Kembara Selatan Australia (Part 7): Menjejak Mt. Buller, Melbourne
Assalammualaikum!!! Ok, jom sambung kisah di bumi Australia ...banyak lagi ni. Semoga aku bertabahlah dapat menghabiskannya dengan cepat. InsyaAllah. [ Sambungan dari Part 6 ] Ok semalaman drive berganti-ganti dengan Abu, akhirnya kami hampir tiba di Bandaraya Melbourne. Sebenarnya ada misi khas sebab kami ke Melbourne , jadi kali ni takdalah menjelajah Melbourne secara total, kami hanya akan pergi ke beberapa tempat sahaja. Masa pun tak banyak, so kena cepat sikit la. Cari port nak masak... Sebelum sampai ke bandar, subuh-subuh tu (dalam jam 5.30 pagi) kami singgah solat dan breakfast di tepi highway . Kalau nak tau, di sepanjang highway ada banyak rest area disediakan, paling asas pun akan ada tandas dan beberapa meja dan kerusi. So kami berhenti di salah satu rest area dan bukak dapur! Apa lagi, memandangkan makanan pun masih penuh satu kotak, kami pun start la memasak nasik goreng, telur mata kerbau, dan pancake! Ha jangan memain, tengah gigil-gigil s...