Posts

Showing posts from 2020

Tahun 2020 Yang Unik Dan Berbeza

Image
 Assalammualaikum!!! Terkejut jugak kan know-know muncul entry terbaharu. Di akhir tahun 2020 pulak tu. Macam tu lah, bila mood tu tetibe datang, maka timbullah idea dan muncullah entry di blog yang sendu. (Walaupun dah lama canang nak bersara jadi blogger hiks). Tahun 2020 yang unik dan berbeza. Aku pasti ramai yang terkesan dan merasai kelainannya tahun 2020 daripada tahun-tahun sebelumnya. Ye lah, seumur hidup aku (kita) tak pernah terjadi duduk di rumah, jangan keluar ke mana-mana melainkan jika ada urusan penting....selama berbulan-bulan pulak tu. Pasti itu merupakan salah satu kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama kali diadakan pada bulan Mac 2020, siapa sangka sampai tarikh 31 Disember 2020 ni pun PKP masih berkuatkuasa di Malaysia. Itu belum kira yang PKPB, PKPD, PKPP dan pelbagai abjad lagi selepas itu...entah sampai bila pun tak tahu. Yang paling penting pengalaman duduk di rumah sewaktu PKP fasa 1 dulu mengajar...

Cebu, Pertama Kali Bertemu Whale Shark Di Lautan

Image
Assalammualaikum!!! Permulaan tahun yang baharu kita jejaki ke pulau Cebu, Philippines dengan Amier dan Nas (Ye kami bertiga) tanpa Pingu. Sebenarnya dah lama plan nak berenang-renang bersama whale shark sebab asyik dok tengok orang lain pi sana macam best je, macam syok je. Last-last aku dengan Amier nekad nak pi jugak. So kami pun beli je tiket AirAsia dengan harga RM 659/pax. Agak mahal gila tapi apa boleh buat sebab nak pegi jugak pada tarikh yang kami dah deciede so teruskan je lah. Nas pulak beli tiket kendian, tak tau la harga tiket dia berapa...hahaha. By the way, aku beli tiket guna Trip.com  sebab harga tiket dia murah sikit dari web AA.  Jadi pada 24 Januari 2020 kami pun memulakan perjalanan ke Cebu City. Part kelakar nya masing-masing tak tau sebutan yang betul macamana nak sebut Cebu tu. Adakah Cebu, atau Cebu? Bila dengan pengumuman dari stewardess AA tu dia kata Cebu (ce seperti cerita) tapi setelah disemak-semak dan hasil perrtanyaan dengan orang Phi...

Umrah SIJ 2019 - Part 7: Perjalanan Umrah Bermula - Madinah Al Munawwarah

Image
Assalammualaikum!!! Alhamdulillah selesai urusan ziarah ke tanah Mesir. Untuk sesiapa yang nak baca bolehlah klik ke link-link di entry terdahulu, Ok, aku sambung kisah perjalanan umrah pula. Sepertimana yang aku tulis dalam entry sebelum ini, kami akan bertolak ke Jeddah melalui Oman memandangkan kami menaiki Oman Air dan perjalanan dari Oman ke Jeddah mengambil masa lebih kurang 3-4 jam penerbangan. Waktu kami tiba di Oman adalah waktu pagi. Dan kami tiba di airport Jeddah pada waktu tengahari. Alhamdulillah semua urusan berjalan lancar, wakil Andalusia Travel pun dah menunggu di Jeddah dan akan terus membawa kami ke Kota Madinah!  Ta Allah perasaan masa tu bercampur baur. Aku pernah jejak Kota Madinah dulu tahun 2008 dan aku boleh bayangkan macamana keadaan di Kota Madinah. Jadi perasaan rindu tu membuak-buak dan ada sedikit berdebar jugak. Dari dalam bas dah nampak tiang-tiang menara Masjid nabawi. Masa tu memang rasa macam nak menangis, sambil dengar ceramah dari ...

Umrah SIJ 2019 - Part 6: Last Day In Cairo

Image
Assalammualaikum! Pejam celik pejam celik dah masuk hari kelima di Cairo dan hari ni merupakan hari terakhir kami di bumi Mesrir sebelum berangkat ke Madinah. So hari terakhir kami mengunjungi universiti Al Azhar, sebenarnya program ni tak ada dalam itinerary tapi sebab ada request dari pasangan jemaah sebab nak hantar anak diorang balik uni (anak diorang join kami tour Cairo - Alexandria -Sinai) so kami pun setuju untuk jalan-jalan di sekitar Universiti Al Azhar dan pasar Khan el Khalili, salah sebuah pasar menjual cenderamata dan hasil kraf di Cairo. Jom gerak. Style Kami sampai di Khan el Khalili dulu untuk shopping apa yang patut, last minit shopping la kiranya kalau-kalau ada yang nak beli buah tangan dari Cairo. Aku just beli sekeping lukisan dari kertas papyrus dengan harga RM 20. Boleh letak kat rumah nanti hahaha.  Rancak bershopping Nampak Masjid Al Azhar dulu sebelum pi shopping  Mr Omar bagi instruction tempat berkumpul Keadaan dala...