[ Sambungan daripada Parf 2 ]
Ok aku tepek dulu beberapa daripada aktiviti naik
Chao Praya River Cruise dalam
entry Part 2 seperti yang dijanjikan.
|
#1 |
|
#2 |
|
#3 |
|
#4 |
|
#5 |
|
#6 |
Di hari kedua, akmi banyak menghabiskan masa di
Chatuchack Market. Sempat jugak tengok-tengok keadaan sekeliling yang sudah mula dipenuhi dengan
protestors. Ada jugak beberapa jalan utama yang telah ditutup. Maklumlah, esok (13 Januari 2014) merupakan tarikh permulaan kepada
Bangkok Shutdown yang akan berpusat di
Victory Monument, Bangkok City. Sempat jugak kami singgah kat satu kuil kecik kat tengah-tengan simpang namanya
Than Toa Mahaprom. Ramai pulak orang tengah sembahyang masa tu.
|
Sempat jugak singgah sini. |
|
Than Toa Mahaprom |
|
Kuil Than Toa Mahaprom ni terletak betul-betul kat tepi simpang yang sesak. |
|
Ramai orang tengah menyembah. |
|
Pelancong pun ramai juga. |
Keadaan di
Bangkok pada pandangan aku masih tenang, dan
alhamdulillah tak da perkara-perkara yang membahayakan pelancong berlaku sepertimana yang digembar-gemburkan oleh media massa. Tapi apa yang tak
bestnya, kawan-kawan aku yang tinggal kat
Bangkok semua dah keluar dari
Bangkok, balik kampung masing-masing katanya... maka tak dapat la jumpa
Supaporn Kittiwarodom, Kai Wassanna, Mine Watchannacinda, dan
Orn Suktiparadam ... ha jangan memain, aku ingat nama penuh diorang tau! Hahaha diorang belom tentu ingat nama penuh aku. Diorang ni aku kenal masa
courses yang aku ambik masa di
Singapore dan
Jepun dulu. Takpe la takde rezeki nak jumpa diorang,
maybe next time.
|
Keadaan di Victory Monument sebelum 13 Januari 2014 |
|
Victory Monument, Bangkok. |
|
Tiket Teksi Van nak kemana-mana ada jual kat area Victory Monument ni, tapi malangnya nak ke Hua Hin tak de pulak masa tu. |
Banyak jugakla hasil shoppingan di
Chatuchack Market. Dan kat
Chatucak ni jugak ada banyak tempat
massage! Aku
try foot massage selama satu jam dengan harga
Rm 15 kot kalau tak silap aku, yang urut tu perempuan, tapi kemain la ganas kekdah pengurutannya. Lepas habis urut rasa ringan je kaki, terus sambung
shopping hahahha.
|
Macam-macam makanan ada kat Chatucak Market ni. |
|
Akak yang mengurut kaki aku hehehe. Peramah akak ni. |
|
Selfie tetap ada. Hahahah |
|
Ganas tak? Aksi ni jangan ada yang pikir bebukan! |
|
Tempat berurut kaki. |
|
Buku-buku terpakai pun banyak dijual. |
|
Spender terpakai pon ada dijual. |
|
Macam-macam la ada dijual kat sini. |
|
Keadaan Chatucak di waktu malam. |
Balik hostel terus flat dan yang bestnya,
roommate aku tetiap hari bertukar, dari mamat
India, malam ni mamat
German pulak...
so sempat la
share macam-macam dengan diorang. Yang
best tu, mamat
India ni sangat la peramah. Nama dia
Rashan, datang ke
Bangkok sebab nak jumpa tunang dia, orang
Bangkok. Habis semua dia cerita luar dalam hahaha.
Hari ketiga, adalah hari yang dinanti-nati. Kami akan keluar jauh dari
Bangkok City. Kami akan ke
Cha Am - Hua Hin yang letaknya lebih kurang 2 jam perjalanan daripada
Bandaraya Bangkok. Ramai yang menasihatkan kami supaya keluar dari
Bangkok hari ni sebab ramai
protester dah berkumpul kat
Bangkok. Ya memang berbeza keadaan di
Victory Monument semalam dan hari ini. Bukan main ramai manusia berkampung kat situ, siap pasang khemah bagai. Ada pulak pentas besar kat tengah-tengah
roundabout tu, diorang pasang untuk acara berkempen dan menyanyi. Macam konsert pun ada jugak.
BTS pulak jangan cakap la, sesak dengan
protesters, diorang ni senang dikenali sebab macam-macam fesyen diorang pakai dan ada ikat reben warna bendera
Thailand di tangan, leher malah ada yang cat-cat muka dengan bendera
Thailand! Sebenarnya bila tengok diorang ni agak seronok jugak la.
|
Teksi yang kalerful! |
Berbalik kepada cerita nak ke
Cha Am - Hua Hintadi, plan asal kami adalah untuk ambik teksi van dari
Victory Monument untuk menuju ke
Cha Am - Hua Hin. Pusing punya pusing kat kawasan
Victory Monument yang sesak dengan orang tu, takde satu teksi pun yang nak ke
Cha Am -
Hua Hin dengan alasan, diorang taknak keluar
Bangkok sebab taku jem. Habislah!!!! Rosak plan kami kalau macam ni. Tapi disebabkan nak jugak ke
Cha Am, kami pun tanya jugak kat orang-orang teksi tu, ada cara lain tak nak ke
Cha Am. Alhamdulillah doa orang musafir ni
insyaAllah dimakbulkan
Allah, akhirnya kami diberitahu boleh ke
Cha Am tapi kene naik dari
Stesen Bas Sai Tai Mai (Southern Bas Teeminal) yang terletak agak jauh dari
Victory Monument.
So untuk ke
Southern Bus Terminal ni, kami naik
BTS menuju je stesen
Krung Thon Buri (Silom Line) . Sebenarnya boleh je turun kat stesen
Sala Daeng, tapi disebabkan banyak jalan tutup maka kami terpaksa ke stesen
Krung Thon Buri, tambang
BTS dalam
30 Baht tak silap aku, murah je. Ok
part the best route nak ke
Southern Bus Terminal ni korang pandai-pandai la
Google ye, nak ikut cara kami pun boleh, tapi jauh sikit la sebab kami main redah je.
Dah sampai stesen
Krung Thon Buri tu, kami dah blurr tak tau nak turun ikut pintu mana untuk ambik teksi,
so kami pun tanya la kat sekumpulan
protesters yang tengah beli tiket
BTS kat situ
, alhamdulillah diorang semua baik-baik dan sudi menolong. Cuak jugak sebenarnya hehehe. Kami ambil teksi dari
BTS station untuk ke
Southern Bus Terminal. Tambang teksi adalah
70 baht. Tapi disebabkan pakcik teksi tu terlajak simpang nak masuk ke
Southern Bus Terminal tu, dia turunkan kami kat tepi jalan je, huhuhu terpaksa pulak manjat tembok bagai nak seberang jalan! Drama sungguh haih! Ni belum sampai ke
Cha Am lagi ni.
Ok Southern Bus Terminal ni merupakan terminal bas baru yang sangat besar ye. Siap ada
shopping complex lagi kat situ dan kebanyakan bas dan teksi untuk keluar bandar boleh didapati di situ.
Alhamdulillah nak cari teksi van untuk ke
Cha Am-Hua Hin tak susah, sebab kaunter-kaunter kat situ ada tulis destinasi-destinasi yang boleh dituju. Lepas bertanya dengan petugas kaunter (kaunter la sangat padahal hanya ada kerusi dengan meja je kat situ) dan kami dengan yakinnya telah membeli tiket teksi van untuk ke
Cha Am-
Hua Hin dengan harga
160 baht seorang. Ye itu memang harga
standard. Van pulak hanya akan jalan bila penumpang dah penuh,
so menunggu la pulak sampai van penuh kat situ. Nasib baik tak payah tunggu lama.
|
Bangunan Southern Bus Terminal. |
|
Kawasan tempat Teksi Van. |
|
Ha beli tiket kat sini yer! |
|
Jom teruskan perjalanan! |
|
Keadaan dalam Van. |
Perjalanan ke
Cha Am-Hua Hin mengambil masa lebih kurang 2 jam. Sampai tertidur-tidur jugak la dibuatnya. Masa memula naik van tu tadi kami dah pesan siap-siap kat
driver untuk turunkan kami kat
Santorini Park.
Untuk makluman semua,
Santorini Park ni terletak betul-betul tepi jalan sebelum sampai ke bandar
Cha Am, so korang kena
aware tempat tu
or else akan terlajak. Dalam perjalanan jugak van ni banyak kali berenti di beberapa tempat untuk turunkan penumpang-penumpang lain.
Akhirnya kami sampai jugak di
Santorini Park. Van memberhentikan kami kat tepi jalan je sebab mereka akan terus menuju ke bandar
Cha Am. Cabaran seterusnya adalah untuk menyeberangi
highway yang sangat besar dengan lori, kereta, bas semua laju-laju!!!
Alhamdulillah selamat jugak seberang jalan.
|
Akhirnya kami sampai jugak kat sini! Yessss |
|
Jom lintas jalan dulu...AWAS! |
Santorini Park, Hua-Hin
Yes! Sampai jugak kami kat
Santorini Park! Walaupun panas nak mampos tapi gigih jugak berjalan, nak masuk ke pintu utama tu agak ke dalam sikit dari jalan masuk utama. Tak ramai orang yang datang situ sebab mungkin kami pergi tu hari isnin dan hari bekerja.
|
Landmark Santorini Park. |
|
Pintu masuk utama. |
|
Masuk ikut sini. |
|
Beli tiket kat sini. |
Tiket masuk ke Santorini Park adalah
50 baht seorang. Tapi itu hanya tiket untuk masuk saja! Kat dalam tu kalau nak main apa-apa kene bayar lagi ikut harga setiap permainan.
|
Tiket masuk hanya 50 baht. |
Seronok giler bila dapat tengok keadaan perkampungan
Santorini yang dibuat sebijik betol-betol macam kat
Santorini, Greece. Merasa la jugak tengok walau tak dapat pergi yang betol-betol punya kan.
Santorini Park ni terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
Village Zone, Park Zone dan
Event Zone. Kat
Village Zone lebih tertumpu kepada kedai-kedai
factory outlet. So sesiapa yang rasa macam nak
shopping tu boleh la kat sini. Dan satu lagi, kalau nak beli poskad, boleh beli kat sini sebab poskadnya murah! Poskad kat
Chatucak Market mahal!
|
Village Zone. |
|
#7 |
|
#8 |
|
#9 |
|
#10 |
|
#11 |
|
#12 |
Waktu operasi Santorini Park adalah dari
10.00 pagi hingga 10.00 malam. Untuk
details pasal park ni boleh rujuk
SINI.
|
Boleh beli FM kat kedai ni. Poskad pon murah. |
|
Cenderamata. |
|
Boleh cop poskad. |
|
Park Zone |
|
Park Zone |
Zone kedua adalah
Park Zone, ha kat sini ada macam-macam permainan antaranya,
ferries wheel, taman air dan
Trick Art Museum. Kami pilih untuk masuk
Trick Art Museum saja sebab memandangkan matahari tengah rembang,
so memang tak sanggup la nak main-main kat dalam tu.
|
Trick Art Museum |
|
Beli tiket kat sini. |
|
Tiket masuk...sebenarnya combined tickets. |
Tiket masuk ke
Trick Art Museum ni adalah 120 baht seorang. Memang besar la muzium ni sebenarnya dan ia merupakan muzium yang sama konsepnya macam
Trick Art Muzium di
Jeju, Korea Selatan. So pusing-pusing dalam
Trick Art Museum ni je dah dekat 2 jam. memang macam-macam ada dalam tu dan kami memang berhenti kat setiap gambar untuk bergambar. Rugi kalau tak bergambar kan hehehe.
|
#12 |
|
#13 |
|
#14 |
|
#15 |
|
#16 |
|
#17 |
Lepas habis pusing-pusing dalam
Trick Art Museum tu kami terus menuju ke satu lagi tempat yang berhampiran! Ada lagi satu drama menanti! Tapi tunggu aku cerita kat next entry ye. heheh
|
Ayuh ke tempat seterusnya. |
...bersambung.
WASSALAM.
first!!!!
ReplyDeleteasyik muka dia je?
kbai
*kikiki...*
Omomomo...bestnya ke santorini!! Mcm kena pegi jep. Neway gambar sgt cantik uols
ReplyDeleteaku teringin nakpi sini gak...nak smpai santorini yg real bila tah...hehehe eh kalo tak, plan asal korg naik teksi je eh dr bangkok?
ReplyDeleteDJ
DeleteHaah ingat nak naik teksi terus dati Victory Monument tapi sebab shutdown tu kene la tukar plan.
Wow seks bebas dgn tukar urut! hahahaha...
ReplyDeleteUntunglah leh split kaki cengitu tanpa pi main ski kekekekekekk.. #opss
Chawanna
DeleteKannnnn. Tak perlu main ski bagai.
kaki siapa yang ber**** tu..baru kaki lelaki sejati ahakass...
ReplyDeleteSemua pic di art museum mmg menarik terutuma yg tergantung di siling
JM
DeleteTu kaki hercules tu hikhikhik
Thanks JM
part spender terpakai tuh... ak ktawa terbahak2.
ReplyDeleteamboi ko punye splitttt~ lentik sungguh~ haha
Shahrule:
DeleteHahaha perasan pulak ko kan hikhikhik
Lentik la, bile lagi nak melentik macam tu jejkejeke
Menarik..gambar pun banyak...
ReplyDelete#12 tu kalau perempuan yang posing kat situ, agaknya buruk bebenor rupanya he he he..
Kak NA
DeleteHahaha thanks ;)
hahahha terkejut tgk ganba #12...nisbah proportion badan dan kaki yang tak sama langsung...tak berjaye mengabui mata orang ! hahaha! jangan mareee... :P
ReplyDeletefood jenis apa yang byk giler telor tu?
Nana Tron;
DeleteHaha tu namanya akrobatik!
Tu macam telor goreng je.
Pernah juga pergi ke river cruise tu melawat temple temple. Ada makcik makcik yang atas bot nak jual barang kat kita, tapi mencekik darah.Siap suruh belikan beer untuk pemandu bot lagi. Ada pergi try river cruise waktu malam? siap ada makan makan lagi....
ReplyDeleteRadin:
DeleteHaah mmg best kalau singgah2 temple tu. Tapi misi kami masa tu dah tamau melawat temple dah sebab terlalu banyak temple dilawati sejak kebelakangan ni hihihi. So kami just nikmati pemandangan dr atas bot je.
Kami naik sampai malam.
tak tau pun psl kewujudan trick art museum tu waktu g sana dlu, nmpk mcm best..tp teringin nk repeat chatucak..byk lukisan lawa2kt situ utk deko rumah..bilalah lg dpt g sana nk shopping mcm rombongan cik kiah..aritu xdpt nk beli sbb mmg backpack je..:(
ReplyDeleteYayan:
DeleteKene la pegi lagi nampaknya. Ya ampun, chatucak tu mmg kalau pegi banyak kali pun tak puas HaHaHa!!!
Kak Anash:
ReplyDeleteHuh sukatila..belog saya kot. huh huh ..
kbai hahahahaaa
Syieda:
ReplyDeleteBest la jugak Santorini Park tu.. hehehe bukan Santorini betul tau. hikhikhik.
Silalah pergi.
wah ada Swiss di Thailand, tak perlu jauh-jauh ke Eropa ...hehe. Thailand memang awesome.
ReplyDeleteGunadi Firdaus:
DeleteYe ada hhehe
Hi ren! dengar cerita minivan dkt victory monument dah pindah dkt sai tai mai & mochit2 terminal. betul ke? and area Hua Hin rasanya ambik Day tour dgn taxi mahal tak agak2. heee.
ReplyDelete