! Sangat baik pekerja-pekerja kat
Swiss Sheep Farm tu, saya bagi 5 bintang untuk itu.
|
Banyak dekorasi menarik dalam ni. |
|
Lagi dekorasi. |
|
Ini kami! |
|
Rumah petani katanya.... |
|
Yang ni tatau ... |
|
Bersama Hulk. |
|
Ruangan pesta...malam je bukak. |
Kami pun tunggu la teksi seperti yang dijanjikan. Menurut pekerja
Swiss Sheep Farm tu, nanti teksi akan berhenti kat tepi jalan
, so kami kene seberang jalan besar tu untuk naik teksi. Apa-apa nanti dia akan bagitau bila teksi dah sampai...
see! Baik kan pekerja
Swiss Sheep Farm tu.
Sambil-sambil tunggu teksi tu, kami pun lepak la kat
cafe depan kaunter tiket. Lepastu tetibe driver teksi yang kami naik mula-mula tadi talifon balik kami! Katanya diorang setuju pulak nak bawak kami sama balik ke Bangkok! Huh??? Amboi tadi kemain taknak tompangkan kami kan,
so dengan sopan santunnya aku cakap takpelah, kami dah ambik teksi lain.
So dengan kecewanya driver teksi pun pujuk-pujuk kami, tapi aku malas dah nak layan. Ye la kita dah talipon teksi lain kan? takkan nak
cancel pulak yang tu. (Eleh yang sebenarnya dia rugi la tak dapat duit kami kan!) Apa pun yang penting kenderaan kami nak balik ke
Bangkok ada.
So bila teksi kami dah nak sampai, maka pekerja
Swiss Sheep farm tu bagitau kami suruh kami tunggu tepi jalan. Ye dengan pantasnya kami pon melintas la jalan-raya yang sibuk tu.. hahaha mencabar sungguh. Dan kami pun tunggu la ada satu van teksi yang berhenti depan kami, driver tu pon kompom boleh agak punya sebab kami je yang tunggu kat situ. Dan senang je nak kenal van teksi tu sebab semuanya sama je bentuknya.
Maka selamatlah kami pulang ke
Bangkok petang tu, di kala
Bangkok tengah sesak dengan
Shutdown Bangkok. Tambang van adalah
160 Baht juga. Kami diturunkan dekat station
Victory Monument! Ya Ampun memang sesak giler dengan
protesters kat situ...siap ada
stage macam
konsert pon ada haih. Tak berani la jugak nak sibuk-sibuk bersesak-sesak kat situ kan, kami pon terus naik BST dan balik ke hostel. Malam tu makan megi lagi la....dan kemas-kemas barang apa yang patut sebab esok dah nak check-out.
|
Ha ni tambang teksi. |
|
Tengok la tu kemain ramai manusia kat BST Station (Gambor blurr sebab tengah naik escalator) |
|
Nak masuk train pon berebut-rebut dengan diorang ni, acaner? |
Ok nanti aku sambung lagi kisah di hari terakhir di
Bangkok. Kisahnya kami ni main redah je, takde plan-plan nak ke sana-kemari naik apa, sudahnya pasrah la apa yang berlaku hikhikhik.
.... bersambung.
Pssstttt: Siapa ada baca paper Harian Metro 28 Mac 2014 haritu? Hiks.
|
Harian Metro ;) |
WASSALAM.
Mak aiihh..jgn lah sampai begitu sekali..ramai feminat yg setia menunggu entri baru terutama JM ni :-)
ReplyDeleteTak ada option lain selain naik teksi utk ke Swiss farm tu ek..ha'a..mmg sesuai ngan namanya..like di swiss lah..kalau tak ada tulisan thai tu
Ohh termenung jauh mesti memikirkan kalau aku jadi petani..:-)
Hiks..ada iklan dlm last part tu :-)
Menarik tempat ni... tak payah jauh2 pi NZ...
ReplyDeleteWah makin glamer Ren ye... masuk paper lagi...
haii...femes lagi?
ReplyDeleteuntungla dikenali ramai
kbai
hahaha
*pose nak jadi petani tu.. er.. *
wahhhh takpelah panas pun janji langit biru dan gambar meletop. acah-acah zuhud x komen aku? hahahah
ReplyDeletewah.. ada Swiss di Thailand, tak perlu jauh-jauh ke Eropa. destination yang menarik, harus dikunjungi suatu saat nanti. thanks infonya ya.
ReplyDeleteMemang tengah cari info untuk Santorinni Park & Swiss Sheep ni after baca entries Lily. Alhamdulillah, ada yang sudi share details. Thanks!
ReplyDeleteMula2 nak komen pasal Swiss Sheep Farm tapi yang last sekali tu waaa.. tahniah.. femeas la dia... boleh minta bergambar la lepas ni hahaha :D
ReplyDeleteHarian Metro tu... tahniah dan congatulation sungguh.. :D
Swiss Sheep Farm macam cute-cute je...bawak bebudak pun seronok ni..
ReplyDeleteoke, masuk dalam list.
Macam negara mat saleh pulak...cantik.
ReplyDeleteBerapa la agaknya saiz kaki petani tu ek..hehe ;p
ReplyDeletesaya silend reader...first time nak komen....tahniah sebab masuk surat kabor..heheheh
ReplyDeletesaya silent reader..first time nak komen ni..tahniah masuk surat kabor..hehehehe
ReplyDeleteJM:
ReplyDeleteHahaha kalau nak naik bas pon boleh untuk ke Swiss Sheep farm tu, tapi kekdahnya saya tak berapa tau.
Iklan last tu ntah iklan apa tah hehehehe.
PLM
ReplyDeleteHaah cantik tempat ni, tak mampu nak pegi swiss sampai sini pun jadi le hehehe.
Ala masuk paper tabloit je mie. Hehehe
PLM
ReplyDeleteHaah cantik tempat ni, tak mampu nak pegi swiss sampai sini pun jadi le hehehe.
Ala masuk paper tabloit je mie. Hehehe
Kak anash:
ReplyDeleteHa nape??? Nape? awas hahahahaha.
John:
ReplyDeleteYang penting langit biru kan... zuhud katanya. AWAS!
Gunadi Firdaus:
ReplyDeleteIya, boleh dicuba kalau ke Bangkok :)
Bibie Karim:
ReplyDeleteAlhamdukillah.... saya share apa yg saya buat je. Heheh kalau x cukup info maaf ye. :)
Bibie Karim:
ReplyDeleteAlhamdukillah.... saya share apa yg saya buat je. Heheh kalau x cukup info maaf ye. :)
TT
ReplyDeleteAla komen la pasal Swiss Sheep Farm. Jangan komen yang bawah tu hahahaha
Nana Tron:
ReplyDeleteOrait, sila masuk dalam list hwhehe
MKL
ReplyDeleteHahaha macam je tapi mmg cantik
Jea
ReplyDeleteHahaha entahle, tapi saiz kaki saya 8 hahaha
Noly:
ReplyDeleteThanks la sebab sudi baca blog ni :)
boleh tak kalau nak no. phone taxi tu? dia cakap english ke malay?
ReplyDelete