2015-03-29

Kembara Selatan Australia (Part 8) : The Brighton Beach dan Great Ocean Road!

Assalammualaikum!!!

Ok sambung balik kisah di Australia setelah lama terbantut. Sorry, many things to catch up dan sekarang ni tengah nak manage balik masa yang terkucar-kacir sebelum ni. By the way undian untuk Malaysia Social Media Week masih dibuka, dah undi blog saya? Eh.

[ Sambungan dari Part 7 ]

Ok kalau dari part 7 sebelum ni aku ada bagitahu yang kami bermalam di Brighton, yup betul-betul di tempat letak kereta di Brighton Beach. Memang keadaan kat luar sejuk nak mati! Nasib baik dalam kereta tak rasa sejuk sangat dan ada heater.

Pagi-pagi tu dalam jam 5, kami dah bangun dan solat subuh. Ya Ampunnn nak amik wuduk pun menggigil-gigil rasa macam pegang bongkah ais dan letak kat muka. Haaa camtu. lepas tu nampak la ada dua tiga orang mat salleh ni berjogging....ya ampunnn kulit depa tebal sangat ke tak macam kulit kita? Hahaha ok lantak diorang la nak berjogging ke apa ke kan.

Pepagi buta pun pasaraya dah bukak. Kagum jugak la. 
Lepas solat kami pergi kopi dan sedikit breakfast kat convenient store di pekan Brighton. Lega la sikit dapat minum kopi panas, AUD 1 je pon, tak mahal, tu yang aku suka tu hiks. Dah beli breakfast kami pegi balik ke Brighton Beach dan apa lagi memang debor la bila tengok pondok-pondok kecik kalerfull tersusun cantik kat tepi pantai tu. Ayuh posing!
NOTA: Brighton Beach terletak di City of Bayside, Victoria. Terdapat lebih kurang 82 buah bathing boxes pelbagai warna dan corak di sepanjang pantai yang merupakan tarikan utama di pantai ini. - Google.
Brighton Beach from Melbourne takes abou 30 minutes drive.
Taksabar tengok sunrise.
Ambik gambar dari parking lot.
Toilet.
Banyak la aktiviti kat sini.
Apa lagi, memang gedik-gedik habis la masa ni sebab memang cita-cita aku kalau sampai Melbourne nak singgah tengok pondok-pondok kalerful ni. Alhamdulillah impian jadi kenyataan, dengan cuaca sejuknya pepagi buta tu, selamba je tengok ada beberapa orang swimmers tengah prepare nak berenang kat laut! Oh mai depa memang kulit kanggaroo agaknya! Takpe kita layan mata je la tengok diorang beraksi.

Suka tengok pondok-pondok ni.
Kalau kat pantai kat Malaysia ada pondok macam ni best gak kan.
Cak!
Makcik Bedah sekeluarga bawak anjing morning walk.
Tenang.
Tak mampula aku nak terjun laut sejuk sejuk camni.
Hellowww~
Ok last action!
Kami tak boleh lama-lama kat Brighton Beach ni sebab masih ada tempat Mega yang kami nak pergi sebelum balik ke Adelaide! Ya kami akan lalu di Great Ocean Road! Haaaa ni yang paling eksaited sekali sebab katanya pemandangan di sepanjang GOR tu sangat awesome! Yes untuk membuktikannya kami kenalah lalu situ.

Perjalanan menuju ke GOR dari Brighton Beach lebih kurang 3jam jugak la, tu baru nak sampai permulaan jalan.
NOTA: GOR disenaraikan sebagai National Heritage dengan jarak sejauh 243 km. Jalan GOR juga merupakan the world largest war memorial yang wujud sehingga kini kerana ia dibina oleh tentera pada tahun 1919 hingga 1932. Sepanjang GOR terdapat pelbagai landmark yang menarik yang menjadi tumpuan dunia. - Google.
Follow je signboard. Senang.
Langit pun lawa...membiru je.
Rasa nak guling-guling cecelah pokok bunga tu.
OK dah sampai!!! 
Ada banyak pekan nak kena lalu ni.
OK bagi teaser dulu hiks.
Bila dah start masuk highway GOR tu memasing macam dah tak senang duduk, sebab pemandangan kiri kanan lawa giler. Tak retilah nak cerita! Ha korang tengok je la gambar. Nanti aku sambung lagi kisah kat GOR. Banyak jugak tempat kami singgah, boleh dikatakan setiap 10 minit perjalanan kami stop, ntah bila nak sampai hujung daaaa hiks.

Ok bersambung lagi.

WASSALAM.

16 comments:

  1. ohsemnyer pantai dia.. klu x sejuk mesti dah main air laut tu..
    Cerianyer warna pondok tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Bestkannnnn.
      Haah pondok2 sebigutu kene buat kat Malaysia baru best hiks

      Delete
  2. Memang cantik GOR ni... kebanyakan jalan lalu tepi laut yang membiru...

    ReplyDelete
  3. Terlampau cantik. Tengok keadaan langit pun dah tahu sejuk giler. Diorang ni kulit kebal betul boleh pulak nak swim kan. Bhahaha! Tertarik dengan pondok colourful tu. Memang signature dekat Aussie. Nice one!

    ReplyDelete
  4. Brighton beach Tu mmg sjuk gler pg2...tp aku pi ptg gk, ok jer..nyamannn...GOR tu mmg best...ktirg pun asyik bnti tpi jln jer...nasib.pi ngn.tour...klo sndiri mau lg hoverrr...

    ReplyDelete
  5. wow! terlompat keriangan nampaknya! jom roadtrip lagi!

    ReplyDelete
  6. Duduk ler lama kat beach tuh ... boleh sewa pondok color color tuh (dia buat utk sewa ker atau org perseorangan yang punya?)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ghazali:

      Tak boleh duduk lama sebab kejar masa. tatau la boleh sewa ke tak.

      Delete
  7. serius pemandangan dekat brighton beach mmg lawa.....
    ari tu p sana naik ketapi...
    syok gila....
    mcm tak penah nek train plak padahal rumah dekat je dengan LRT.....
    hahahahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takky

      Kan..ala mana2 pegi pun mesti eksaited sebab kat negara org heheh

      Delete
  8. Janggel... drivr kt sana sama x mcm drive kat nz? Road dia... suasana...scenery.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anakomak

      Ala saya tak pernah pi NZ so tak dapat memastikan kesahihannya. tapi menurut kata kengkawan, lebih kurang sama je keadaannya.

      Delete
  9. Greetings from Rajawali...awesome package is here.. only for "kaki travel"...

    http://rajawalibintangtravel1001.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. GOR - slain shortform for Great Ocean Road, sesuai juga sebagai Gorjes!

    ReplyDelete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!

POPULAR POSTS