Ok semalaman driveberganti-ganti dengan Abu, akhirnya kami hampir tiba di Bandaraya Melbourne. Sebenarnya ada misi khas sebab kami ke Melbourne, jadi kali ni takdalah menjelajah Melbourne secara total, kami hanya akan pergi ke beberapa tempat sahaja. Masa pun tak banyak, so kena cepat sikit la.
Cari port nak masak...
Sebelum sampai ke bandar, subuh-subuh tu (dalam jam 5.30 pagi) kami singgah solat dan breakfast di tepi highway. Kalau nak tau, di sepanjang highway ada banyak rest area disediakan, paling asas pun akan ada tandas dan beberapa meja dan kerusi. So kami berhenti di salah satu rest area dan bukak dapur! Apa lagi, memandangkan makanan pun masih penuh satu kotak, kami pun start la memasak nasik goreng, telur mata kerbau, dan pancake! Ha jangan memain, tengah gigil-gigil sejuk tu gigih jugak kami memasak. Alhamdulillah, demi perut yang kelaparan maka dapat jugak la breakfast berat pagi tu.
Toilet tepi jalan dia lawa.
OK jum masak.
Tu dia chef Abu dan Is. Subuh Cafe katanya.
Pemantau kualiti makanan hiks
Nasik goreng ayam yang tersedia dimasak.
Pancake in progress
Telur mata kerbau yang yummeh.
Breakfast is ready!
Ok jom makan.
Hijabista ke tu?
Lepas siap breakfast semua, kami meneruskan perjalanan ke Melbourne. Lokasi pertama adalah singgah di Pejabat Kedutaan di Melbourne sebab misi utama adalah untuk renew passport Is dan Adam. So sementara menunggu Is menyelesaikan banyak karenah birokrasi kat pejabat tu, kami-kami yang lain ni pi la cari tempat parking kereta tepi-tepi jalan dan lepak dalam kereta. Sambil-sambil sambung tidor jugak.
Lepas sejam rasanya, settle sudah urusan passport Is dan Adam, alhamdulillah merasa la pakai passport baru lepas ni kan. Kami seterusnya menuju ke arah Mount Buller! Perjalanan dari Melbourne City ke Mount Buller adalah sejauh 230 km atau mengambil masa 3 jam! Ha hambek ko, demi salji kami meneruskan perjalanan. Memandangkan masa pun dah nak dekat tengahari, so kena cepat la jugak sampai di kaki bukit tu.
Melbourne to Mt. Buller yuk!
Kami tiba di Mansfield's Town masa tu dah dekat pukul 2.30 petang...huhuh memang kelam kabut jugak la sebab takut sampai atas nanti dah gelap. Mandsfields ni merupakan sebuah pekan kecil di kaki Mt. Buller, dan bagi sesiapa yang tak bawak snow boot, gloves atau jaket dan kelengkapan kenderaan yang lain boleh sewa di mana-mana kedai peralatan yang ada di pekan ini. Masa kami sampai tu rupanya banyak kedai tutup! tetiba panik, sebab kami memang tak bawak snow boot dan gloves. Tapi bila pusing-punya pusing, alhamdulillah jumpa satu kedai...kami terus masuk dan cakap kat orang kedai tu nak sewa boot dan gloves.
Menuju ke Mansfield
Katanya, boot boleh sewa tapi gloves kena beli, diorang tak sewakan. Ok pasrah, kena beli pulak gloves hiks. Semua ni berlaku dalam keadaan yang pantas, sebab nak naik atas Mt. Buller tu kena amik masa 40 minit lagi. Dan menjadikan keadaan semakin panik, orang kedai tu kata kedai diorang tutup pukul 6.30 petang. Ohmai! So kami kene balik ke kedai tu sebelum 6.30 petang la! Demn hahahaha. Kami ada masa lebih kurang 2-3 jam saja untuk pergi dan balik.
Harga sewa sepasang Boot dan beli gloves : AUD 29 / orang
So kami pun pakai baju tebal-tebal semua siap-siap kat Mansfield sebelum naik ke Mt. Buller. Perjalanan diteruskan, memang lawa la kiri kanan kalau tengok. So kami pun tiba di pondok pengawal (ala-ala ranjer dia ada jaga kat situ). Untuk masuk ke kawasan Mt. Buller kena bayar AUD 40 / kereta. Ranjer tu siap pesan, kalau bawak kereta ke atas kena pasang rantai kat roda kereta. Tapi kami memang tak bawak rantai roda pun, so mengangguk tipu sunat je la. Diorang tak cek pun.
Ok pondok ranjer, bayar tiket kat sini.
Sign board menunjukkan harga yang berkaitan.
Wehooooo salji!
Perjalanan diteruskan, bila dah nak sampai puncak tu, tetibe terus eksaited bila nampak snowflakes turun kat tingkap kereta! OMG! semua macam jakun-jakun kan terutamanya aku dengan MasMZ lesebab aku memang firstime tengok real snow hahaha! darat sangat.
Lol Jakun.
Kami park kereta ke satu kawasan tu, kata pak guard kat situ kereta tak boleh naik sampai atas. Dia suruh kami naik shuttle bus yang disediakan. Nasib baik shuttle bus tu free dan kerap. So apa lagi sambil berlari-lari dalam snow tu, kami terus masuk naik bas.
Naik bus pun macam jakun sket hahaha
Nak kemana?
Habis hati la tu dapat jumpa salji?
Dah sampai atas, memang masing-masing jakun la kan. Bila tengok putih je pemandangan. Memang luck kami hari tu sebab ada snow turun lebat. Mengikut kata ranjer kat situ, semalam tak ada snow turun! Alhamdullillah perjalanan diberkati hiks.
So kat atas tu kami pun main la snowboard bagai, dengan gelongsor-gelongsor atas snow. Jakun habis la kan. Siap buat snowman ala-ala Olaf citer Frozen tu, sebab nak buat surprise present untuk Lil Adam yang sambut birthday ke 7 dia hari tu. Heheh gigih la mak dia bawak carrot sebab nak jadikan hidung sebijik macam Olaf. Nasib baik jadi!
Tudia tudia...
Jenuh la kena paksa buat snow angel dengan Lil Adib.
Tu dia OLAF!
Kami!
Dah kenapa tu?
Banyak pulak nak kena susun.
OK wajib!
OK WAJIB TENGOK VIDEO NI HIKS.
Kami kat atas tu lebih kurang dua jam la. Lepas tu kena bergegas turun semula ke Mandsfields sebab nak kena pulangkan boots. Kalau tak habis burn deposit AUD 20 huuhu. Sampai je kat kedai sewa boots tu ngam-ngam pukul 6.30 petang...alhamdulillah pekerja kedai tu still tunggu kami. Tu yang bagus pasal diorang ni, senyum je memanjang.
Dah settle pulangkan boots, kami pun singgah solat dan tukar baju kat rest area berhampiran sebelum neneruskan perjalanan ke lokasi seterusnya. Masa ni memang dah gelap habis la. Kami akan menuju ke Brighton Town yang terletak lebih kurang 300 km dari Mt. Buller. Kiranya macam patah balik ke Bandar Melbourne la.
Malam tu memang kami tidor dalam kereta je di Brighton sementara menunggu subuh. Sebab nak save bajet punya pasal heheh. Nasib baik kereta besar dan selesa. Alhamdulillah, sampai kat Brighton dalam pukul 11.00 malam macam tu, dan kami terus tidor. Penat sangat kot, masing-masing pengsan.
Syukur snow turun :). Kenangan mengusik jiwa betul tengok Mount Buller ni. Saya dah 2-3 kali ke Mount Buller, itupun sebab pernah tinggal di Melbourne lama.
Assalammualaikum!!! Selamat Hari Raya Aidil Adha! Atau orang-orang kampung aku cakap Hari Raya Haji! Macam biasa, bila tiba hari raya maka acara wajib adalah menziarah sanak saudara dan MAKAN! Ya, acara makan memang tak dapat dielakkan, tak kire la start je subuh sampai ke subuh tak berhenti-henti mengunyah! Ya Allah, tak dapat nak dibendung! Tambahan pulak bile dah ada lemang, ketupat dan rendang depan mata. Rosak diet (kata orang tu). Ok berbalik kepada cerita utama, di hari raya kedua aku dan keluarga telah berangkat ke utara tanahair... ke mana? Kedah? Perlis? Yup, pergi merisik katanya. Bukan merisik untuk aku la, merisik untuk sepupu aku. Jauh sampai ke Perli s jodohnya... insyaAllah semoga jodohnya kekal abadi. Jodoh aku? Mungkin di Europe nanti akan ketemu? Wahhh berangan. OK cukup melalut. Wah langit biru, sawah menghijau... indahnya. (tetibe teringat Tsukuba) Sebanarnya aku nak cerita pasal Padang Besar! Siapa pernah pergi Padang Besar? Dah berz...
Assalammualaikum! Busy sikit minggu ni sebab kena outstation merata tempat. Demi mencari sesuap nasik la katakan. Amacam? Dah bulan lima ni berapa negara dah korang travel ? Hahaha kot-kot la ada yang gigih travel tetiap bulan kan....aku tak mampu huhuhu. Anyway , kali ni, nak cerita pasal makan. Pernah dengar pasal Nasi Ganja? Aku rasa ramai yang pernah try makan nasi ganja ni. Kalau ke Ipoh, Perak jangan lupa try ok! Katanya trademark di Ipoh , kalau tak pernah cuba adalah sangat merugikan. Jom masuk Bandaraya Ipoh. Kampung halaman tercinta. So memandangkan aku ni nama je lahir dan pernah la duduk kat Ipoh tu, tapi aku sendiri baru first time try makan Nasi Ganja yang digembar-gemburkan tu. Hahaha lawak jugak bila pikir, orang lain dah lama kot sampai situ, aku ni baru 2-3hari lepas je jejak. Itu pun sebab bos aku yang ajak makan. Lols. Ok apa sebenarnya nasi ganja? Nasi Ganja ni sebenarnya nasi kadar je, ala nasi kandaq bak kata ora...
Assalamualaikum... Dikemaskini pada 31 Mei 2013 Masuk bulan lima ni keadaan cuaca jadi semakin tak menentu, panas...hujan...panas. Nak tidur malam pon tak tenang. Maklumlah bagi orang-orang tak berada macam aku ni, yang tak mampu nak beli aircond mesti tak senang nak tidur malam. Terpaksa berlengging kalo nak tidor huhuhu... Sebenarnya aku nak share sikit mengenai satu perkara yang aku baru tau..Haish apa lah aku ni kan..ketinggalan zaman betol. Namanya rajin merayau tapi benda-benda basic percutian pon aku tatau. Haish!!! Ok aku nak cerita cara mudah ke LCCT menaiki ERL dan Bas (ni bagi orang-orang yang tak ada sesiapa nak hantar naik kereta ke LCCT la). Selalu terjadi pada aku, maklumla aku ni rajin le sesangat ke sana ke mari dan kapal terbang jenama Air Asia juga merupakan salah satu pengangkutan yang sering aku gunakan untuk merealisasikan impian percutian aku selain menaiki Al-Faris, kereta aku yang sering bermasalah dalaman tu! CARA JAUH (PUTRAJAYA - KLIA- LC...
Assalammualaikum!!! Seperti yang dijanjikan, dan dikala kerajinan menguasai diri, maka terhasillah entry pertama pasal Lombok. InsyaAllah mana yang baik tu, boleh la dijadikan rujukan, tapi kalau ada yang tak elok tu harap jangan diikut...mudah-mudahan kita semua terpelihara dari segala kemungkaran. Amin. Ayuh kita mulakan! Perancangan Awal. So macamana boleh timbul idea nak ke Lombok ni? Bila cakap kat kengkawan, yang kata nak ke Lombok, macam-macam reaksi diorang. Macam la Lombok tu tak ada apa-apa kan. Padahal Lombok tu cantik kot! Hahah tetibe emo. Eh belum start lagi rupanya, sebenarnya team asal ke Lombok (hasil perbincangan meja bulat di kedai kopi di Johor Bahru beberapa bulan yang lalu) adalah aku, Dr. Shahrule dan Pae Kpop. Masing-masing beli tiket asing dari JB ke Lombok masa tu. (Motif aku nak gerak dari JB kan? Padahal kat KLIA2 tu macam-macam ada, dekat pulak tu dengan rumah aku). Sebenarnya memang tiket dari JB ke Lombok tu murah, di samping tu aku...
Assalammualaikum! Ok ni sebenarnya entry zaman purba, sejak awal tahun dulu aku peram tak post-post dan akhirnya sebab dah takde modal nak tulis blog maka entry ni pon keluar lah ye. OK sebelum tu nak wish Selamat Hari Raya Aidil Fitri lagi kepada semua muslimin dan muslimat, hari raya masih berbaki beberapa hari (kalau beraya sebulan la) hiks. So banyak lagi ke open house mengkome semua? Tahun ni alhamdulillah syukur ada yang sudi menjemput aku pegi open house raya, ke Kelang , ke Damansara, ke Bangi .... orang Putrajaya je takde nak jemput... kfine . Ok kembali kepada niat asal. Suatu ketika dulu (wah macam lama sangat dah ni) aku, John, Chawana, Byya, MasMZ dan Icam , telah (sepatutnya Kak Coco join sekali tapi disebabkan kesihatan ibunya amat kritikal jadi beliau terpaksa tarik diri) mengaturkan satu trip singkat ke Pualau Pinang. Sebenarnya sebab masing-masing dah gigil-gigil nak buat road trip kan, maka setelah ditolak, dihitung akhirnya kami berjaya...
first la...first la...
ReplyDeletebaca kendian
Kak Anash
DeleteGitew laaa. Tak senonoh! HaHaHa!!!
seronok nyer..insya allah saya akan baca dari entry pertama...
ReplyDeleteIdzwa:
DeleteHaah silalah baca! Enjoy!
Ya ampun!! Nampak sgt kedaratannye hahahaha.. Syabas anda telah berjumpa snow.. Jom snow lagi thn dpn? Hehehe
ReplyDeleteChawana
DeleteHaHaHa!!! Ofkosla darat! Lols
Jum!
jom snowwww tahun depannn. nak lagi lebatttt punyaaa! ajak aku tau! AWAS!
DeleteEh comelnya olaf!
ReplyDeleteUmar:
DeleteOlaf je la?
akhirnyaaaaa..... yahuuuuuuuuuuuuu. tercapai cita2 :)
ReplyDeleteMasMZ
DeleteKan!!!! Debor!
Syiok gler!
ReplyDeleteDJ
DeleteGila tak syok! Jakun habis kot hahahaha
Syukur snow turun :). Kenangan mengusik jiwa betul tengok Mount Buller ni. Saya dah 2-3 kali ke Mount Buller, itupun sebab pernah tinggal di Melbourne lama.
ReplyDeleteNA
DeleteAlhamdulillah kan...buatnya snow tak turun hari tu, nangis jugak la. Hehehe.
Sanggup drive jauh jauh nak main snow ... heheheheee seronok tengok !!!
ReplyDeleteGhazali Aziz
DeleteDemi apa pun sanggup heheh
Perjalanan jauh yang berbaloi...
ReplyDeletePLM
DeleteAlhamdulillah...rezeki,
harharhar..bab naik toboggan tu mmg xbulehblah
ReplyDeleteHaHaHa!!! Kehnnnnn
DeleteIni je entry pasal melbourne. Jadi le Ren.
ReplyDeleteIye MKL, kami pg Melbourne kejap je
Deletehai nk tny pegi mase bulan brp ni ade snowfall byk? snowboard semua free ye?
ReplyDeleteIni bulan september ni.
Delete