2015-03-11

Kembara Selatan Australia (Part 6): Sydney Tower, Manly Island And Paddy's Market

Assalammualaikum!

Ok ada la semangat sikit nak update entry baru. Ok justeru itu ayuhlah sambung membaca…kalau ada yang dah lupa, boleh check pada links di bawah untuk kesinambungan entry:-

[ Sambungan dari Part 5 (Part 1) ]

Dah habis menggunakan tiga (3) tiket untuk masuk ke Madame Tussauds’, WildLife dan Sealife Museum, kami pun bergerak menuju ke Sydney Tower. Masa ni rasanya macam dah nak hujan sangat dah, sebab tengok langit pun mendung semacam dan angin pun kuat bertambah sejuk dibuatnya. So kami pun jalan kaki menuju kea rah bangunan Sydney Tower. Sebanarnya aku tak tahu berapa jauh lokasi tu dari Darling Harbour, so pasarh je la berjalan.

Sementara nak sampai tu, sempat lagi singgah makan kat salah satu foodcourt dalam shopping mall berdekatan dengan area situ. So jamah la apa yang diyakini halal. Tak de la nak makan beria sangat sebab tadi pun dah alas perut dengan Sheppard Pie dan beberapa keping biskut. Bila dah sudah makan, kami pun terus naik ke arah tower

OK aksi wajib depan entrance.

Sydney Tower terletak di New Westfield Shopping Centre di mana kita kena naik ke aras lima dan ikut je sign board menuju ke Sydney Tower. Daripada foodcourt tu memang terus naik je sampai tingkat lima. Kalau agak-agak susah jugak nak jumpa lokasi Sydney Tower ni, masa korang jalan tu korang dongak je la ke langit tengok Sydney Tower tu kat mana. Tu je lah cara yang paling senang…hiks.

Layan Video 4D dulu.
Walau gambaq blur tetap nak hapload kan. hiks

Dah sampai kat entrance nak ke Sydney Tower, kami tengok ada la beberapa manusia yang tengah beratur nak masuk situ jugak, ekceli ada macam tayangan 4D video kat situ, dia tunjuk video sekitar Bandaraya Sydney dalam konsep 4D. Best jugak la, ada percikan-percikan air dan hembusan angin bagai kat situ. Tayangan video 4D tu lebih kurang 10-15 minit je, lepas dah habis tayangan video baru boleh naik ke atas menara. Beratur la macam biasa (macam nak naik KL Tower tu) untuk sampai ke atas deck.

Pabila di dalam lift pon sempat.
Dah sampai atas tu, wah wah memang best la dapat tengok pemandangan bandaraya Sydney secara keseluruhan, ha lepak la atas tu selama mana yang korang nak. Kalau nak keluar ke open deck (skywalk) kena bayar harga lain pulak, tak silap aku lebih kurang AUD 18…tapi kalau beli online lagi murah, dapat sikit diskaun. So kami idak la nak naik ke open deck tu, nak buat skywalk bagai. Tak larat la pulak masa tu, dengan nak bajet duit lagi kan. Kami layan pemandangan kan observation deck saja, sambil tengok sunset. Memang breathtaking view la kat situ, Nampak sunrays bagai. Best.

Ok jom layan pemandangan.
Keadaan di observation deck.
Mandor buat pemantauan.
Lawanya ada sunrays!
Lagi Bandaraya Sydney.
Sekadar gambo depan pintu je mampu hiks.
Esok kita pi sana!
Lagi wefie!
Dah, jom balik.
Dah puas duduk kat atas tu, akmi pun bergerak balik ke Malaysia Hall, Sydney. Sebelum tu sempat la singgah Starbucks kejap sebab nak memenuhi hajat pengirim-pengirim tumbler dari Malaysia dan UK. Hiks. Sambil lepak-lepak cari wifi free.

Separuh hasil tangkapan.
Balik ke Malaysia Hall macam biasa , naik bas dengan harga free (sebab tak faham system bas diorang macamana. Pemandu bas kata, its on your own risk. Kalau ada org cek tiket datang, mungkin boleh kena saman. Ok masa tu dah cuak cuak jugak la. Tapi memandangkan, nak balik pun tak tau macamana lagi, so kami tawakal je la naik bas tanpa bayaran. Sebenarnya, ada waktu-waktu dia yang kena pakai pas dan ada yang boleh pakai cash. Aku memang tak tau lah pasal tu, yang duduk kat OZ ni pun tak tak apatah aku yang duduk kat Malaysia ni kan.

Alhamdulillah, selamat lagi kali ni. Takda orang cek pun tiket-tiket bas tu. So dapat la naik bas free. Sampai Malaysia Hall, terus flat… tido la apa lagi. Tapi Abu sempat lagi la masak megi guna dapor tu, masak kat koridor bilik. Kalau masak dalam bilik maunya smoke detector tu menjerit, kompom kena bayar pulak saman dari Malaysia Hall. Hiks.

Keesokan hari pulak, pagi-pagi lepas breakfast kami akan bergerak menuju ke Manly Island. Apa pulak yang ada kat Manly Island tu? Ada ramai manusia ke kat sana??? Haaa tu yang nak kene check tu, memandangkan pakej ni termasuk skali dalam tiket yang kami beli online tu. So mode pengangkutan, masih sama, kami naik bas dari depan Malaysia Hall dengan tambang AUD 3.70 sehala menuju ke Circular Quay. Dari Circular Quay kami akan amik ferry dengan tambang AUD12 per pax so akan turun di Manly Wharf. Sebenarnya Manly Island ni besar, tapi tak sempat la nak cover semua. Kami cuma cover kat Manly Beach je, dan masuk ke dalam Manly Sealife Sanctuary (tiket dah inclusive dalam 5 attractions). 

Circular Quay.
Dapat jumpa Opera House lagi!
Hello Opera House
Hiks.
Layan jiwa...
Ada sailor moon?
Sejuk.
OK nak sampai dah Manly Island.
Manly Wharf / Jetty
Olympic sangat.
Ramai dugung terdampar.

Apa yang ada dalam Manly Sealife Sanctuary ni?

Sebenarnya tempat ni lebih kepada pusat info setempat mengenai hidupan laut yang ada di sekitar Sydney. Banyak info dalam pusat ni dan yang bestnya ada pertunjukan penguin dalam tu…tapi make sure tengok masa pertunjukkan tu bila, taku terlepas pulak nanti. Tak silap aku sehari ada dua kali shows. Dan kebetulan masa kami tengok tu, pusat tu sedang menyambut ulang tahun ke 50 kot tak silap…hiks lupa. So ada la adengan makan-makan kek ikan oleh para penguins. 

Jom ke situ...
Kaki
Entrance
Acara bagi makan ikan jaws.
Eh ada clown!
Ramai juga manusia
Ikan jerung pun besar-besar.
Tudiaaaa.
Jom tengok penguins.
Sambutan 50 tahun pusat ini.
Gembiranya dia....
The penguins! Cumil.
Makcik ni pun dah umor 50 tahun... katanya.
Di samping main-main telur jerung.
Jom balik.
Hiks...wajib.
OK lunch dulu.
Dah puas duduk dalam tu, kami bergerak balik ke Manly Wharf sebab nak kejar masa balik ke Circular Quay. Masih ada misi penting yang kami belum buat yakni SHOPPING kat Paddy’s Market! Hahahah. So sampai je kat jeti, kami terus naik bas free (khas untuk pelancong – ada banyak kat depan-depan jeti tu) menuju ke Paddy’s Market

Sampai kat Paddy’s Market terjumpa pulak dengan sorang pakcik berbangsa Cina ni, dia yang tegur kami dulu. Malaysia? Tanyanya. Kami pun jawab ye lah. Terus pakcik tu kata Mahathir Good! Siap nyanyi lagu apa tah, aku lupa. Sembang-sembang kejap dengan pakcik tu, katanya dah lebih 20 tahun duduk kat Australia, dulu dia tentera laut, jadi tukang masak, lepas tu terus migrate kat Sydney. Bestnya kehidupan dia, agaknya lah.

Dah habis sembang kami pun masuk la dalam Paddy’s Market tu. Ha melopong jugak la tengok kemain banyak barang souvenir boleh beli kat situ, harga pun kena pandai tawar dan ada yang memang murah. Rata-rata yang berniaga kat situ kebanyakannya Cina dan ada jugak orang Malaysia dan Indonesia yang boleh berbahasa Melayu. So shopping la, apa lagi. Tapi kene tengok bajet jugak, silap-silap boleh bankrup.

Lama jugak kami kat situ, dah siap shopping kami balik semula ke Malaysia Hall. Still jugak mengalami masalah yang sama yakni naik bas tak boleh bayar, nekad je sampai Malaysia Hall. Alhamdulillah selamat. Kami ambik bag semua dan masukkan dalam kereta. Deposit pun semua dah settle pagi tadi sebelum keluar. Kiranya kami dah siap-siap check out la pagi tadi, refresh sikit diri, apa yang patut dan kami bergerak untuk makan malam di salah sebuah Thai Restaurant . Alhamdulillah, dapat jugak la makan sedap hari tu.

OMG lupa nak snap gambar dalam Paddy's Market!!! HAHAHA
Sampai kedai, masing-masing macam jakun sikit sebab eksaited tengok menu tomyam bagai kan. Tukang amik order tu pun macam pelik tengok kami order macam-macam, walhal portion satu-satu makanan tu besar kot hahaha. Demi napsu serakah.

OK memasing fokus nak pilih menu.
Tadaaaa, nasik goreng apa ntah.
Yang penting ada lemon besar!
Mengidam nak makan sup ekor katanya....
OKlah, jemput makan ye semua!
Habis makan kami meneruskan perjalanan menuju ke satu lagi Bandar yakni MELBOURNE!!!! Omaigod seksaited ok. Aku drive macam nak gila malam tu, siap tampar-tampar muka tak bagi terlelap. Yang lain macam biasa dah berirama kat belakang. Ada la tukar-tukar driver dengan Abu. Tapi memang jauh kot Sydney-Melbourne lebih kurang 12 jam jugak la drive dengan jarak dekat 900 km. Gigih weh.

Ok lah nanti aku sambung cerita kat Melbourne pulak.

…bersambung.

WASSALAM.

13 comments:

  1. Ok dah bace.... more plisss.. hiksss...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pae:

      Gitewwww sabo eh tak larat nak menaip nak mengedit lagi gambo HaHaHa!!!

      Delete
  2. Wow byknya tumblers. Sapekah empunya itiew~ hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. John

      Ha ntah sape punya ntah 😏

      Delete
  3. Korang tak beli mymulti card ke untuk naik public transport kat sana...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mie

      Tak beli pun, sebab tak sempat nak buat kajian.

      Delete
  4. agak2 Sealife Museum dekat sana tu macam aquarium KLCC or underwater wold langkawi ke??
    ari 2 masa kat melben nak pergi but kawan bagi ayat sangsi that she says yg tempat tu lebih kurang sama dengan kat mlasia puye...
    mohon pencerahan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takky:

      Ermmm lebih kurang kot. Cuma hidupan lautnya mmg lain la, situ ada platypus, penguins bagai. Aquaria xda.

      Delete
  5. Warghhhhhhhhhh! I wanna go hereeeeeeeee!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pojie

      Go go pojie! Grab your passport and go! HaHaHa!!!

      Delete
  6. nak story pengalaman kat Tawau pls. hiks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Achik:

      Story tawau tunggu kiamat dulu la baru cerita.

      Delete

Thanks for Coming...Please leave your comment here.
Introduce yourself first or else aku tak layan. Thanks!