2015-04-20

Kembara Selatan Australia (Part 9): Great Ocean Road, Victoria

Assalammualaikum!!!

Dah masuk bulan April, tapi sebenarnya aku rasa bulan Mac pun lambat sangat nak habis hahaha tatau le kenapa, mungkin sebab bosan kot membilang hari sebab tu jadi lama. Anyways, jom sambung kisah perjalanan mengharung Great Ocean Road (GOR), Victoria.


Untuk sesiapa yang tak tahu, GOR sebenarnya merupakan satu laluan yang dibina oleh para tentera yang pulang ke negara asal sebagai memperingati para tentera yang terkorban. GOR merupakan tempat untuk world class surf (Bell Beach) dan world heritage 12ve Apostles ! Banyak lagi tempat-tempat menarik di sepanjang GOR ni. Sampai tak tahu nak cakap macamana. Korang tengok rumput tepi jalan pun rasa cantik (nangis) Hahaha.

Tenang, damai tak?
 NOTA: This dramatic region also offers fishing villages, migrating whales, shipwrecks, golden beaches, rainforests and national parks. Tackle the Great Ocean Walk or drive the Great Southern Touring Route between Melbourne and Adelaide. -Google
Ha sebab tu kami balik ke Adelaide ikut GOR ni, kalau tak memang rugi la. So ada beberapa tempat kami berhenti. Sebanrnya sepanjang jalan tu banyak je tempat-tempat berhenti dan ada juga disediakan platform-platform untuk pengunjung menikmati pemandangan di sepanjang GOR.  Kami bermula di Anglesea, di mana terdapat sebuah rumah api yang tersergam indah kat situ. Nak naik ke rumah api ni macam kena mendaki sikit la, tapi bukan la mendaki masuk hutan bagai, just jalan ikut jalan tar yang ada kat situ. Masuk free je, cuma masa kami datang tu tak bukak pulak pintu nak masuk dalam rumah api tu sebab tukang jaga dia pergi mana entah, lunch kot rasanya.
 
Ku ingin memintal buih yang memutih...hiks.
Berangan membina istana di pinggir pantai.
Banyak disediakan kerusi meja macam ni sepanjang jalan di GOR.
Split Point Lighthouse (1890)

Sebelum ke rumah api ni, kami singgah sekejap di pantai kat bawah rumah api tu. Tak sure apa nama tempat tu, tapi sebab cantik, so kami singgah je lah. memang lawa pun, tambah-tambah pulak cuaca sejuk kan, memang mengundang nak terkinja-kinja la kat situ. So kami jalan-jalan kat pantai sekejap sambil ambil gambar.

Mercu tanda masuk ke GOR
Banyak juga tugu-tugu peringatan sebegini.
Ok masa untuk beraksi!
Sebenarnya kat sini sangat cantik tapi entah dalam gambar nampak biasa je...huhuh
Kita lompat dulu lah.
Jom menyamar bersama rumput!
Adam pun nak menyamar jugak!
Jom turun ke pantai!
Laluan yang selamat, insyaAllah.
Nampak dah lighthouse dari pantai
Lawa pantai ni.
Di mana ombak?
Mentibang laut nak pose.
Selepas tu baru kami naik ke light house. Tak kuasa la nak memanjat tangga bagai kan, so kami pergi atas tu naik kereta saja. Cuma kereta tak boleh masuk sampai depan rumah api, kena parking jauh sikit. Sepanjang jalan nak ke lighthouse tu ada beberapa buah cafe, tapi nampak macam mahal je depa duduk-duduk minum kopi dan makan biskut kat situ...emmm tak apalah, kami meneruskan perjalanan.

Lighthouse ni juga pernah menjadi lokasi penggambaran untuk program Masterchef Australia! Dan ia juga dikenali sebagai The White Queen, mungkin sebab warna dia putih dan ada tompok merah kat kepala tu. So kami just duduk berlegar-legar di sekitar lighthouse sambil tengok pemandangan yang memukau. Memang lawa giler. Kalau tak percaya korang pegilah.

Jalan kaki menuju lighthouse.
Lawa tak? Hiks.
Pemandangan sekitar lighthouse.
Cak!
Apollo Bay / Town 

Ok seterusnya kami singgah di Apollo Bay. Sebab dah terlampau lapar, maka kami singgah kat satu taman ni, apa lagi untuk masak la. Bekalan makanan masih banyak, kami pun makan la apa yang ada, kalau boleh nak habiskan la semua megi, ayam, roti yang ada sebab dah nak balik kan. Masa tu pulak hujan renyai-renyai fuh bila dapat megi bertambah lazat la jadinya.

Singgah je tepi-tepi jalan.
OK dah sampai pekan.
Deretan kedai menjual souvenir.
Kami lunch kat bawah pondok tu sebab hujan.
Kat Apollo Town ni jugak ada kedai-kedai jual souvenir, ok la jugak takde la murah dan takde lah mahal. Harga standard. Sempat la jugak beli FM dengan poskad untuk diri sendiri, nak beli untuk orang lain tak mampu weh! Hahaha.

Memandangkan hari pun dah nak petang, lepas tu banyak kali pulak singgah kat tepi-tepi jalan untuk bergambar, so kami kena rushing sikit untuk menuju ke tarikan utama yang dinanti-nanti yakni Twelve Apostles!

Twelve Apostles

Kami sampai kat tempat ni dah magrib (bayangkan berapa jauh dan lama perjalanan tu). Masa terbaik untuk tengok sunset! Ramai jugak orang petang tu, tapi jangan risau sebab memang ada tempat parking disediakan di seberang jalan, dan kita kena jalan kaki sikit menuju ke platform yang disediakan.

NOTA: The apostles were formed by erosion: the harsh and extreme weather conditions from the Southern Ocean gradually eroded the soft limestone to form caves in the cliffs, which then became arches, which in turn collapsed; leaving rock stacks up to 50 metres high. Now because of this erosion there are fewer than ten remaining.[1] The site was known as the Sow and Piglets until 1922 (Muttonbird Island, near Loch Ard Gorge, was the Sow, and the smaller rock stacks were the Piglets);[2] after which it was renamed to The Apostles for tourism purposes. The formation eventually became known as the Twelve Apostles, despite only ever having nine stacks - Google.
Ok faham dah macamana Twelves Apostle ni berlaku? Kalau nak diikutkan memang sepajang kawasan tu boleh nampak formasi batu-batu di sebanyak 12 buah terbentuk. Itulah kebesaran Allah, menjadikan sesuatu yang cantik, unik, menarik untuk manusia menilai dan berfikir tentang kewujudanNya.

Yeay dah sampai!
Lawanya sunset!
Rasa macam nak duduk lama-lama kat sini.
Memang kami sampai tempat tu ngam-ngam time sunset, ramai jugak orang kat situ, kira macam berebut-rebut jugak la nak cari port yang best. Ya Allah, cantik sangat weh tempat ni, tatau nak cakap macamana, korang kena datang sendiri.

Cak lagi!
Sunset!
Jalan-jalan sepanjang platform yang disediakan.
Hari makin gelap.

Dah dekat dua jam kami kat situ, dan hari pun dah makin gelap maka kami pun  meneruskanlah perjalanan pulang ke Adelaide. Ada beratus-ratus kilometer lagi weh!!! Matila. Malam tu kami singgah di pekan Warnambool! Ha nama pekan kat sini semua aku suka, ada bau-bau etnik lagi kan hiks. Kami singgah makan kat satu restoran India - Indian Gate. Merasa la makan roti nan dengan nasik bukhara bagai malam tu...lega kenyang perut.

Jom balik!

Restoran India.
Tak sabar nak makan.
Tudiaaaa nasik!
Roti Nan pun ada.
Lepas makan kami meneruskan perjalanan balik ke Adelaide yang berbaki beratus KM lagi. perjalanan dari Warnambool ke Adelaide lebih kurang 3 ke 4 jam jugak la, aku gilir-gilir drive dengan abu...dan last skali aku yang bawak kereta sampai depan rumah! Alhamdulillah berjaya jugak kami balik ke Adelaide dengan selamat!!!!

ok nanti aku sambung lagi cerita di Adelaide.

bersambung...

WASSALAM.

17 comments:

  1. Nak memintal buih memutes jgk. Hiks!

    ReplyDelete
  2. Uuuuuuu cantek... nk gi sini jugak!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. PaE..

      Silalah pi bawak rombongan keluarga tu.

      Delete
  3. Wah best...Pergi sendiri lagi bebas,,, boleh berhenti sesuka hati kat mana-mana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIE:

      Kan, senang nak berenti sesuka hati hehehe

      Delete
  4. Saya nak memintal bayu gunung menjadi awan gemawan Hiks :D sebab masa pergi dulu angin kuat sangat rasa nak terbang.

    Amboi sedapnya roti Nan tu...bak sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak NA

      Hahahah bolehlah memintal bayu.,...bestnya angin kuat, boleh feeling berada di awangan.

      Sedap roti tu pabila terlalu lapar hehehe.

      Delete
  5. Ren ...

    Now I dah tau dah kenapa bila tengok your photo, you remind me of someone .... you ada ker Abang nama Yusuff Ahmad ... skg ni berada di YANBU SAUDI ARABIA ? Sebab muka you memang sama cam dia !!! Hahahhahahaa

    Rasanya lama ker kena tunggu kalau nak tau cite seterusnya? Hahhahahahahahaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghazali Aziz

      Ala salah orang ni, saya takde abang nama tu, nama abang saya Iman.
      Heheh

      Delete
  6. Teringin nak layan either sunrise or sunset kat Twelve Apostles tu tapi kalau ikut day tour memang harapan tinggal kenangan jelah. Nak dapat singgah bebanyak macam korang ni pun tinggal kenangan gak ler kan. Btw, Adam sangat cheeky. Sama je ngan Mama dia!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha. mana lg tumpahnya kuah, kalau x ke lantai

      Delete
    2. Bibie & Is

      Ha gitew.... katanya nak all out kan, kene la singgah selagi termampu lols.
      Adam memang cheeky! Tengokla sape yang melayan dia kat belakang tu hahahaha.

      Delete
  7. nasik melimpah ruah!!! haha
    GOR tak pernah sampai lagi
    ala..sempat ke ..banyak nyer bucketwishamendetah nak fulfill

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Anash

      Ha gituew...cepat la kak kite pi GOR!!!

      Delete
  8. mmg sgt cantik view sepjg jln ke GOR. rasa nk duduk sana je. nangis tengok gambo ko ni. teringat lagi trip bln lepas dah sampai sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Farel:

      Cantik kan view dia... memang kalau boleh nak ripid la jugak.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS