2014-03-04

Bangkok Shutdown (Part 2): Chao Praya River Cruise, Layan Sunset

Assalammualaikum!!! 

Ayuh sambung kisah hari pertama kat Bangkok. Takde la meriah sangat trip kali ni tapi dek kerna agak busy, tepaksa la skip-skip masa nak update blog. Hidup mesti diteruskan ye dak? 


Daripada Chatuchak Market  kami menaiki BTS di Mo Chit Station untuk ke Chao Praya River Cruise. Tahu benda ni ada pun daripada hasil rujukan kan blog Dr. Shahrul (haha thanks) sebab memang kami tak de buat rujukan kat mana-mana tempat lain pun, maklumla busy kerja pastu terus terbang tanpa arah tuju hew hew hew (gaya gelak masa kini kah?). 

 Mo Chit Station (Shukunvit Line) --->Siam Station (tukar Line) --->  Saphan Taksin Station (Silom Line) 

Tambang train masih menggunakan Day Pass yang dah kami beli dengan harga 130 Baht (unlimited usage for 24 hours) boleh beli kat mana-mana BTS station. Perjalanan dari Mo Chit ke Saphan Taksin mengambil masa lebih kurang 30 minit jugak la sebab ramai orang. Tambahan pulak dah mula ramai para protesters yang masuk ke Bangkok hari tu, so agak bersesak-sesak jugak la.

Sampai di Saphan Thaksin Station, kami terus menuju ke jeti Chao Praya Tourist Boat yang terletak betul-betul bawah landasan BTS tu. So memang ada dia punya signboard merata, tak mungkin la akan sesat, just bukak mata luas-luas dan kompom akan nampak.

Ikut Exit nombor 2.
Ada tulis jetty kat situ.
Kaunter tiket.
Kat Jetty Chao Praya Tourist Boat tu, kami beli terus tiket dengan harga 150 Baht/orang untuk unlimited service per day. So maknanya boleh naik mana-mana bot saja mengelilingi Sungai Chao Praya tu dalam masa satu hari. Untuk laluan Chao Praya Tourist Boat boleh rujuk kat website :

Korang boleh baca website ni sebab penerangan yang diberikan sangat jelas. So tak payah pening-pening kepala nak pikir nak naik kat mana, turun kat mana. Semua ada tulis kat sini.

NOTA: The Chao Phraya Tourist Boat provides service to 8 piers, which in turn give access to Bangkok's most famous attractions. The journey starts from the Central pier adjacent to BTS Saphan Taksin Station s6 and proceeds up the river, stopping at 8 pier and returns back to Central Pier on the same route. You can freely get on and off at any pier to explore the beauty of sites in surrounding areas.
Pastikan harga tiket yang nak dibeli tu betul ye 150 Baht, sebab ada mat German yang tinggal sebilik dengan kami kat Hostel tu kata dia kena tipu bayar 600 Baht untuk Tourist Boat tu, dia pun terkejut dengar kami bayar 150 baht je. Hiks. Dan tiket kene tunjuk kat pekerja boat sebab dia akan datang cek setiap kali berhenti di checkpoint yang ada. Jangan hilangkan pulak tiket tu.

Bot tu dah terlepas sebab kaki lupa nak amik tiket yang dah dibeli, so kene turun balik dan mintak kat kaunter, lepas tu kena tinggal bot huhuhu.
Muka pelik dapat naik bot, eh mata tu kero sikit sebab tengok skrin bukan tengok lens hahaha.
So pengalaman naik river cruise ni best jugak la, sebab boleh tengok keadaan di sepanjang Sungai Chao Praya. Dan kita boleh jugak berhenti dan turun di mana-mana point ataranya Grand Palace, Wat Arun dan Wat Pho. Tapi kami tak singgah mana-mana pun, just layan cruise dari hujung ke hujung lepas tu patah balik semula ke Saphan Taksin Station.


Sunset #1
Sunset #2
Sunset #3
Sunset #4
Keseluruhan perjalanan menaiki cruise mengambil masa dekat dua jam jugak la, siap tertido-tido aku atas bost tu, maklumla penat, dan ramai jugak pelancong yang naik. Paling best bila dapat layan sunset kat atas cruise tu, memang cantik.

Keadaan dalam bot masa tengah ramai orang.
Agak sesak jugak la, tapi at certain point ada yang kosong juga sebab banyak yang turun.
Ni rupanya bot yang dinaiki hehehe.
Bila dah habis buat satu pusingan naik cruise, kami pun balik semula ke hostel naik BTS jugak, dari Saphan Taksin Station, terus ke Sala Daeng Station (Silom Area). Hajat di hati nak makan megi je malam tu sebab jaga bajet, dan memang bawak banyak makanan pun (gituh gigih sangat kan bawak makanan pegi Thailand hahahah). Tapi memandangkan kat Hostel tak de menyediakan air panas, so terpaksa la pegi cari kaedah nak masak megi tu. Alhamdulillah, ada kaedahnya dan selamat la kami makan malam tu.

Malam tu kami keluar jugak berlegar-legar sekitar kawsan hostel je. Untuk makluman, kat kawasan tu jugak ada pasar malam / night market , memang sepanjang-panjang Silom Road tu ada orang meniaga. So macam-macam ada, dari barang-barang, makanan dan manusia semua diniagakan hiks. Pepandai la korang pilih.

Memandangkan hari pertama ni memang penat habis, dari subuh ke subuh kami berjalan, so memang pengsan la. Balik hostel terus tidor. Sebab esoknya nak sambung shopping lagi, eh silap sambung berjalan...

Ok nanti aku sambung lagi.

Psttt: banyak gambar tak ada nak tepek kat sini sebab lupa transfer dari memori card. Nanti aku sambung tepek lagi kat sini. 

WASSALAM.

20 comments:

  1. ha mcm tu ke dlm boat tu?? ya ampun kalau karam tu, memang abis la semua org..dah macam bas mini pn iye...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Chawanna:

      Haah macam tu la ghopernya. Tapi kat certain stop akan kurang orang. Depends la.

      Delete
  2. Memang muka pelik dapat naik bot ? Pasal apa tu rein ? Lawak le.

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL:

      Haha muka saya mmg salu pelik

      Delete
  3. Bot itu memang penuh sesak...saya pun sesak nafsu sambil terbau-bau badan. Lebih-lebih lagi mat salleh.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. MKL

      Tak sepanjang lalauan tu sesak. Kadang2 kosong sebab ramai yg turun at one point.

      Delete
  4. wahhhhh ramainyaaaaa org dlm bot tu. semoga saudara selamat hendaknya

    ReplyDelete
    Replies
    1. John:

      Gitew. Fake sangat! HaHaHa!!!

      Delete
  5. Dah macam bot pelarian pulak.Terlebih muatan tu... bahaya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie:

      Kat sana tu dah kira biasa dah.

      Delete
  6. Mamat German tu kene tipu sebab tak nak stay dalam queue.. Sebab hari tu pun ada orang try nak jual tiket.. huhuu.. tapi alhamdulillah dapat jugak 150 bath tu :D

    Boleh jump off jump in unlimited per whole day.. Best Best :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. TT

      Hemmm entah le... Tatau dia beli tiket kat mana.

      Delete
  7. Loh...mcm mana plak si mamat tu leh dpt rega 600 baht plak...kesian dia...beza byk tu kalau 150 baht je...Ya Ampun...sesak napas bila tgk punya lah ramai dalam bot tu..kalau nk kentut pun perlu lepaskan perlahan2 rasa tak puas

    ReplyDelete
    Replies
    1. JM

      Dia jalan tenpat lain tu yang kene tipu tu..,

      Bot tu tak sepanjang masa sesak.

      Delete

  8. tengok view sunset lawa...
    bila tgk view dalam kapal...err

    ReplyDelete
  9. kenapa bot tu bapak penuh? kitorg punye bot dlu selesa je..takde pun bersesak2..salah naik bot ke hape?haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yayan:

      Tengok la korg naik kat point mana dan masa bile. Difrent spot different la experiencenya.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!